*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Itu kira OK lagi tuh..kat Highway BKE dari Sbrg Jaya nak Ke Butterworth lagi
perompak gilerrr ada ka had laju 60km/j lagi lah tak logik...Ramai yg dah
kena.saman.Aku tak tau lah tak pi check pun....betoi-betoi..laluan cari
makan..
Ini lah akibatnya pikiaq guna akai kura-kura....Perompak...

----- Original Message -----
From: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, May 02, 2002 4:37 PM
Subject: Re: H-Net* PDRM - Perompak Di jalan Raya Malaya


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> minggu lepas dapat satu surat saman, kena dekat MRR2 dekat MACRO(Cheras).
> had laju 80km/j, kami bawak 100km/j.  tak lojik a kat situ nak bawak 80.
> jalan clear, tak ada perumahan, tak ada junction, tak ada traffik lite,
tak
> ada toll.  makna kata tak ada apa-apa gangguan dihadapan kenapa mesti 80?
> kalau kita kat lane kiri, logik aaa sebab  standby nak masuk cheras, ni
kita
> kat lane kanan dan tak terlibat dengan gangguan atau kemungkinan orang nak
> cross kereta kita.  kita ni nak bawak slow kat tempat turun bukit macam
tu,
> sure kena maki ngan orang.  depa maki dari dalam kereta tak apa, kita tak
> dengar, buatnya dia hon peh tu jeling  jegil mata, takke sakit hati jugak.
>
>
> >From: Bintang <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: H-Net* PDRM - Perompak Di jalan Raya Malaya
> >Date: 30 Apr 2002 13:32:23 -0000
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >
> >Tell me when this page is updated
> >
> >
> >PDRM - Perompak Di jalan Raya Mahathir!
> >Oleh Dr Nologareng
> >
> >http://marhaen0.tripod.com/mar_a_drnologareng28.html
> >
>
>---------------------------------------------------------------------------
-----
> >
> >Rakyat marhaen ternanti-nanti tarikh 1 Mei yang akan menjelang tidak
berapa
> >hari lagi. Bukan bagi menyambut hari kebesaran negara atau tarikh
pemujaan
> >Dr Mahathir, melainkan satu tarikh dengan rasminya Polis Malaysia menjadi
> >BARUA bagi mengutip denda yang dikenakan ke atas rakyat yang melanggar
> >kesalahan jalanraya - dalam kes ini adalah melebihi hadlaju yang
> >ditetapkan.
> >Dua minggu ke belakangan ini, Pegawai Tinggi Polis yang bertapa di Bukit
> >Aman telah memberi amaran dan peringatan kepada rakyat supaya menjelaskan
> >saman yang tertunggak yang dikatakan hampir RM 500 juta. Suatu angka yang
> >mengatasi perolehan pendapatan sebuah agensi kerajaan. Apatahlagi dengan
> >hanya bermodalkan alat perangkap hadlaju. Tenaga kerja adalah percuma -
> >anggota polis yang diBARUAkan serta terlacur pula etikanya. Ini adalah
> >suatu sumber yang kerajaan Mahathir semakin sedar untuk diputarbelitkan
> >bagi kepentingannya.
> >
> >Penghantaran notis saman yang suatu masa dahulu diikuti oleh operasi
WARTA
> >1 telah menggemparkan negara dan menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit
> >dari rakyat yang merupakan pengundi dan pembayar cukai. Akhirnya ia
> >ditangguhkan sementara pendekatan baru diambil. Kini ia sudahpun lengkap
> >dan Kerajaan menggunakan PDrM sepenuhnya bagi menjana wang bagi menampung
> >perbendaharaan yang kering kontang.
> >
> >Adalah dikatakan bahawa mana-mana pemandu yang bersalah berjaya ditahan,
> >bayaran kompaun akan digandakan sebagai denda engkar melambat-lambatkan
> >pembayaran. Ini katanya perlu sebagai pengajaran buat mereka. Pengguna
> >bertanggungjawab menyelesaikan denda atas kesalahan yang mereka lakukan.
> >Mereka perlu mematuhi undang-undang negara!!
> >
> >Sekali imbas memang cantik dan wajar bagi Polis mendapatkan kompaun bagi
> >kesalahan lalulintas yang telah dilakukan pengguna. Apabila diteliti
lebih
> >mendalam kita akan mengetahui dengan lebih tepat kenapakah langkah ini
> >diambil. Pemerhatian yang seterusnya akan mengarah kita kepada fakta
> >sebenar yang cuba disembunyikan oleh Kerajaan Mahathir dari pengetahuan
> >rakyat - NEGARA MENUJU KEARAH KEMUSLISAN!!! Negara kini tidak lagi
> >mempunyai wang yang cukup bagi mengongkosi pentadbirannya. Penggunaan
wang
> >Petronas secara haram sudah tepu. Kejadian yang menimpa rakyat Argentina
> >sekarang wajar kita jadikan iktibar.
> >
> >Denda yang dikenakan memanglah tidak besarpun bagi seorang Menteri, hanya
> >sekitar RM100 bagi satu kesalahan. Bayangkanlah nilai itu untuk rakyat
yang
> >terpaksa berhempas pulas siang dan malam bagi mencari nafkah sesuap nasi.
> >Bayangkan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat yang terpaksa melakukan
2-3
> >jenis pekerjaan untuk menyara keluarga. Bayangkan pula beban dan musibah
> >yang ia terpaksa tanggung jika menerima saman saban hari!!
> >
> >Mustahil seseorang akan kena sampai berkeping-keping. Itu pada logiknya.
> >Hakikatnya beberapa jalan yang menjadi laluan utama Rakyat marhaen untuk
ke
> >tempat kerja telah dipilih sebagai genting bagi polis menahan lukah. Ada
> >marhaen yang malang mendapat sehingga 6 keping saman dalam satu bulan.
> >Lebihan kelajuan hanyalah sekitar beberapa kilometer sejam. Ketika itu
pula
> >bukanlah waktu sebok persekolahan atau sebagainya. Alasan hadlaju ialah
> >bagi mengelak kemalangan.Tiada mana-mana pemandu yang berkeinginan untuk
> >terlibat dalam kemalangan walaupun kelajuan nya melebihi hadlaju. Jika
> >bukan untuk mencegah kemalangan untuk apa operasi itu?? Tentu kita faham
> >muslihat sebaliknya
> >
> >Dalam negara kita sekarang pemimpin, perogol, perasuah, perompak,
pembunuh
> >dan pelindung ke atas semua kesalahan tadi dipuja dan didewakan oleh
> >kerajaan UmnoBn yang memerintah. Manakala pejuang Hak Asasi, pembela
rakyat
> >marhaen hatta Mantan TPM akan ditindas, difitnah dan dihina semaunya oleh
> >kerajaan melalui institusi yang telah terlacur etikanya - PDrM.
> >
> >Kini mereka menjadi perompak berlesen di jalanraya dan lebuhraya
mengintai
> >peluang dan menganiayai rakyat marhaen. Jika dahulunya mereka mencuri
> >secara berahsia meminta rasuah, kini berbekalkan peralatan Pengesan
Hadlaju
> >rakyat ditindas. Kepada rakyat yang sudahpun terhimpit kehidupannya
ditekan
> >pula sedemikian rupa oleh anggota PDrM. Memanglah alasannya munasabah,
> >siapa yang bersalah mesti bertanggungjawab.
> >
> >Rakyat marhaen yang tidak membaca undang-undang ni hendak bertanya
sedikit,
> >bagaimana pulak tentang kerja jenayah pemimpin UmnoBn dan para kroni yang
> >menggelap dan melarikan wang rakyat yang berjuta-juta ringgit itu??
> >Tiadakah tindakan yang diambil ke atas mereka? Eric Cheah, Mahathir,
> >Rafidah Aziz, Tajudin Ramli, Halim Saad, Ting Phek Khiing dan Ananda
> >Krishnan adalah sekadar beberapa nama yang sepatutnya dalam senarai
> >siasatan dan buruan Polis - sekiranya mereka terikat dengan
profesionalisma
> >dan etika kerja?!!�� Lainlah sekiranya mereka hanya menjadi BARUA dan
> >berlagak sebagai kumpulan Militia Umno!
> >
> >Kita ada terdengar tentang syarat baru baru kenaikan pangkat bagi �top
> >brass� di Bukit Aman untuk menjadi Suprintenden ke atas, Pegawai Trafik
> >terbabit mestilah memenuhi kuota pencapaian denda trafik ke atas pengguna
> >jalanraya sehingga berjuta ringgit untuk sebulan! Bukan lagi tahap
> >kelayakan menjalankan tugas mencegah jenayah atau menyelesaikan kes akan
> >tetapi keupayaan mereka menjana WANG untuk kerajaan Mahathir!! Inilah dia
> >kaedah terbaru perkongsian pintar antara KERAjaan dan PDrM. Mereka saling
> >berkonspirasi mengena dan menganiaya rakyat marhaen.
> >
> >Itulah wangnya yang kerajaan Mahathir akan belanjakan untuk bonus dan
elaun
> >anggota PDrM. Tidak cukup selama ini wang cukai pendapatan rakyat diguna
> >untuk pakaian anggota Polis, kini rompakan berhemah di jalanraya pula
> >kerajaan kenakan sebagai satu sumber pendapatan.
> >
> >Jika bukan menjadi barua kepada kerajaan zalim, apanamaaaa yang kita nak
> >panggil??
> >
> >Dr Nologareng - 28.04.2002
> >
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Pengirim: Bintang <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
> _________________________________________________________________
> Get your FREE download of MSN Explorer at
http://explorer.msn.com/intl.asp.
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mt.Zaini" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke