*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini dr www.inteligensia.com untuk tatapan tuan-tuan.
Ada komen?
APA RAHSIA BESAR TAIB AZAMUDDEEN?
Oleh: Zamzai
Kami di www.inteligensia.com
<http://www.inteligensia.com> tidak menyangka ada di
antara pengunjung lama web kami yang telah menghantar
e-mel kepada Saudara Astora Jabat untuk memaklumkan
mengenai artikel tentang Taib Azamuddeen yang
disiarkan di sini. Kami telah menerima ratusan e-mel
yang menyatakan kepayahan untuk mencari artikel
tersebut. Sebenarnya artikel tersebut telah
dikeluarkan dua hingga tiga hari yang lalu dan ia
telah diinjakkan ke belakang apabila ada artikel baru
dimasukkan. Namun atas permintaan ramai, kami
menyiarkan semula artikel yang dicari untuk
pemerhatian para pembaca sekelian
Segala komen dan sumbangan artikel boleh dialamatkan
kepada [EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>
Sekian terimakasih
editorinteligensia
___________________________________________________________________________________________
Bar
u-baru ini, apabila Setiausaha Parlimen Kementerian
Penerangan Datuk Zainuddin Maidin mencabar Ahli
Palimen Pas Baling, Taib Azamuddeen supaya mendedahkan
"rahsia besar" yang disimpan olehnya ramai yang
terpinga-pinga. Menurut Datuk Zam, bekas Imam Besar
Masjid Negara itu menyimpan rahisa mengenai seorang
pemimpin yang bergelar ulama. Tambah beliau lagi
kaedah syariah menetapkan yang kepentingan umum perlu
diutamakan daripada kepentingan pihak-pihak tertentu
dan mengikut kaedah syariah inilah maka Taib harus
mendedahkan apa yang beliau tahu.Tetapi Taib
seolah-olah orang yang terpinga-pinga selepas ditampar
mendakwa yang beliau tidak tahu apa-apa mengenai
"rahsia besar" tersebut. Adakah ini benar? Atau adakah
Taib merupakan seorang ahli politik yang layak
mendapat "Anugerah Pelakon Politik Terbaik Dua Dekad".
Sebenarnya jika "rahsia besar" yang dimaksudkan oleh
Datuk Zam ialah mengenai majlis taubat mangsa liwat
Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah ramai yang tahu
mengenainya hing
gakan ia tidak lagi menjadi rahsia. Astora Jabat
pernah menulis mengenainya di dalam kolum mingguan
beliau, buku-buku ditulis mengenai peristiwa tersebut
malah VCD majlis tersebut juga telah dijual
merata-rata. Tetapi masih ramai rakyat Malaysia yang
tidak percaya atau tidak mendapat VCD sensasi yang
jelas menunjukkan Taib Azamuddeenlah yang menjadi
moderator utama apabila mangsa liwat Anwar Ibrahim
mengaku di hadapan beliau dan menyesal kerana dipaksa
melakukan perbuatan keji itu. Jika benarlah "rahsia
besar" yang dimaksudkan oleh Datuk Zam ialah majlis
taubat tersebut, maka sekaranglah masa terbaik untuk
disebarkan kepada orang ramai mengenai apa yang
sebenarnya berlaku dalam majlis tersebut.
Jika diteliti adalah tidak lojik Taib tidak tahu
mengenai peristiwa tersebut sedangkan di dalam VCD itu
jelas menunjukkan wajah beliau yang cuba menenangkan
mangsa liwat terbabit. Malah, selepas peristiwa
tersebut didedahkan oleh Astora Jabat sekalipun, Taib
masih lagi berdiam diri. Tidak ada apa-apa kenyataan
dari beliau menafikan mahupun mengiyakan apa yang
ditulis oleh Astora Jabat. Tidakkah ini satu situasi
yang agak pelik. Lazimnya jika sesuatu tuduhan
dilemparkan oleh UMNO kepada Pas dan kebetulannya ia
mampu menjadi modal politik kepada Pas, maka seluruh
jentera akan dikerahkan untuk memainkan isu tersebut
demi menaikkan sentimen rakyat. Harakah,
penceramah-penceramah Pas, VCD dan kaset dikeluarkan
untuk membuat "spin doctoring" kepada sesuatu isu agar
ia memberi kelebihan kepada Pas. Tetapi di dalam isu
ini, seluruh jentera Pas membisu seribu bahasa. Adakah
ini kerana kepimpinan Pas tahu perkara yang
sebenarnya? Malah menurut sumber-sumber yang boleh
dipercayai setiap wakil rakyat Pas telah mendapat VCD
sensasi majlis taubat yang dipengerusikan oleh Taib
Azamuddeen.
Mungkin inilah sebabnya Taib dan kepimpinan utama Pas
sendiri tidak berminat untuk memainkan isu ini malah
cuba berlagak bodoh agar mereka terlepas dari
menjelaskan kepada rakyat. Tetapi mereka tidak
sepatutnya dibiarkan terlepas begitu sahaja. Mereka
harus dipanggil untuk menjelaskan isu tersebut dan
kenapakah setelah bertahun-tahun Taib tahu mengenai
pengakuan mangsa liwat Anwar Ibrahim dia masih
merahsiakannya sahaja. Setelah Pas menggunakan isu
pemecatan Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kuasa mereka
tidak boleh lari dari tanggungjawab menerangkan apakah
tujuan mereka mempertahankan orang diketahui ada
kemungkinan melakukan perbuatan keji tersebut. Adakah
tindakan mereka benar-benar bertujuan mempertahankan
orang yang teraniaya atau adakah ia hanya untuk
menangguk di air keruh demi menjatuhkan UMNO?
Sama-sama kita lihat episod seterusnya apabila lama
web ini akan menyiarkan transkrip penuh perbualan
antara Taib Azamuddeen dengan mangsa.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - your guide to health and wellness
http://health.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: art jeffries <[EMAIL PROTECTED]>