*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Iye lah! Memang nak ikut cara Nabi saw la ni.
Tapi, cara yang macamana? Kamu tak recommend pun?

Kita bukan sahaja mahu mengajak Cina dan India sahaja ke Islam,
malah kesemua sekali.
(Kalau boleh, Jin pun kita nak ajak sekali. He He Heee *joke*).
Kita nak ajak Cina, India, malah Melayu, omputih, Siam, Indon, Filipino,
semua sekali masuk ke dalam Islam dengan bersungguh-sungguh.

Orang yang tak percaya adanya Tuhan pun kita nak ajak masuk Islam sekali.
Orang atheist ni, lagi sikit lagi nak masuk Islam kerana ucapan mereka
adalah:
"Tiada Tuhan", dan adalah menjadi tugas dakwah untuk menyedarkan mereka dan
melengkapkan lafaz menjadi "Tiada Tuhan Kecuali Allah". Cuma separuh sahaja
lagi message Islam yang hendak disampaikan.

Anyway...
Boleh beri reference tak ayat mana yang kamu tuliskan ini? InsyaAllah, I
want to check it out:

>  > berbunyi "Tidak diturunkan Muhammad itu melainkan untuk membentuk
akhlak
>  > manusia"

Jazakallaahu khair.





>  > POLITIK ISLAM
>  >
>  > Politik yang diamalkan di negara kita hari ini adalah cara politik yang
>  > dibawa dari barat yang diambil dari tamaddun Greek di Rome yang wujud
>  > lama sebelum tamaddun Islam lahir. Melalui sistem politik inilah telah
>  > diambil kesempatan oleh sebahagian pejuang-pejuang Islam di Malaysia
>  > menggunakannya untuk memperjuangkan dan mendaulatkan agama Islam. Oleh
>  > itu tidak hairanlah wujudnya parti-parti politik Islam seperti PAS yang
>  > juga berada di bawah sistem politik ala Rome ini, maaf, saya tidaklah
>  > bermaksud untuk memperkecilkan perjuangan PAS. Perkara ini bukan sahaja
>  > berlaku di Malaysia, malah begitulah juga keadaannya di negara-negara
>  > lain yang mengamalkan sistem politik ini seperti Pakistan, Mesir,
>  > Bangladesh, Algeria dan lain-lain lagi. Di negara-negara ini juga
>  > terdapat parti-parti politik yang mendakwa memperjuangkan Islam seperti
>  > PAS.
>  >
>  > Sebenarnya, kita selamanya tidak akan berjaya untuk memperjuangkan
agama
>  > Islam ini kalau kita mengambil pendekatan lain selain dari cara yang
>  > ditunjukkan oleh Allah melalui RasulNya Muhammad s.a.w. Kalau kita
hendak
>  > berjaya dalam
>  > memperjuangkan Islam atau menegakkan Islam di muka bumi ini maka kita
>  > hendaklah menggunakan cara yang diredai Allah yang telah ditunjukkan
oleh
>  > Allah melalui RasulNya itu. Rasulullah itu adalah sebaik contoh kepada
>  > umat manusia.
>  >
>  > Cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam menegakkan pemerintahan
Islam
>  > adalah kaedah yang diredai Allah. Kaedah yang Allah reda, tentulah
layak
>  > mendapat kemenangan. Kalau kita melihat kembali kepada perjuangan
>  > Rasulullah, ia bermula dengan mengajak manusia beriman (kalau dalam
>  > konteks Malaysia, kita kenalah mengajak secara hikmah orang Cina dan
>  > India supaya beriman) dan menghayati nilai dan akhlak yang mulia.
>  > Keutamaan perjuangan Rasulullah ialah membetulkan keimanan manusia dan
>  > membentuk akhlak mereka. Mendapatkan kuasa  pemerintahan bukanlah
>  > merupakan keutamaan dalam Islam. Seperti firman Tuhan yang mafhumnya
>  > berbunyi "Tidak diturunkan Muhammad itu melainkan untuk membentuk
akhlak
>  > manusia" . Itulah sebab nabi tidak diturunkan beserta dengan bala
tentera
>  > dan kelengkapan perang canggih bagi membantunya mendapatkan
>  > kuasa. Malah nabi dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan lemah lagi
>  > yatim piatu.
>  >
>  > Nabi pernah ditawarkan untuk menjadi Raja oleh musyrikin Mekah, kalau
>  > ikut fikiran kita bagus kalau diterima tawaran itu, kalau telah menjadi
>  > Raja sudah tentu dia berkuasa, mudahlah menyebarkan ajaran Islam malah
>  > boleh paksa orang masuk Islam. Tetapi sebaliknya nabi telah tolak
tawaran
>  > itu kerana itu bukanlah cara yang Tuhan kehendaki. Nabi tidak pernah
>  > menawan jasad manusia dengan peraturan dan undang-undang. Sebaliknya
nabi
>  > telah dapat menawan hati manusia dengan iman dan
>  > akhlaknya yang mulia. Tidak pernah saya dengar dalam sejarahnya orang
>  > masuk Islam kerana tertarik dengan jubah yang dipakai nabi atau
tertarik
>  > dengan panjangnya janggut nabi, tetapi apa yang menarik mereka memeluk
>  > Islam kerana tersentuh dengan baik akhlak Rasullullah itu sendiri.
Pernah
>  > satu ketika Rasulullah menziarah seorang musyrik yang dikhabarkan
sedang
>  > sakit, padahal orang tersebut sebelum itu kerapkali meletakkan tahi di
>  > depan pintu rumah baginda. Tentu siapa saja akan tersentuh dengan
>  > kemuliaan akhlak Rasulullah ini. Kalau hendak tahu agama seseorang itu
>  > baik atau tak baik, betul atau tidak lihatlah pada akhlak pengikutnya.
>  > Akhlak pengikut mencerminkan agamanya.
>  >
>  > Apabila hati manusia telah dapat ditawan dengan cara yang Tuhan reda,
>  > dengan sendirinya kuasa akan berada di tangan kita. Tidakkan lari
gunung
>  > dikejar, berlalu awan nampaklah dia. Oleh itu janganlah kita taksub
>  > terhadap parti-parti politik yang
>  > terdapat di Malaysia ini kerana perjuangan Islam melalui parti ini
>  > bukanlah perjuangan Islam yang mengikut kaedah yang ditunjukkan oleh
>  > Allah melalui RasulNya Muhammad s.a.w. Sebaliknya kita kena ikut dan
>  > tekankan cara perjuangan Rasulullah, cara yang Tuhan reda. Pendekatan
>  > Rasul itulah yang sepatutnya menjadi keutamaan kita. Di sini bukanlah
>  > maknanya
>  > saya melarang anda sokong PAS atau UMNO, apa yang perlu dijauhkan
apabila
>  > menyertai parti politik ialah perasaan taksub kepada parti. Kita kena
>  > ikut keutamaan.
>  >
>  > Kalau Nabi Muhammad dilahirkan di zaman yang mempunyai sistem politik
>  > berparti seperti hari ini, saya tak fikir baginda juga akan menubuhkan
>  > satu parti untuk memperjuangkan agama Islam. Keahlian parti seseorang
itu
>  > boleh dilucutkan pada bila-bila masa, sedangkan keahlian Islam tidak
>  > siapa yang boleh melucutkannya kecuali dia sendiri yang murtad.
Bukanlah
>  > maksud saya di sini hendak menentang sistem politik berparti yang kita
>  > amalkan ini. Tetapi yang saya tak setuju bila kita
>  > menggunakannya untuk memperjuangkan Islam, kerana perjuangan Islam itu
>  > haruslah mengikut cara yang ditunjukkan Allah melalui RasulNya. Akibat
>  > dari menggunakan parti politik sebagai cara memperjuangkan Islam
>  > menyebabkan ahli parti menjadi taksub kepada benda yang tidak
sepatutnya
>  > kita taksub, akhirnya umat Islam menjadi keliru dan berpecah belah.
>  > Sistem politik yang ada hari memang tidak dapat mengelakkan kita dari
>  > berbeza pendapat dan fahaman, tetapi sepatutnya tidaklah sampai umat
>  > Islam bergaduh dan berpecah belah kerananya. Sepatutnya kita hanya
taksub
>  > kepada cara Rasulullah dalam memperjuangkan Islam kerana itulah
>  > satu-satunya cara perjuangan yang diredai Allah dan dijamin
kejayaannya.
>  >
>  > Kalau semua dari kita betul-betul bersungguh-sungguh dalam menghayati
>  > cara perjuangan Rasulullah ini maka insyallah di suatu masa nanti semua
>  > ahli parti di dalam MCA, MIC, UMNO, PAS, DAP dan lain-lainnya itu akan
>  > terdiri dari orang-orang yang beriman dan berakhlak mulia. Dengan
>  > sendirinya kuasa Islam itu tertegak juga akhirnya. Masa depan kita
>  > sebenarnya bergantung kepada apa yang kita pilih hari ini.
>  >
>  >  Dari;
>  > http://www.geocities.com/aliasof2/islam.htm
>
>
>   ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>   ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>   ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>   ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>   ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>   ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>   ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Ismail Mansor <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
> _________________________________________________________________
> MSN Photos is the easiest way to share and print your photos:
> http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Anak Didik" <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "zulh" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke