*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum...

Sesungguhnya apa yang tersiar dalam website intelligensia mengenai kes liwat 
DSAI bolen mengguggat keimanan kita sebagai seorang Islam dan seolah-olah 
menyeru kepada kita semua agar percaya apa yang kononnya didedahkan oleh 
bekas Imam Negara.  Tapi cuba kita fikirkan, kenapa Taib Azamuddin sendiri 
masih mendiamkan diri walaupun telah terlihat wajah Taib Azamuddin di dalam 
VCD yang mempamirkan majlis taubat mangsa liwat DSAI?  Dan, biar siapapun 
sekali yang mendedahkan, rasanya jalan terbaik ialah jangan mempercayainya 
kerana kalau kita mempercayai akan turut bersubahat dan turut berdosa kerana 
menuduh seseorang.  KECUALI kalau DSAI sendiri yang mengaku secara rela.  
Tidakkah korang tau hukum Islam yang liwat dan zina memerlukan 4 orang 
saksi?  Cukupkah dengan tersiar VCD gambar bekas Imam Masjid Negara, boleh 
dijadikkan saksi kes liwat DSAI?

Haiiiii.... adalah dinasihatkan.... gunakanlah akal fikiran ... biar apa 
pun, kita tetap kena berpandukan hukum Islam

>From: art jeffries <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* APA RAHSIA BESAR TAIB AZAMUDDEEN?
>Date: Sun, 5 May 2002 20:38:45 -0700 (PDT)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Ini dr www.inteligensia.com untuk tatapan tuan-tuan.
>Ada komen?
>APA RAHSIA BESAR TAIB AZAMUDDEEN?
>Oleh: Zamzai
>
>
>Kami di www.inteligensia.com
><http://www.inteligensia.com> tidak menyangka ada di
>antara pengunjung lama web kami yang telah menghantar
>e-mel kepada Saudara Astora Jabat untuk memaklumkan
>mengenai artikel tentang Taib Azamuddeen yang
>disiarkan di sini. Kami telah menerima ratusan e-mel
>yang menyatakan kepayahan untuk mencari artikel
>tersebut. Sebenarnya artikel tersebut telah
>dikeluarkan dua hingga tiga hari yang lalu dan ia
>telah diinjakkan ke belakang apabila ada artikel baru
>dimasukkan. Namun atas permintaan ramai, kami
>menyiarkan semula artikel yang dicari untuk
>pemerhatian para pembaca sekelian
>Segala komen dan sumbangan artikel boleh dialamatkan
>kepada [EMAIL PROTECTED]
><mailto:[EMAIL PROTECTED]>
>Sekian terimakasih
>editorinteligensia
>___________________________________________________________________________________________
>Bar
>
>u-baru ini, apabila Setiausaha Parlimen Kementerian
>Penerangan Datuk Zainuddin Maidin mencabar Ahli
>Palimen Pas Baling, Taib Azamuddeen supaya mendedahkan
>"rahsia besar" yang disimpan olehnya ramai yang
>terpinga-pinga. Menurut Datuk Zam, bekas Imam Besar
>Masjid Negara itu menyimpan rahisa mengenai seorang
>pemimpin yang bergelar ulama. Tambah beliau lagi
>kaedah syariah menetapkan yang kepentingan umum perlu
>diutamakan daripada kepentingan pihak-pihak tertentu
>dan mengikut kaedah syariah inilah maka Taib harus
>mendedahkan apa yang beliau tahu.Tetapi Taib
>seolah-olah orang yang terpinga-pinga selepas ditampar
>mendakwa yang beliau tidak tahu apa-apa mengenai
>"rahsia besar" tersebut. Adakah ini benar? Atau adakah
>Taib merupakan seorang ahli politik yang layak
>mendapat "Anugerah Pelakon Politik Terbaik Dua Dekad".
>
>Sebenarnya jika "rahsia besar" yang dimaksudkan oleh
>Datuk Zam ialah mengenai majlis taubat mangsa liwat
>Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah ramai yang tahu
>mengenainya hing
>
>gakan ia tidak lagi menjadi rahsia. Astora Jabat
>pernah menulis mengenainya di dalam kolum mingguan
>beliau, buku-buku ditulis mengenai peristiwa tersebut
>malah VCD majlis tersebut juga telah dijual
>merata-rata. Tetapi masih ramai rakyat Malaysia yang
>tidak percaya atau tidak mendapat VCD sensasi yang
>jelas menunjukkan Taib Azamuddeenlah yang menjadi
>moderator utama apabila mangsa liwat Anwar Ibrahim
>mengaku di hadapan beliau dan menyesal kerana dipaksa
>melakukan perbuatan keji itu. Jika benarlah "rahsia
>besar" yang dimaksudkan oleh Datuk Zam ialah majlis
>taubat tersebut, maka sekaranglah masa terbaik untuk
>disebarkan kepada orang ramai mengenai apa yang
>sebenarnya berlaku dalam majlis tersebut.
>Jika diteliti adalah tidak lojik Taib tidak tahu
>mengenai peristiwa tersebut sedangkan di dalam VCD itu
>jelas menunjukkan wajah beliau yang cuba menenangkan
>mangsa liwat terbabit. Malah, selepas peristiwa
>tersebut didedahkan oleh Astora Jabat sekalipun, Taib
>masih lagi berdiam diri. Tidak ada apa-apa kenyataan
>dari beliau menafikan mahupun mengiyakan apa yang
>ditulis oleh Astora Jabat. Tidakkah ini satu situasi
>yang agak pelik. Lazimnya jika sesuatu tuduhan
>dilemparkan oleh UMNO kepada Pas dan kebetulannya ia
>mampu menjadi modal politik kepada Pas, maka seluruh
>jentera akan dikerahkan untuk memainkan isu tersebut
>demi menaikkan sentimen rakyat. Harakah,
>penceramah-penceramah Pas, VCD dan kaset dikeluarkan
>untuk membuat "spin doctoring" kepada sesuatu isu agar
>ia memberi kelebihan kepada Pas. Tetapi di dalam isu
>ini, seluruh jentera Pas membisu seribu bahasa. Adakah
>ini kerana kepimpinan Pas tahu perkara yang
>sebenarnya? Malah menurut sumber-sumber yang boleh
>dipercayai setiap wakil rakyat Pas telah mendapat VCD
>sensasi majlis taubat yang dipengerusikan oleh Taib
>Azamuddeen.
>Mungkin inilah sebabnya Taib dan kepimpinan utama Pas
>sendiri tidak berminat untuk memainkan isu ini malah
>cuba berlagak bodoh agar mereka terlepas dari
>menjelaskan kepada rakyat. Tetapi mereka tidak
>sepatutnya dibiarkan terlepas begitu sahaja. Mereka
>harus dipanggil untuk menjelaskan isu tersebut dan
>kenapakah setelah bertahun-tahun Taib tahu mengenai
>pengakuan mangsa liwat Anwar Ibrahim dia masih
>merahsiakannya sahaja. Setelah Pas menggunakan isu
>pemecatan Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kuasa mereka
>tidak boleh lari dari tanggungjawab menerangkan apakah
>tujuan mereka mempertahankan orang diketahui ada
>kemungkinan melakukan perbuatan keji tersebut. Adakah
>tindakan mereka benar-benar bertujuan mempertahankan
>orang yang teraniaya atau adakah ia hanya untuk
>menangguk di air keruh demi menjatuhkan UMNO?
>Sama-sama kita lihat episod seterusnya apabila lama
>web ini akan menyiarkan transkrip penuh perbualan
>antara Taib Azamuddeen dengan mangsa.
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Health - your guide to health and wellness
>http://health.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: art jeffries <[EMAIL PROTECTED]>




_________________________________________________________________
Join the world’s largest e-mail service with MSN Hotmail. 
http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "amari claude" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke