*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



>From: "Syazana H." <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* TOLAK PAS BUKAN BERMAKNA TOLAK ISLAM
>Date: Sat, 15 Jun 2002 03:43:30 +0000
>
>
>nik aziz sendiri pernah cakap pasal pahala utk rakyat kelantan yang sokong 
>pas.....
>......bila ceramah kutip derma duit derma tu bagi sama
>



Saudara Awang Sulung & Syazana,

SAYA perlu memuji dan mengucapkan terima kasih di atas sikap Awang Sulung 
yang cuba meluaskan skop `dosa' dan `pahala' dengan perkara `rahmat' pula. 
Sikap beliau yang bertanyakan khabar mengenai ``dengan pahala atau dengan 
rahmatkan seseorang itu dimasukkan ke syurga'', adalah baik. Ini akan 
memberi ruang kepada adanya soal jawab.

Dalam hubungan ini, saya teringatkan sikap Nabi s.a.w. yang tidak pernah 
menutup mulut sesiapa juga termasuk orang bukan Islam untuk melahirkan 
pendapat yang berbeza. Apa yang ada ialah mengemukakan jawapan balas. Nabi 
juga tidak pernah kenakan ISA dan Nabi tidak pernah menutup mulut sesiapa 
pun. Kalau Nabi begitu, maka begitulah juga kita. Itulah cara Nabi.

Cara sekat orang dari bersoal jawab tidak betul. Cara Awang Sulung 
mengendalikan ruangan Bisik-Bisik dalam Utusan Malaysia keluaran 8 Jun 2002 
sudah betul, sekurang-kurangnya untuk hari itu. Dia buat cara yang betul. 
Sebagai jawapan, saya boleh terimalah jawapan ``Manusia boleh dimasukkan ke 
syurga pada akhirnya kerana rahmat Allah.'' Ini jawapan yang 
berkecenderungan Tasauf.

Bagaimanapun saya masih suka mengambil pendekatan dakwah secara biasa yakni 
turun ke akar umbi. Apabila kita bercakap mengenai akar umbi, kita mesti 
menyebutkan soal dosa dan pahala. Ini merupakan kaedah tauhid. Orang sufi 
bercakap memasuki syurga dengan rahmat tetapi bagi orang awam yang terdiri 
daripada rakyat biasa majoriti, saya lebih suka mengambil pendekatan 
mendidik melalui pahala dan dosa yang agak mudah.

Perkataan `rahmat' itu adab berbahasa sahaja kerana dikhuatiri menjadi 
terlalu `muktazilah', sekadar itu sahaja. Sekadar untuk mengelak daripada 
lidah kita seolah-olah memaksa Tuhan memasukkan kita ke dalam syurga kerana 
pahala semata-mata. Jika Awang Sulung masih mahu menukarkan semua perkataan 
`pahala' kepada `rahmat' maka terpaksalah beliau bekerja keras untuk mencari 
perkataan `pahala' dan menukarkan kenyataan saya iaitu ``Mengundi Pas di 
tahun 1990 mendapat `rahmat' daripada Allah s.w.t.''

Bagi saya, undi Pas dapat `rahmat' atau undi Pas dapat `pahala' tidak 
menjadi masalah. Rahmat pun tidak mengapa dan pahala pun tidak mengapa.

Dalam Bisik-Bisik, Awang Sulung ada menyentuh tentang ``orang-orang yang 
beriman kepada Allah dituntut bertakwa dan beramal soleh''. Iman itu apa? 
Tentunya bermakna meyakini 6 Rukun Iman iaitu asas-asas kepercayaan seorang 
Islam. Di antara 6 perkara Rukun Iman itu, tidakkah kita dikehendaki percaya 
kepada kitab yakni al-Quran. Dalam al-Quran ada disebutkan perkataan 
``Athawwa atau Al-Ajrun''. Ini bermakna pahala. Ada pula disebut perkataan 
``Al-Ithmu'' atau dosa. Cuba lihat dalam Surah al-Hadiid ayat 7 sebagai 
misalnya. Ia membawa maksud. ``Orang yang beriman dan berderma itu adalah 
memperoleh pahala yang besar.'

Di sini, beranikah Bisik-Bisik tukarkan perkataan `pahala' kepada perkataan 
`rahmat'? Munasabahkah atau tidak berdosakah?

Dalam hal beriman juga, ia menyentuh tentang kepercayaan kepada adanya hari 
kiamat. Jumhur Ulama' memahami hari selepas kiamat adalah hari pembalasan di 
mana `pahala' dan `dosa' yang dibuat oleh seseorang manusia di masa hidupnya 
akan dihitung dan diadili. `Pahala' dan `dosa' itu sebagai kaedah. Ia cara 
untuk membalas segala `dosa' dan segala `pahala' dengan syurga atau neraka. 
Ia sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang sukakan penghargaan.

Reward akan menaikkan semangat beribadat. Walaupun Allah s.w.t. boleh 
membuat paksaan, tetapi kaedah menawarkan pahala lebih serasi dengan fitrah 
manusia. Sungguhpun kita akui bahawa Allah memasukkan seseorang ke syurga 
pada akhirnya dengan rahmat-Nya tetapi Allah tidak berikan `rahmat' sesuka 
hati. Sebab itu ia kirim Nabi untuk mengajar umat manusia dengan 
kaedah-kaedah berupa amalan dan perbuatan yang boleh menjadikan ia taat atau 
maksiat, pahala atau dosa. Allah tidak memasukkan seseorang ke syurga atau 
melemparkan ke neraka sesuka hati.

Para nabilah yang mengajar kaedah-kaedah yang menjadi ikutan dan dipanggil 
sunnah. Contohnya di Kelantan, kita haramkan riba kerana Islam, kita kempen 
menutup aurat kerana Islam. Kita adakan rumah awam kos rendah 3 bilik kerana 
Islam, kita beri cuti lebih sehari dalam seminggu kerana Islam, kita adakan 
bulan sembahyang dan Ihya Ramadan kerana Islam. Kita asuh rakyat supaya 
tidak mendekati maksiat kerana Islam. Kita tutup night club dan tidak 
benarkan premis judi kerana Islam. Kita jumpa pemimpin agama lain untuk 
mengembangkan Islam. Kita adakan dialog Islam - Kristian yang dipengerusikan 
oleh Dr. Jomo Sundram di Kuala Lumpur pada Februari 2001 kerana Islam.

Oleh sebab itulah saya akhirnya menyatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan 
raya 1990 itu mendapat pahala. Ini kerana Pas membuat kerja-kerja yang 
menghapuskan kemungkaran dan menyuburkan kebaikan. Kaedah ini adalah kaedah 
yang diajar oleh Nabi s.a.w. Dalam soal hari pembalasan juga, dalam Surah 
al-Fatihah sendiri menyebut tentang ``Allahlah penguasa di hari 
pembalasan.'' Apa itu hari pembalasan di akhirat, jika tidak Tuhan mahu 
membalas kerja-kerja baik dengan `pahala' dan kerja-kerja jahat `dosa'. Mahu 
balas dengan apa? Balasannya ialah dengan syurga atau neraka.

Ada juga disebut bahawa Nik Abd. Aziz ``tidak habis-habis mahu bercakap 
fasal pahala mengundi Pas''. Jawabnya memang saya tidak akan puas-puas 
menyebutkan tentang dosa dan pahala. Saya akan tetap sebut sampai bila-bila. 
Selagi Pas memainkan peranan menegakkan makruf dan menentang kemungkaran 
maka selagi itulah mereka yang menyokong parti Pas akan mendapat `pahala'.

UMNO pun kalau nak sebut undi UMNO dapat pahala pun tak apa. Sebutlah. Biar 
rakyat pakat dengar. Kenapa kalau badan NGO membuat kerja-kerja amal 
dianggap berpahala. Mengapa bila parti Pas yang berdaftar dan mempunyai 
perlembagaan tiba-tiba pula dianggap sebagai tidak mendapat `pahala' apabila 
membuat kerja yang sama. Sebenarnya perkara asas untuk mendapat `pahala' 
ialah setiap amal yang ikhlas berasaskan kepada al-Quran dan sunnah. Dasar 
dan sandaran adalah al-Quran dan sunnah.

Jika nakkan parti yang tidak pakai al-Quran dan sunnah, UMNO ada dah - pah 
(lepas itu) Awang Sulung nak buat lagu mana? Kena buat parti ketigalah 
nampaknya. Parti baru itu mestilah berjuang atas al-Quran dan sunnah.

Nak berjuang atas al-Quran dan sunnah bagaimana kalau parti sedemikian sudah 
ada parti Pas. Perlembagaan kita jelas mahu al-Quran dan sunnah. Hukum hudud 
yang kita cadangkan jelas didasarkan kepada al-Quran dan sunnah dan 
dasar-dasar yang kita putuskan di negeri-negeri yang kita perintah semuanya 
bersemangatkan Islam.

Demi melaksanakan tuntutan sebagai hambalah kerajaan negeri Kelantan dan 
Terengganu yang diperintah oleh Pas sedang menggunakan al-Quran dan Hadis 
sebagai panduan. Kita mencari `pahala' dan mengelakkan diri daripada 
melakukan dosa-dosa sambil berdoa agar sentiasa diberi `rahmat' oleh Allah 
s.w.t. baik di dunia dan di akhirat nanti.

Saya berterima kasih kepada Awang Sulung. Jawapan saya ini kiranya sudah 
jelas dan tak mungkin lagi boleh menimbulkan kekeliruan bagi mereka yang 
maha mengerti.

- MENTERI BESAR KELANTAN, Kota Darulnaim, Kota Bharu.







_________________________________________________________________
Join the world�s largest e-mail service with MSN Hotmail. 
http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke