Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Sambungan pengajian kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" dalam Bab 2 Fasal Kedua perkara 48-52.
Perkara 48 : Menolak dan mengenepikan tuduhan qazaf.
Untuk menolak dan mengenepikan tuduhan qazaf, pihak orang yang didakwa membuat tuduhan palsu zina itu mestilah melakukan salah satu perkara-perkara berikut:
i) Menolak dan mengenepikan dakwaan kesalahan qazaf dengan mengemukakan dan membawa saksi-saksi tanpa dibataskan kepada bilangan yang tertentu.
ii) Menegaskan bahawa orang yang dituduhnya itu mengakui kebenaran tuduhannya. Untuk membela dirinya memadai dengan mengemukakan 2 orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan seorang perempuan.
[ Makna ayat ini ialah ada orang mendakwa kita telah melakukan kesalahan qazaf. Jadi, untuk kita mengelak daripada dikenakan hukuman had qazaf, caranya ialah dengan kita bawa 2 orang saksi lelaki ataupun seorang saksi lelaki dan seorang saksi perempuan. Saksi-saksi inilah yang akan membuat pengakuan di hadapan hakim bahwa orang yang kita tuduh dia berzina itu telah mengakui bahwa memang dia berzina.
Contohnya; kita telah menuduh si A berzina. Lalu si A pun bawa kes ini ke mahkamah atas dakwaan kita telah tuduh dia berzina. Maknanya kita telah melakukan kesalahan qazaf. Jadi, untuk mengelakkan diri kita daripada dikenakan hukuman had qazaf, maka caranya ialah kita kena bawa 2 orang saksi lelaki ataupun kita kena bawa seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai saksi, yang mengesahkan bahwa si A memang pernah mengakui bahwa dia telah berzina. Jikalau kita berjaya membawa 2 orang saksi untuk menyatakan bahwa si A memang pernah mengaku dia telah berzina, maka kita akan dibebaskan oleh mahkamah syar`iyah. Sebab kita ada saksi yang mendengar atau melihat sendiri bahwa si A telah mengakui bahwa dia telah berzina. Maknanya, tuduhan kita bahwa si A berzina adalah satu tuduhan yang benar. ]
iii) Mengaku membuat kesalahan qazaf. Dan dalam kes ini orang yang membuat tuduhan mestilah membuktikan kebenaran tuduhan zina yang dituduhkan ke atas orang yang dituduhnya itu dengan mengemukakan saksi sebanyak 4 orang yang benar-benar dan sungguh-sungguh menyaksikan orang yang dituduh itu melakukan zina.
[ Ceraian yang ke3 ni dia lain sikit. Kita memang mengaku tuduh si A berzina. Tapi bila tanya si A, dia pulak tak mengaku kata dia berzina. Kemudian kita pi cari, ada tak saksi yang pernah tengok atau pernah dengar yang si A ni pernah mengaku kata dia berzina?...Tak jumpa pun. Jadi, macamana caranya lagi untuk mengelakkan kita dari di hukum qazaf?...Caranya ialah kita kena bawa 4 orang saksi yang benar-benar tengok si A berzina.
Inilah 3 cara dalam usaha kita untuk menggugurkan had qazaf ke atas kita, sekiranya kita telah menuduh seseorang itu berzina. ]
Perkara 49 : Suami yang menuduh isterinya berzina.
1) Seseorang suami yang mendakwa dan menuduh isterinya di mahkamah, bahawa ia sendiri bersama-sama dengan 3 orang rakannya telah melihat isterinya berzina dengan si polan bin si polan, maka pihak mahkamah hendaklah mengenepikan dakwaan itu, dan menolak tuduhan tersebut, dan tuduhan itu tidak boleh diterima dalam mahkamah sebagai satu kes semata-mata dengan dakwaan dan tuduhan serta pengakuan suami dan 3 orang rakannya itu.
[ Maksud ayat ini ialah mahkamah tidak boleh terus menjatuhkan hukuman kepada si isteri, hanya kerana semata-mata ada saksi yang dibawa oleh si suami. Mahkamah hendaklah memeriksa dahulu keterangan yang dikemukakan oleh si suami. Sebab kadang-kadang bila berlakunya pemeriksaan dalam mahkamah, kita akan dapati keterangan aduan di balai polis dengan keterangan dalam mahkamah ada percanggahannya.
Untuk pengetahuan tuan-tuan, dalam mahkamah dia 3 peringkat pemeriksaan. Yang pertamanya dipanggil sebagai pemeriksaan utama
(examination in chief). Yang keduanya dipanggil pemeriksaan balas (cross examination). Dan yang ketiganya dipanggil sebagai pemeriksaan semula (re-examination). Contohnya; katalah polis tuduh kita mencuri. Bila berlakunya perbicaraan dalam mahkamah, ketika pihak pendakwa soal saksinya, maka ketika itu dipanggil examination in chief (pemeriksaan utama). Bila habih saja pegawai pendakwa tanya saksi tersebut, maka tibalah ! giliran peguambela soal si saksi tu pulak. Ketika itu kita panggil cross examination (pemeriksaan balas). Bila habih peguambela tanya saksi itu tadi, maka peringkat yang ketiga adalah re-examination (pemeriksaan semula), iaitu soalan-soalan daripada pegawai pendakwa. Lepas tu baru habih.Jadi, apa yang ust Jailani nak bagitau ialah kalau setakat bawa saksi, itu belum memadai untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Kita mesti bawa bukti dan kemudian diberi peluang kepada pihak yang dituduh atau pihak yang berlawan dengan kita untuk menyoal atau menyiasat bukti ataupun keterangan yang dikemukakan dalam mahkamah. Ini adalah supaya segala keterangan yang dibawa ke mahkamah adalah benar-benar concrete evidence sehingga dapat meyakinkan hakim. Kita tak mau satu evidence yang goyah. Jadi, cara untuk membuktikan bahwa keterangan-keterangan yang diberikan itu benar-benar kukuh ialah segala keterangan itu mestilah melalui 3 peringkat yang disebut tadi. Iaitu pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula.
Lalu ust Jailani pun bawa satu contoh. Kata ust, baru-baru ni beliau ada mengendali satu kes kecurian kereta. Dimana dalam kes tersebut, anak guam ust telah dituduh mencuri kereta. Bila bermulanya perbicaraan di mahkamah, saksi pertama yang dipanggil oleh pihak polis adalah si complinent
(pengadu) itu sendiri. Semasa si pengadu itu disoal dalam sessi pemeriksaan utama oleh pegawai pendakwa, si pengadu itu telah memberi keterangan-keterangan yang bercanggah dengan isi kandungan lapuran polis yang dia buat sebelum ini di sebuah balai polis. Jadi, bila tiba giliran cross examination oleh pihak peguambela, maka ust Jailani pun tanya kat si pengadu tu, "Antara lapuran polis yang kamu buat, dengan evidence dalam mahkamah yang kamu bagi sekejap tadi; mana satu yang betul?"...Kata si pengadu tu, "Hat betoinya ialah keterangan dalam mahkamah."...Kemudian ust tanya lagi, "Jadi, adakah lapuran polis yang kamu buat sebelum ini, palsu?"...Jawab si pengadu tu, "Ya. Lapuran polis itu memang dibuat-buat."...Ust Jailani tanya lagi, "Siapa yang suruh kamu buat lapuran palsu kepada pihak polis?"...Si pengadu tu kata, "Pegawai polis sendiri yang suruh saya buat begitu."...Tanya ust lagi, "Pasai apa pegawai polis suruh kamu buat macam tu?"...Dia kata, "Pegawai polis tu bagitau kat saya, kalau saya tak buat macam ni, maka susahlah nanti saya nak claim insurance."...Ust tanya lagi, "Pasai apa dia nasihatkan kamu macam tu?"...Si pengadu tu kata, "Sebab kalau didapati kereta dicuri kerana kecuaian pemiliknya sendiri, maka payahlah nak claim insurance."...Maknanya, lapuran polis yang dia buat di balai polis didapati bercanggah dengan keterangan yang diberi di dalam mahkamah. Jadi, bila s! i pengadu tu tadi bagi satu keterangan dalam mahkamah yang berbeza dengan lapuran polis yang ditender sebagai barang bukti dalam mahkamah, maka sudah pasti kes itu akan dibuang. Maknanya, complinent itu tidak berjaya convict anak guam ust Jailani.Kes itu dibuang sebab isi kandungan lapuran polis menceritakan bahwa si pengadu itu tinggalkan keretanya di Pantai Bersih sekitar 11.45pm untuk pergi bersiar-siar. Kemudian bila dia balik semula ke tempat keretanya pada 1.00am, didapati keretanya dah hilang. Sedangkan apa yang diceritanya dalam mahkamah pula ialah sedang dia berehat bersama-sama dengan beberapa kawan perempuannya berhampiran dengan kereta itu, tiba-tiba datang kawan yang kena tuduh tu pi dengar muzik dalam kereta tersebut dan sekaligus dengan kereta tu sekali kawan dia bawa pi. Nampak tak tuan-tuan, macamana ada satu pertentangan evidence yang cukup ketara. Bila berlaku macam ni, maka terlepaslah si tertuduh daripada dakwaan.
Sebab itu dalam Islam, tak cukup dengan kita bawa bukti maupun saksi. Bukti ataupun saksi itu mestilah diberi pada pihak yang tertuduh untuk menjalankan pemeriksaan. Kalau saksi kata dia benar-benar tengok seseorang itu berzina, maka saksi itu mesti disoal dan disiasat tentang apa sebenar yang dilihatnya?...Inilah cara yang dikehendaki oleh hukum syara` untuk mengelak daripada berlaku kezoliman kepada orang yang dituduh. Sebab itu pengarang kitab ini kata,
"Tidak boleh mahkamah terus mengambil kira saksi yang dikemukakan dalam mahkamah tanpa mengambil kira perkara-perkara terperinci yang lain."2) Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman had qazaf ke atas suami yang menuduh isterinya berzina, jika tuduhan suami itu tidak sabit dan ditolak oleh mahkamah.
[ Sebab itu, kalau kita nak tuduh seseorang itu berzina, khususnya suami kita ataupun isteri kita; maka kenalah berhati-hati. Jangan nak main tuduh sembarangan.
Lalu ust Jailani pun cerita satu lagi kes yang dikendalikannya baru-baru ini. Kali ini, seorang isteri datang mengadu kepada ust mengatakan bahwa suaminya telah berlaku curang terhadapnya. Lalu kata ust,
"Kalau puan nak kata suami puan ni ada hubungan sulit dengan perempuan lain, maka kenalah puan cari bukti dulu."...Maknanya, dalam kes seperti ini, bare allegation (dakwaan kosong) tak akan diterima mahkamah. Untuk membawa seseorang itu ke mahkamah, dia kena ada satu allegation yang dikemukakan bersama-sama dengan concrete evidence...Bila ust kata lagu tu, maka si isteri itu pun kata bahwa dia ada bukti. Lalu tanya ust, "Apa bukti puan yang mengatakan bahwa suami puan berlaku curang dengan pere! mpuan lain?"...Si isteri tu kata bahwa dia jumpa dalam kereta suami dia, gula-gula hacks dan tisu. Ust tau apa maksud si isteri tu. Gula-gula hacks itu digunakan untuk menghilangkan bau mulut ketika nak bercumbu; itulah maksud si isteri tersebut. Tapi ust Jailani kata, "Kalau puan bawa coklat hacks ini sebagai bukti ke mahkamah, hakim takkan dengaq."...Bila ust sebut macam tu, si isteri tu duduk diam sekejap. Kemudian baru dia teringat, "Aaa! ada satu lagi, ustaz. Satu hari tu, saya tengok dalam laci lemari suami saya tu, dia ada simpan kondom. Dan kondom tu pulak; sat-sat ada tiga, sat-sat ada dua. Lepas tu ada tiga balik. Sedangkan benda tu tak pernah pun digunakan ketika bersama dengan saya."...Lalu kata ust, "Walaupun puan dah jumpa kondom, tapi nak tuduh dia berzina, tak boleh lagi. Tapi kalau kita nak kata ada tohmah pada suami puan, boleh. Maknanya, suami puan boleh disyaki berlaku curang."...Dalam hukum syara`, keadaan macam ni kita panggil "syiqa`". Yang membawa maksud, satu perbalahan yang melampau yang berkaitan dengan kehormatan. Maknanya, suami isteri bergaduh kerana masalah kehormatan. Samada si suami mensyaki isterinya curang kepada dia, ataupun si isteri berbalah dengan suaminya kerana syak suami dia curang. Contohnya, macam nampak love bite kat leher. Tapi love bite kat leher bukan bukti si suami atau si isteri telah berzina. Tetapi ia sudah cukup untuk membawa kepada perbalahan kerana wujudnya syiqa`. Bila berlaku! lagu ni, maka suami ataupun isteri khususnya, bolehlah mengadu kepada mahkamah dengan mengatakan bahwa wujudnya syiqa`. Dan memohon kepada mahkamah supaya dibubarkan perkahwinan mereka dengan talak daripada suami. Tapi kalau suami tak setuju, maka hakam yang dilantik oleh mahkamah boleh melafazkan talak bagi pihak suami walaupun suami tak setuju.Nampak tak tuan-tuan macamana dalam satu kes, satu benda tu boleh kita terima sebagai bukti, tapi dalam kes yang hampir sama, benda tu tak boleh pula dijadikan sebagai bahan bukti. Contohnya macam cerita kondom tadi la tuan-tuan. Pembelian kondom tadi dan berkurangannya kondom tadi, tak boleh menjadikan bukti bahwa si suami tadi berzina. Sebab dalam hukum syara`, kalau nak tuduh orang berzina, kita kena bawa 4 orang saksi. Tetapi tentang kondom itu jugak boleh dijadikan bukti sekiranya kita nak tunjuk kepada mahkamah bahwa antara suami dan isteri tersebut sudah berlaku syiqa`. Maknanya, bahan bukti dalam kedua-dua kes ni sama. Dalam kes zina, dia tak boleh dijadikan bukti. Tapi dalam kes syiqa`, dia boleh dijadikan bukti. Jadi, inilah yang kita kena faham. Soal procedure dalam mahkamah, itulah caranya. ]
3) Saksi-saksi yang dikemukakan oleh penuduh di mahkamah mestilah mereka itu melihat sendiri dengan mata kepalanya segala perbuatan penzina itu dan cara-cara mereka melakukan perzinaan tadi.
[ Maknanya, saksi 4 orang itu mestilah melihat sendiri perbuatan zina tersebut. Kalau salah seorang daripada mereka tak nampak perbuatan zina tersebut, maka kes zina tersebut hendaklah ditukar kepada kes lain. Tapi kalau si penuduh itu nak teruskan juga tuduhannya walaupun salah seorang saksinya tak nampak perbuatan zina tersebut, maka si penuduh itu hanya mendedahkan dirinya kepada hukuman qazaf. Yakni dirotan sebanyak 80x sebatan.
Sebab itu, saya syorkan kalaulah kita seorang sahaja yang terserempak tengok orang berzina, maka jangan dok pi cerita kat orang. Katalah kita sorang saja time tu, takdak sapa di sekeliling kita; tiba-tiba kita terserempak dengan 2 makhluk manusia
(jantan/betina) sedang meradu tenaga, apa kita nak buat time tu, tuan-tuan?...Ada 2 cara yang boleh kita lakukan di sini. Yang pertamanya, kita buat bising supaya couple tu terganggu. Ataupun kalau berani, kita pi tegoq terus. Larang perbuatan tersebut. Sebab kita tau kalau pi buat aduan kepada pihak berkuasa, ini memungkinkan kita terdedah kepada hukuman qazaf. Jadi, cara yang paling baik ialah kita kena halang perbuatan orang yang berzina tadi. Macam tu kita kena buat tuan-tuan. Tetapi apa yang kita lihat hari ini, kebanyakan daripada kita tak sanggup nak buat macam tu. Sedangkan itulah tuntutan hukum syara`. Kita boleh l! arang perbuatan tersebut, tapi jangan sekali-kali cerita kat orang lain. Kalau kita cerita jugak, maka inilah yang mendedahkan kita kepada qazaf.Nampak tak tuan-tuan macamana Islam benar-benar menjaga maruah manusia. Walaupun kita memang orang yang bersalah sebab orang nampak kita berzina dengan perempuan; ataupun kita ni perempuan, orang nampak kita berzina dengan jantan lain; tetapi Islam masih menjaga maruah kita. Kita masih diberi peluang dalam keadaan macam tu untuk kita bertaubat kepada ALLAH SWT, tanpa mendedahkan identiti kita dikhalayak ramai. Sebab sorang dua yang nampak perbuatan kita itu akan tutup kes kerana kes itu hanya setakat antara kita dengan dia sahaja. Dia nampak dan dia habag kat kita,
"Kamu dah buat benda salah. Baik kamu berenti!"...Kita pun berenti, kemudian dok sengap-sengap sudah. Bila dah insaf, maka bertaubatlah kepada ALLAH SWT. Adakah tak indah lagi Islam kalau macam ni punya gaya?...Sebenarnya apa yang ALLAH turunkan kepada kita adalah bertujuan untuk menjaga sistem sos! ial supaya tidak berselerak. Sebab itu, dalam Islam kalau perbuatan zina itu sampai ke tahap 4 orang saksi lelaki yang adil nampak, JAGA!...Yang ni tak boleh lepas lari. Seperti yang kita dah belajar sebelum ni, kalau orang yang belum kawin ditangkap berzina, maka dia akan dirotan sebanyak 100x sebatan, lepas tu dibuang negeri selama setahun. Manakala yang sudah berkahwin pula, maka hendaklah dia dirotan 100x, lepas tu direjam dengan batu sampai mati.Sekarang kita lihat macamana riuhnya satu M`sia tentang perbuatan yang dikatakan sebagai sumbang mahram ni. Macam-macam pandangan yang kita dengar. Timbullah semula istilah cawat besi dan sehingga ada juga yang suruh dikasikan saja puak-puak sumbang mahram ni. Apa, hangpa ingat lembu ka puak-puak ni?...Binatang pun haram kita kasi, inikan pula manusia. Yang kata tu pulak ialah Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia. Dia kata, baik kita ikut cara Amerika dalam menangani isu sebegini. Tuan-tuan tau ka apa maksud
"kasi"?..."Kasi" ialah mematikan syahwah dengan apa cara sekali pun. Samada buang habih semua sekali kemaluan, ataupun buang teloq dia sahaja supaya tidak menimbulkan syahwah, ataupun dengan cara memasukkan ubat-ubat yang tertentu untu! k melenyapkan syahwah di dalam alat kelamin si lelaki. Inilah dia yang dikatakan sebagai "kasi". Pada kita yang dah belajar sebelum ni dalam kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" yang dikarang oleh al-Fadhil Sahibul Samahah Hj Said Hj Ibrahim (bekas mufti negeri Sabah), isu ini memang dah jelas. Al-Fadhil Hj Said Hj Ibrahim mengatakan bahwa para ulama` telah menetapkan bahwa orang yang melakukan sumbang mahram hendaklah dihukum bunuh. Bukannya penjara seumur hidup dan sebat 10x. Kita pun tak tau, daripada sumber mana Jabatan Perdana Menteri ambik kata hukum sumbang mahram adalah penjara seumur hidup dan sebat 10x?...Sebab apa Hj Said Hj Ibrahim ! kata mesti dibunuh pelaku sumbang mahram ni?...Sebab mereka telah menukar hukum ALLAH SWT. Kenapa?...Sebab satu kemaluan yang diharamkan selama-lamanya oleh ALLAH SWT kepada pelaku itu, tiba-tiba orang ini menghalalkan dengan cara berzina dengan mahram dia. Jadi, siapa yang rogol anak dia, siapa yang rogol anak penakan dia, siapa yang rogol adik dia, siapa yang rogol kakak dia; orang macam ni tak payah kasi sebab Islam kata bunuh terus. Ini adalah satu ketetapan yang dibuat oleh para ulama` Islam dan disebut alasan ini oleh sahibul samahah Hj Said Hj Ibrahim bahwa sebab pelaku sumbang mahram ini wajib dibunuh ialah kerana dia telah menukar hukum ALLAH SWT. Inilah ketetapanNya, tuan-tuan.Orang yang tukar hukum agama ni tuan-tuan adalah sama kedudukannya dengan orang yang menghina Nabi s.a.w.. Kita telah pun diceritakan oleh ust Jailani pada peringkat awal tadi macamana seorang yahudi dihukum bunuh oleh Nabi s.a.w. kerana menghina baginda. Ust Jailani sebut macam ni ialah supaya orangramai tahu bahwa benda-benda lagu ni amatlah dilarang oleh agama, samada dia menghina Nabi s.a.w. ataupun dia buat sumbang mahram dengan merogol anak dia dan sebagainya. Orang macam ni layak dibunuh mengikut ketetapan agama ALLAH SWT. Tetapi yang menghairankan kita, pasai apa manusia pada hari ini masih belum mahu kembali kepada ajaran ALLAH SWT? ]
4) Apabila saksi-saksi itu mengaku bahawa mereka tidak melihat sendiri dengan mata kepalanya segala perbuatan penzina itu di masa mereka melakukan penzinaan tadi, maka persaksian saksi itu hendaklah ditolak dan tidak boleh diterima. Dan pihak hakim hendaklah menjatuhkan hukuman had qazaf ke atas suami itu. Dan kes ini berpindah dari kes zina kepada kes qazaf.
[ Peringkat awal, isteri adalah orang yang dituduh. Tapi sebab tidak ada bukti, maka bertukar daripada isteri menjadi orang yang kena tuduh kepada suami pulak yang kena tuduh. Ini adalah sebab si suami itu telah melakukan qazaf ke atas isterinya. ]
Perkara 50 : Suami yang hendak melepaskan diri dari had qazaf.
1) Seseorang suami yang hendak melepaskan dirinya dari hukuman had qazaf hendaklah menarik balik tuduhan zina terhadap isterinya dan meminda dakwaannya daripada qazaf kepada li`an.
[ Li`an ialah si suami kena angkat sumpah
"WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI" bahwa isteri dia telah berzina. Dia seorang yang betul dan isterinya seorang yang tidak benar. Si suami kena sumpah macam tu 4x. Kemudian bila masuk kali ke5, maka si suami hendaklah meminta laknat bala bencana malapetaka daripada ALLAH SWT kalau dia berbohong.Bila berlaku sebegitu, sekiranya si isteri nak mengelak daripada dikenakan hukuman had zina, maka si isteri kena membalas li`an suami dia balik dengan bersumpah 4x jugak, dengan mengatakan bahwa suaminya berbohong dan kali yang ke5 dia juga kena minta laknat daripada ALLAH SWT sekiranya suaminya benar. Itulah dia cara li`an.
Jadi, li`an adalah satu sumpah meminta laknat daripada ALLAH SWT. Sebab itu benda macam ni, baik jangan buat. Kalau betoi suami mendapati isteri dia berzina ataupun isteri mendapati suaminya berzina, lebih baik adakan mesyuarat dan berbincanglah elok-elok. Simpan rahsia ni, jangan bagitau kat orang dan kemudiannya bercerailah baik-baik. Itulah cara yang lebih baik. Sebab semua orang boleh buat silap punya. Saya boleh buat silap. Tuan-tuan pun boleh buat silap jugak. Cumanya, mungkin cara silapnya saja yang berbeza. Saya tak pernah berzina, tapi mungkin ada benda lain yang pernah saya buat. Orang lain mungkin pernah berzina, tapi benda yang kita buat, dia tak buat. Jadi sepatutnya kita ni tuan-tuan; dosa kita, kesilapan kita, aib kita, jangan kita dok pi cerita kat orang. Sebab itu li`an, jangan sekali-kali kita cuba mendekati dia. Kecualilah kalau tidak ada pilihan, maka pada masa tu dibenarkan melalui li`an. Tetapi disunatkan kepada hakim untuk menasihati suami dan isteri ! yang terbabit supaya meninggalkan li`an untuk mendapatkan rahmat daripada ALLAH SWT. ]
2) Seorang hakim yang telah menerima pindaan dakwaan suami dari qazaf kepada li`an hendaklah memerintahkan kepada suami itu supaya meli`an isterinya untuk melepaskan dirinya dari hukum had qazaf, iaitu bersumpah sebanyak 4x untuk membuktikan kebenaran tuduhannya terhadap isterinya. Dan sumpah yang ke5, suami itu mestilah mengakui kerelaannya menerima kemurkaan dan bala dari ALLAH jika ia berdusta. Firman ALLAH TA`ALA yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada syara`) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama ALLAH 4x, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar. Dan sumpah yang ke5 (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat ALLAH akan menimpa dirinya jika adalah ia dari orang-orang yang dusta." (Surah an-Nur:6-7)
[ Inilah cara sumpah yang diajar oleh ALLAH SWT kepada suami yang menuduh isterinya berzina. ]
Perkara 51 : Isteri yang hendak membela diri dari li`an suaminya.
1) Seseorang isteri yang hendak membela dirinya dari li`an suaminya dan untuk menggugurkan had zina ke atas dirinya hendaklah membalas li`an suaminya, iaitu bersumpah sebanyak 4x untuk menolak kebenaran tuduhan suaminya terhadap dirinya. Dan sumpah yang ke5, isteri itu hendaklah mengakui kerelaannya menerima kemurkaan dan azab dari ALLAH, jika tuduhan suaminya itu benar. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Dan bagi menghindarkan (melepaskan) hukuman siksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama ALLAH, sebanyak 4x bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta." ( Surah an-Nur:8-9
)[ Bila habis saja sumpah ke5 yang dilafazkan oleh si suami dengan meminta laknat daripada ALLAH, maka pada masa itu wajib dijatuhkan had zina ke atas si isteri. Maksudnya si isteri itu hendaklah disebat 100x, lepas tu direjam dengan batu sampai mati. Maka bagi isteri pada masa tu, untuk mengelak daripada dikenakan had zina ke atasnya, maka hendaklah si isteri itu meli`an balik suaminya 5x jugak. Dia hendaklah bersumpah dengan mengatakan 4x sumpah bahwa suaminya berbohong dan kali yang ke5 dia mestilah mengatakan bahwa kalau suaminya benar, maka dia minta laknat daripada ALLAH SWT ke atas dirinya. Bila si isteri sanggup li`an suaminya balik dengan sumpah 5x, maka barulah si isteri itu bebas daripada hukuman had zina.
Bila selesai suami li`an isteri dia, dan si isteri li`an balik suami dia, bila complete yang tu; maka hendaklah bagi mahkamah membubarkan perkahwinan mereka kerana perhubungan mereka sudah dikira sebagai
"ba`in kubra". Iaitu haram dengan tidak dibenarkan bagi suami isteri yang terbabit itu kembali sebagai suami isteri, samada dengan cara rujuk, atau cara kahwin semula, ataupun dengan cara cina buta sekalipun. Ini disebabkan bahwa perkahwinan mereka adalah diharamkan selama-lamanya.Nampak tak tuan-tuan macamana li`an ni lebih berat daripada talak 3. Kalau talak 3, walaupun rujuk tak boleh atau kahwin semula pun tak boleh, tapi sekiranya ada lelaki lain yang kahwin dan bersetubuh dengan bekas isteri tersebut, kemudian bila lelaki tu ceraikan bekas isterinya itu, maka barulah halal si isteri itu tadi kepada suami yang menceraikannya dengan talak 3. Tetapi kalau li`an, maka haram bagi pasangan tersebut buat selama-lamanya. Tak ke berat tu tuan-tuan?...
Bila sebut talak 3, mai kita tengok sikit apa perbicangan ulama` tentang masalah talak 3 ni. Jumhur ulama` sepakat mengatakan bahwa kahwin secara cina buta adalah haram. Kita dah cerai isteri kita dengan talak 3, kemudian kita rasa nak kembali kepada isteri kita tu, maka kita pun upah seorang cina buta (muhallil) untuk kahwin dengan bekas isteri dengan syarat esok pagi dia kena ceraikan bekas isteri kita tu. Para ulama` sepakat kata bahwa bukan setakat perbuatan kita tu haram, malah isteri kita itu masih tetap haram untuk kita. Tetapi menurut pendapat Imam Syafie rahimallahu ta`ala, sekiranya perkahwinan bekas isteri itu dengan orang lain berlaku bukan niat untuk cina buta, yakni perkahwinan yang sungguh-sungguh, bukan untuk mempermainkan hukum ALLAH, maka ijabkabul tersebut adalah sah. Kemudian sekiranya isteri tersebut diceraikan oleh suaminya yang baru setelah disetubuhinya, maka barulah halal si isteri tersebut kembali kepada suami yang ceraikannya dengan talak 3 tadi. !
Bila berlaku keadaan macam ni, kita orang lelaki mau ingat-ingat. Kuasa talak memang ALLAH SWT bagi kat kita kaum lelaki, tetapi bukan untuk sewenang-wenangnya. Sebab itu, dalam undang-undang negara kita pada hari ini; siapa yang ceraikan bini dia di rumah, akan didenda. Hikmah dibuat undang-undang macam ni ialah supaya mengelakkan para suami daripada menggunakan kuasa talak dengan sewenang-wenang untuk menceraikan isterinya. Pikiaq dulu habih-habih. Kalau tak boleh settle juga, bawa pi mahkamah. Maknanya, bila pi mahkamah, nada amarah kita mungkin dah cool down sikit. Bila dah cool, maka bolehlah kita berfikir dengan cara yang waras. ]
2) Li`an isteri terhadap suaminya membebaskan dirinya dari tuduhan suaminya dan gugurlah hukuman had zina dari isteri tadi, iaitu hukuman rejam sampai mati tidak dikenakan (digugurkan) dari isteri yang membalas li`an suaminya. Dan li`an suami terhadap isterinya sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 50(2) melepaskan suami dari hukuman had qazaf yang diperuntukkan dalam perkara 39 yang berlandaskan firman ALLAH dalam Surah an-Nur ayat 4.
[ Ingat tuan-tuan!...li`an meli`an antara suami isteri memang tidak digalakkan dalam ajaran Islam, kecualilah kalau tidak ada pilihan. ]
Perkara 52 : Sebab-sebab yang membolehkan suami meli`an isteri.
1) Mengikut peruntukkan hukum syara`, seseorang suami harus meli`an isterinya dengan 2 sebab:
i) Suami menuduh isterinya berzina, tetapi suami itu tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi yang boleh menyokong kebenaran tuduhannya.
ii) Suami tidak mengakui - menolak anak yang dikandung oleh isterinya. Misalnya suami mengaku belum pernah jima` dengan isterinya semenjak dari tarikh akad nikah, atau isteri itu sudah melahirkan anak sebelum sampai 6 bulan dari tarikh mulai ia jima` dengan suaminya.
[ Inilah 2 keadaan yang mengharuskan si suami meli`an isteri dia. Walaupun si suami boleh meli`an isterinya sekiranya berlaku salah satu daripada perkara di atas, tetapi Islam masih tidak menggalakkannya. Sehingga sunat bagi hakim menasihati si suami supaya jangan diteruskan dengan li`an. Pasai apa?...Sebab kalau diteruskan dengan li`an, kemudian sekiranya si isteri balas balik li`an suaminya, maka perkahwinan mereka akan dibubarkan buat selama-lamannya. Dan mereka takkan boleh kembali selama-lamanya. Benda-benda macam ni, kita kena beringat, tuan-tuan.
Sebab itu, sekiranya kita sendiri nak kahwin atau anak-anak kita nak kahwin; maka hendaklah disiapkan dengan ilmu yang secukupnya. Jangan jadi sepertimana yang diceritakan oleh ust Jailani, tentang satu pasangan yang baru saja kawin tapi berakhir di mahkamah. Di malam pertama, yang kenduri siang tadi di rumah pengantin perempuan, sepatutnya tentulah seronok sebab benda yang selama ni haram, sekarang dah jadi halal. Tiba-tiba berakhir dengan benda yang tak seronok. Semasa si suami tu pi mandi bersiap-siap untuk malam pertama, tiba-tiba handset dia bunyi. Lalu si isteri yang baru jadi raja sehari tu pun angkat, tengok-tengok girlfren suami dia send message. Takke haru tu tuan-tuan?...Bila si isteri tu tengok message tu, start daripada hari tu sampailah sekarang, dia terus jadi dingin terhadap suaminya. Jadi kelam kabut perkahwinan pengantin baru tu tuan-tuan. Malam pertama ke mana, kenduri rumah si suami pun terpaksa dibatalkan dan sekarang masuk mahkamah dalam proses minta c! erai pulak dah. Pasai apa jadi lagu ni?...Sebab si suami tu la, tuan-tuan. Dia tak reti nak prepare awai-awai. Dah tau hang nak kawin hari ni, sepatutnya awai-awai hang dah putuskan segala hubungan dengan mana-mana hang punya ex-girlfren. Samada hubungan tu cara halai ka atau cara haram ka, dia sepatutnya mau clear buang "kabel-kabel" ni dulu sebab hari ini dia sudah ada isteri. Apa punya tak reti la Mamat ni?...]
2) Suami yang menuduh isterinya berzina jika nyata dan benar isteri itu berzina. Misalnya suami melihat sendiri dengan matanya semasa isterinya berzina, atau isteri itu mengaku sendiri bahawa ia berzina, dan pengakuannya diterima dan dibenarkan dengan keterangan-keterangan yang nyata dan jelas serta terbukti, maka dalam kes ini, sebaik-baiknya suami itu hendaklah mentalaki isterinya tanpa meli`annya.
3) Dalam kes li`an, hakim hendaklah memberi peringatan dan nasihat kepada pihak isteri dan pihak suami sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a., sabdanya:
"Mana-mana perempuan yang masuk ke suatu kaum yang bukan keluarganya, maka ia tidak akan mendapat apa-apa pun bahagian dari ALLAH, dan ia tidak akan masuk ke dalam syurga. Dan mana-mana lelaki yang menyangkal (menolak) anak, pada hal ia tahu bahawa anak itu adalah anaknya, maka ALLAH menjauhkan daripadanya dan ALLAH akan menghinakannya di hadapan orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian." (HR Abu Daud)
[ Jadi, hadith ini dengan jelas menyatakan kepada kita tentang celaan kepada orang yang berzina dan kepada orang yang tuduh orang berzina. Satu orang lelaki memang dia tahu anak tu memang anak dia, tiba-tiba dia tuduh juga isteri dia berzina; maka orang macam ni dicela dan dikutuk oleh ALLAH SWT. Termasuk yang dikutuk dan dilaknat oleh ALLAH SWT ialah orang perempuan dan orang lelaki yang berzina, sedangkan mereka tahu perbuatan itu diharamkan oleh ALLAH SWT.
Sebab itu muslimin muslimat sekelian, kita perlu menjauhkan diri dari benda-benda seumpama ini dan perlu berdoa setiap hari setiap malam supaya ALLAH melindungi rumahtangga kita daripada perkara-perkara seumpama ini. ]
....bersambung....
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - your guide to health and wellness
