*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
guano wei syazana, ni lah cara intelek hak mu dok tunggu2 tu... aku tahu punya puak2mu
ni mesti cari jalan nak counter... moga puak2mu attend kelas btn (beruk turun naik
nyior) setara tu je lah hebatmu... kalau tuan beruk suruh panjat beruk panjat tuan
beruk suruh turun beruk turun... aku ingat cerita mat sabu pasal beruk dengan tuan dia
ni. masa mula2 undang2 pasang lampu motorsikal dikuatkuasakan. beruk ni kalau naik
motor suka duduok di depan atas bahagian lampu dgn tangannya memegang lampu. dia
berasa panas. mu tahu beruk tu kata apa2? beruk tu labih cerdik dari yang pergi kelas
btn. maaf ya terkasar sikit
--- "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
>
>>From: "Syazana H." <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: Re: H-Net* TOLAK PAS BUKAN BERMAKNA TOLAK ISLAM
>>Date: Sat, 15 Jun 2002 03:43:30 +0000
>>
>>
>>nik aziz sendiri pernah cakap pasal pahala utk rakyat kelantan yang sokong
>>pas.....
>>......bila ceramah kutip derma duit derma tu bagi sama
>>
>
>
>
>Saudara Awang Sulung & Syazana,
>
>SAYA perlu memuji dan mengucapkan terima kasih di atas sikap Awang Sulung
>yang cuba meluaskan skop `dosa' dan `pahala' dengan perkara `rahmat' pula.
>Sikap beliau yang bertanyakan khabar mengenai ``dengan pahala atau dengan
>rahmatkan seseorang itu dimasukkan ke syurga'', adalah baik. Ini akan
>memberi ruang kepada adanya soal jawab.
>
>Dalam hubungan ini, saya teringatkan sikap Nabi s.a.w. yang tidak pernah
>menutup mulut sesiapa juga termasuk orang bukan Islam untuk melahirkan
>pendapat yang berbeza. Apa yang ada ialah mengemukakan jawapan balas. Nabi
>juga tidak pernah kenakan ISA dan Nabi tidak pernah menutup mulut sesiapa
>pun. Kalau Nabi begitu, maka begitulah juga kita. Itulah cara Nabi.
>
>Cara sekat orang dari bersoal jawab tidak betul. Cara Awang Sulung
>mengendalikan ruangan Bisik-Bisik dalam Utusan Malaysia keluaran 8 Jun 2002
>sudah betul, sekurang-kurangnya untuk hari itu. Dia buat cara yang betul.
>Sebagai jawapan, saya boleh terimalah jawapan ``Manusia boleh dimasukkan ke
>syurga pada akhirnya kerana rahmat Allah.'' Ini jawapan yang
>berkecenderungan Tasauf.
>
>Bagaimanapun saya masih suka mengambil pendekatan dakwah secara biasa yakni
>turun ke akar umbi. Apabila kita bercakap mengenai akar umbi, kita mesti
>menyebutkan soal dosa dan pahala. Ini merupakan kaedah tauhid. Orang sufi
>bercakap memasuki syurga dengan rahmat tetapi bagi orang awam yang terdiri
>daripada rakyat biasa majoriti, saya lebih suka mengambil pendekatan
>mendidik melalui pahala dan dosa yang agak mudah.
>
>Perkataan `rahmat' itu adab berbahasa sahaja kerana dikhuatiri menjadi
>terlalu `muktazilah', sekadar itu sahaja. Sekadar untuk mengelak daripada
>lidah kita seolah-olah memaksa Tuhan memasukkan kita ke dalam syurga kerana
>pahala semata-mata. Jika Awang Sulung masih mahu menukarkan semua perkataan
>`pahala' kepada `rahmat' maka terpaksalah beliau bekerja keras untuk mencari
>perkataan `pahala' dan menukarkan kenyataan saya iaitu ``Mengundi Pas di
>tahun 1990 mendapat `rahmat' daripada Allah s.w.t.''
>
>Bagi saya, undi Pas dapat `rahmat' atau undi Pas dapat `pahala' tidak
>menjadi masalah. Rahmat pun tidak mengapa dan pahala pun tidak mengapa.
>
>Dalam Bisik-Bisik, Awang Sulung ada menyentuh tentang ``orang-orang yang
>beriman kepada Allah dituntut bertakwa dan beramal soleh''. Iman itu apa?
>Tentunya bermakna meyakini 6 Rukun Iman iaitu asas-asas kepercayaan seorang
>Islam. Di antara 6 perkara Rukun Iman itu, tidakkah kita dikehendaki percaya
>kepada kitab yakni al-Quran. Dalam al-Quran ada disebutkan perkataan
>``Athawwa atau Al-Ajrun''. Ini bermakna pahala. Ada pula disebut perkataan
>``Al-Ithmu'' atau dosa. Cuba lihat dalam Surah al-Hadiid ayat 7 sebagai
>misalnya. Ia membawa maksud. ``Orang yang beriman dan berderma itu adalah
>memperoleh pahala yang besar.'
>
>Di sini, beranikah Bisik-Bisik tukarkan perkataan `pahala' kepada perkataan
>`rahmat'? Munasabahkah atau tidak berdosakah?
>
>Dalam hal beriman juga, ia menyentuh tentang kepercayaan kepada adanya hari
>kiamat. Jumhur Ulama' memahami hari selepas kiamat adalah hari pembalasan di
>mana `pahala' dan `dosa' yang dibuat oleh seseorang manusia di masa hidupnya
>akan dihitung dan diadili. `Pahala' dan `dosa' itu sebagai kaedah. Ia cara
>untuk membalas segala `dosa' dan segala `pahala' dengan syurga atau neraka.
>Ia sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang sukakan penghargaan.
>
>Reward akan menaikkan semangat beribadat. Walaupun Allah s.w.t. boleh
>membuat paksaan, tetapi kaedah menawarkan pahala lebih serasi dengan fitrah
>manusia. Sungguhpun kita akui bahawa Allah memasukkan seseorang ke syurga
>pada akhirnya dengan rahmat-Nya tetapi Allah tidak berikan `rahmat' sesuka
>hati. Sebab itu ia kirim Nabi untuk mengajar umat manusia dengan
>kaedah-kaedah berupa amalan dan perbuatan yang boleh menjadikan ia taat atau
>maksiat, pahala atau dosa. Allah tidak memasukkan seseorang ke syurga atau
>melemparkan ke neraka sesuka hati.
>
>Para nabilah yang mengajar kaedah-kaedah yang menjadi ikutan dan dipanggil
>sunnah. Contohnya di Kelantan, kita haramkan riba kerana Islam, kita kempen
>menutup aurat kerana Islam. Kita adakan rumah awam kos rendah 3 bilik kerana
>Islam, kita beri cuti lebih sehari dalam seminggu kerana Islam, kita adakan
>bulan sembahyang dan Ihya Ramadan kerana Islam. Kita asuh rakyat supaya
>tidak mendekati maksiat kerana Islam. Kita tutup night club dan tidak
>benarkan premis judi kerana Islam. Kita jumpa pemimpin agama lain untuk
>mengembangkan Islam. Kita adakan dialog Islam - Kristian yang dipengerusikan
>oleh Dr. Jomo Sundram di Kuala Lumpur pada Februari 2001 kerana Islam.
>
>Oleh sebab itulah saya akhirnya menyatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan
>raya 1990 itu mendapat pahala. Ini kerana Pas membuat kerja-kerja yang
>menghapuskan kemungkaran dan menyuburkan kebaikan. Kaedah ini adalah kaedah
>yang diajar oleh Nabi s.a.w. Dalam soal hari pembalasan juga, dalam Surah
>al-Fatihah sendiri menyebut tentang ``Allahlah penguasa di hari
>pembalasan.'' Apa itu hari pembalasan di akhirat, jika tidak Tuhan mahu
>membalas kerja-kerja baik dengan `pahala' dan kerja-kerja jahat `dosa'. Mahu
>balas dengan apa? Balasannya ialah dengan syurga atau neraka.
>
>Ada juga disebut bahawa Nik Abd. Aziz ``tidak habis-habis mahu bercakap
>fasal pahala mengundi Pas''. Jawabnya memang saya tidak akan puas-puas
>menyebutkan tentang dosa dan pahala. Saya akan tetap sebut sampai bila-bila.
>Selagi Pas memainkan peranan menegakkan makruf dan menentang kemungkaran
>maka selagi itulah mereka yang menyokong parti Pas akan mendapat `pahala'.
>
>UMNO pun kalau nak sebut undi UMNO dapat pahala pun tak apa. Sebutlah. Biar
>rakyat pakat dengar. Kenapa kalau badan NGO membuat kerja-kerja amal
>dianggap berpahala. Mengapa bila parti Pas yang berdaftar dan mempunyai
>perlembagaan tiba-tiba pula dianggap sebagai tidak mendapat `pahala' apabila
>membuat kerja yang sama. Sebenarnya perkara asas untuk mendapat `pahala'
>ialah setiap amal yang ikhlas berasaskan kepada al-Quran dan sunnah. Dasar
>dan sandaran adalah al-Quran dan sunnah.
>
>Jika nakkan parti yang tidak pakai al-Quran dan sunnah, UMNO ada dah - pah
>(lepas itu) Awang Sulung nak buat lagu mana? Kena buat parti ketigalah
>nampaknya. Parti baru itu mestilah berjuang atas al-Quran dan sunnah.
>
>Nak berjuang atas al-Quran dan sunnah bagaimana kalau parti sedemikian sudah
>ada parti Pas. Perlembagaan kita jelas mahu al-Quran dan sunnah. Hukum hudud
>yang kita cadangkan jelas didasarkan kepada al-Quran dan sunnah dan
>dasar-dasar yang kita putuskan di negeri-negeri yang kita perintah semuanya
>bersemangatkan Islam.
>
>Demi melaksanakan tuntutan sebagai hambalah kerajaan negeri Kelantan dan
>Terengganu yang diperintah oleh Pas sedang menggunakan al-Quran dan Hadis
>sebagai panduan. Kita mencari `pahala' dan mengelakkan diri daripada
>melakukan dosa-dosa sambil berdoa agar sentiasa diberi `rahmat' oleh Allah
>s.w.t. baik di dunia dan di akhirat nanti.
>
>Saya berterima kasih kepada Awang Sulung. Jawapan saya ini kiranya sudah
>jelas dan tak mungkin lagi boleh menimbulkan kekeliruan bagi mereka yang
>maha mengerti.
>
>- MENTERI BESAR KELANTAN, Kota Darulnaim, Kota Bharu.
>
>
>
>
>
>
>
>_________________________________________________________________
>Join the world�s largest e-mail service with MSN Hotmail.
>http://www.hotmail.com
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>
_____________________________________________________________
-------------------------------------------
All the intelligence of the internet
http://www.intelbrief.com
_____________________________________________________________
Promote your group and strengthen ties to your members with [EMAIL PROTECTED] by
Everyone.net http://www.everyone.net/?btn=tag
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: hussin abdaziz <[EMAIL PROTECTED]>