*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salaamun�alaikum,
Dah bayar saman ke belum ? Tahukah anda sekiranya anda
tidak berbuat demikian nilai saman anda akan
digandakan semaksima mungkin atau anda akan
dipenjarakana atau kedua-duanya sekali ? Maka
bertindak dengan bijak. Jangan lepaskan peluang ini
sebelum 2 Mei 2002. Bayarlah saman anda beramai-ramai
demi menyahut seruan negara � TAAT SETIA KEPADA
PEMERINTAH ! Apa pun, bila tengok berita di TV dan
dipusat bayar-saman, aku nampak berduyun-duyun rakyat
tak kira pembangkang atau penyokong membayar
saman-saman mereka sebab takut digertak balaci-balaci
kebanggaan Pak Lah Anak Bedawi !
Sekarang ni musim bayar balik atau musim menyumbang.
Kerajaan mengambil inisiatif melalui pelbagai cara
agar seluruh rakyat kelas rendah yang �gitu-gitu�
menyumbang kearah pembentukan negara demi mencapai
taraf negara maju walaupun hakikatnya negara entah
kemana maju entah kemana. Antara yang terkini ialah
saman traffik dan kenaikan harga petrol diesel secara
gempar !
Sejumlah 3.5 juta saman daripada 4.6 juta yang
dikeluarkan yang mana jumlah keseluruhannya mencecah
RM 500 juta, masih belum dijelaskan oleh rakyat
setakat 29 April 2002 telah menjatuhkan maruah polis
terutamanya bahagian traffik. Ini menyebabkan polis
terpaksa mengambil langkah pemantauan dengan melaksana
Ops Warta II bermula 2 Mei. Kesian pulak tengok kat
polis ni, dah tak de duit langsung rupanya, sebab tu
la lokap pecah, trak terbakar, rekrut baru, gaji tak
naik dah bertahun, elaun itu ini tak de dan
macam-macam lagi la. Pendekata semenjak Norain Mai
pegang KPN ni la, polis tak dapat kemudahan macam
zaman si penumbuk mata lebam ! Jadi, agaknya bila
dapat duit saman ni, boleh la kot lepas ni diorang
agihkan bonos dan kenaikan gaji pada
anggota-anggotanya yang terpaksa menahan maki hina
rakyat yang kena sembur air asid. Dapat juga diorang
melatih dengan sempurna bakal rekrut, beli trak baru
yang �fire-proof�, bancuh air asid baru, repair lokap
yang pecah dan beli lebih banyak gari !
Kuasa
Dulu aku pernah tanya, sebenarnya siapa yang lebih
berkuasa atas jalanraya atau lebuhraya ? JPJ atau
Polis atau JKR ? Nah ! Sekarang dah terjawab, penguasa
jalanraya yang sepatutnya JPJ beralihkuasa pulak
kepada polis yang tak semena menggila, menyaman orang
tak tentu pasal. Dah tu pulak, polis berkuasa
menukarkan akta saman itu kepada akta yang lain tanpa
kelulusan dewan rakyat ataupun dewan negara yang
memberikan kuasa tangkap atas kesalahan yang dilakukan
oleh pesalah traffik tanpa dibicarakan terdahulu. Apa
ni ? Begitu mudah polis mengambil alih kuasa dan
meluluskan undang-undang ? JPJ harus menukar
portfolionya dari penguasa jalan kepada Jabatan
Perlesenan Jalan dan tidak berkuasa lagi untuk menahan
mana-mana pesalahlaku traffik.
Adil
Kalau kita selidik betul-betul dan secara logiknya,
saman-saman yang dikeluarkan tidak termasuk golongan
kelas atasan yang �gitu-gitu� seperti dato-dato
menteri-menteri, pegawai-pegawai tinggi, def-def
kehormat, YAB-YAB dan lain-lain pangkat anggota polis
sendiri ! Diorang punya kereta kalau diatas lebuhraya
berdesup tak terkata, maklumla kereta diorang power
tak macam kereta kita yang gitu-gitu ajer. Malu la
kalau pemimpin kena saman, takkan pemimpin tak ikut
undang-undang ye tak ? Penguasa undang-undang pun
takkan nak kena saman jugak, bukan ke diorang yang
kena jaga undang-undang, malu la kalau kena saman !
Pigiii dah !
Semakin tinggi dia tu seorang pemimpin semakin banyak
la undang-undang yang terkecuali darinya. Sebagai
contoh isu kelajuan diatas lebuhraya ni la, diorang
nak cepat hadir mesyuarat itu ini, jadi kena la cepat.
Nanti kalau lambat pulak negara tak maju ! Sama juga
dengan polis, begitu asyik menjalankan tugas meronda
tali pinggang keledar pun tak sempat nak kancing !
Sistem
Sepatutnya sistem saman perlu berjalan mengikut
landasan hukum yang betul. Tak salah kalau nak buat
�speed-trap�, asalkan pesalah traffik tadi diberi
peluang membela diri mengikut saluran demokrasi yang
sebenar. Mana la tahu kot-kot dia terpaksa speeding
sebab emergency kes ke. Saman yang dikeluarkan
seharusnya sampai ke pengetahuan semua pesalah traffik
dan bukan kena datang-periksa sendiri di pusat-pusat.
Hantar surat ke, memo ke atau lain-lain cara, bukan
ke negara kita ni kaya dengan IT.
Ada juga rungutan rakyat yang mengatakan saman yang
beliau terima tak releven. Kesalahan yang dicatatkan
dalam notis berlaku ketika beliau sedang tidur di
rumah. Ada juga mengatakan kereta yang disaman telah
pun hancur luluh ketika terlibat dalam kemalangan
sebelum dari tarikh kesalahan.
Seeloknya, hantar dan sampaikan la notis perbicaraan
kepada pesalah traffik, bicarakan seadilnya dengan
menolak tepi kedudukan atau status pesalah tadi, YAB
ke, Dato ke, Tan Sri ke semua dapat pengadilan yang
sama rata sebab jalanraya atau lebuhraya yang dibina
rata tu adalah untuk semua !
Muat
Agaknya la, kalau 3.5 juta saman yang masih belum
dijelaskan tu dibahagikan 5 saman seorang pesalah
dalam bancian, hampir 700 000 pesalah yang akan
dipenjarakan. Muat ke penjara tu ? Berapa pulak kos
nak keluarkan usaha penangkapan, kos sara hidup dalam
mahligai syahdu, kos itu ini.. ishhh ! Banyak jugak
tu.. Daripada nak dapat duit terus hilang lagi banyak
duit.
Apa nak jadi pada kemajuan negara kalau antara 700 000
yang masuk penjara tu terdiri dari golongan
professional macam engineer ke, manager ke, pensyarah
ke, doktor ke..
Lagi pun kalau tangkap yang 'bilis-bilis' tak pulang
modal. Kalau tangkap jerung macam Eric Chia ke Daim ke
Annuar Musa ke berbaloi jugak, ye tak !!
Sekian~
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - your guide to health and wellness
http://health.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Hus Cokro <[EMAIL PROTECTED]>