*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
As-Salamualaikum,

Artikel dibawah ni saya ambil mingguan malaysia 23/6/02. Penulis dibawah ada 
memperkatakan tentang Tun Razak dan jasa2nya spt membuka tanah2 rancangan 
dll.  Saya ingin tahu apa jasa2 Mahathir? Ada sesiapa boleh tolong 
senaraikan. Apa yg saya tahu antara jasa Mahathir adalah Projek Kilang besi 
Perwaja dan projek Bakun di mana dlm2 projek2 ini negara telah kerugian 
BERBILION2 ringgit. Ada sesiapa tahu lagi jasa2nya yg lain?



Sinonimnya Tun Razak, BN dan UMNO

Mazlan Nordin Menulis
BAGI sebilangan ahli UMNO, terutama yang berumur, setiap perhimpunan agung 
membawa pelbagai kenangan dari zaman lampau, khususnya peristiwa-peristiwa 
yang menjamin kesinambungan kegiatan parti dan pucuk pimpinan.

Antaranya ialah penubuhan Barisan Nasional (BN) dengan UMNO sebagai 
tonggaknya seperti dalam Parti Perikatan sebelumnya.

Seorang editor akhbar masih ingat akan kata-kata Allahyarham Tun Abdul Razak 
berikutan penubuhan Majlis Gerakan Negara selepas Tragedi 13 Mei 1969, 
dengan beliau sebagai pengarah.

Bercakap menjelang sidang pertama majlis itu, Tun Razak berkata:

``The first order of business is to do myself out of a job. I don't want to 
be a dictator. I want to revive Parliament.''

Janji itu kemudian dikotakan. Beliau memulihkan demokrasi berparlimen 
setelah pemerintahan darurat berjalan selama 21 bulan saja.

Manifesto BN yang ditandatangani oleh Tun Razak pada 25 Julai 1974 menyebut 
lima matlamat penting BN, iaitu:

- Mengekalkan keamanan dan keselamatan negara serta melindungi jiwa, harta 
benda dan hak rakyat

- Memperkukuh lagi kestabilan sosial dan politik dalam negeri

- Menentukan kedudukan negara kita berada di tempat yang mulia dan dihormati 
dalam gelanggang politik antarabangsa dengan mengamalkan dasar luar yang 
bebas, berkecuali dan aktif

- Melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan sepenuh-penuhnya

- Melahirkan masyarakat adil yang bersatu padu dan makmur sesuai dengan 
Rukun Negara.

Tun Razak sebelum itu mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memberi 
sokongan kepada Kerajaan Perikatan pada masa lampau.

Sembilan parti tersebut sebagai ahli-ahli BN ketika itu: UMNO, MCA, MIC, 
Pas, Gerakan, Parti Progresif Rakyat (PPP), SUPP (Sarawak), Parti Pesaka 
Bumiputera Bersatu dan Parti Perikatan Sabah.

Pelantikan Tun Razak sebagai Perdana Menteri mengambil masa dan pertanyaan, 
timbul mengenai hubungan beliau dengan Tunku Abdul Rahman. Kedua-duanya dari 
golongan aristokrat, seorang putera sultan dan baginya kehidupan yang senang 
dan mewah.

Lain halnya bagi Tun Razak yang semasa kecil berjalan kaki sejauh empat batu 
setiap hari - dua batu ke sekolah rendah di Langgar, Pahang dan dua batu 
lagi untuk mengaji al-Quran pada sebelah petang.

Dalam sakunya wang satu sen untuk membeli nasi dagang. Setiap hari beliau 
mandi di sungai.

Sering disebut bahawa Razak berkaki ayam ke sekolah. Maksudnya beliau dari 
keluarga miskin. Sebenarnya beliau bukan dari keluarga yang kais pagi, makan 
pagi dan kais petang, makan petang. Kerana ayahnya Datuk Hussein bergelar 
Orang Kaya Indera Shah Bandar.

Beliau berkaki ayam ke sekolah adalah kerana murid-murid lain di sekolahnya 
miskin belaka dan tidak mampu membeli kasut getah.

Maka dari kecil lagi Tun Razak memahami masalah-masalah yang dialami oleh 
orang Melayu biasa, harapan dan cita-cita mereka.

Ia menjelaskan juga sebabnya beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab 
bagi pembangunan luar bandar menjelajah lebih 60,000 batu setiap tahun ke 
segenap daerah pedalaman.

Beberapa peristiwa lain semasa kecil mempengaruhi sikapnya di masa hadapan. 
Ketika berumur 10 tahun beliau hadir dalam satu upacara pertabalan Sultan 
Pahang di Pekan. Hadir dalam dewan ialah Orang-Orang Besar Negeri dengan 
pakaian sampin dan tengkolok. Kesemuanya berdiri.

Ikut hadir ialah Gabenor serta Residen-Residen British. Kesemuanya duduk di 
kerusi empuk manakala pembesar-pembesar Melayu terus berdiri. Perbezaan itu 
kekal dalam ingatan Razak.

Kisah lain dibawa oleh J.J Raj Jr., bekas Ketua Polis Pahang mengenai 
lawatan Tun Razak ke ibu pejabat polis di Kuala Lipis pada tahun 1962 lima 
tahun selepas merdeka.

Tidak ada mes pegawai-pegawai polis ketika itu. Di satu tempat terdiri rumah 
besar, dulunya kediaman rasmi Residen British dan ketika itu tempat tinggal 
sebilangan pelajar Melayu dari kampung-kampung sekitarnya.

Raj lalu mengesyorkan supaya rumah itu dijadikan mes untuk pegawai polis dan 
para pelajar berkenaan pindah ke tempat lain. Tun Razak kemudian menjawab 
dengan lemah lembut: ``Kalau 10 peratus daripada pelajar-pelajar Melayu yang 
miskin itu lulus kelak di universiti, kejayaan mereka akan menggembirakan 
hati saya.'' Cadangan tersebut segera dibatalkan dan Raj memohon maaf kepada 
Tun Razak.

Raj kemudian mencatat kejayaan beribu-ribu pelajar Melayu dari 
universiti-universiti tempatan dan luar negara, lalu teringat kembali 
kata-kata Razak yang ``bukan saja menepati harapannya tetapi juga 
memperlihatkan persepsinya akan masa depan anak-anak Melayu.''

Dalam konteks pelbagai peristiwa yang dialami dan dihadapi, Tunku dan Tun 
Razak sebenarnya bergantung satu sama lain. Itu telah ditakdirkan bagi 
kedua-duanya. Dan yang juga ditakdirkan bagi rakyat dan negara Malaysia. 
Bangsa dan negara meraih faedah daripadanya.

Tun Razak kekal dalam kenangan kerana pelbagai hal - sementara kerajaan 
penjajah British membina 2,000 sekolah dalam masa 100 tahun, Razak membina 
3,000 sekolah dalam masa 10 tahun, bahawa tiga juta rakyat yang buta huruf 
dapat diajar membaca dan menulis, bahawa beliau membuka lebih 200,000 ekar 
tanah dan 75 rancangan tanah untuk puluhan ribu keluarga miskin.

Bank Bumiputra, MARA, ITM, Universiti Kebangsaan Malaysia, RISDA, FELDA, 
Pernas, Petronas dan MAS adalah antara yang wujud dalam masa pentadbirannya.

Perkembangan seterusnya disambung oleh arwah Tun Hussein Onn dan sekarang 
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Dan apabila bilangan komponen BN kian bertambah, perubahan diperlukan dalam 
infrastruktur politik untuk memenuhi pelbagai tuntutan rakyat yang meningkat 
hingga 22 juta kini (sama dengan Australia). Kerana demokrasi bererti 
memberi ruang untuk rakyat membuat pilihan.




_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke