(on suria .fke.utm.my)

aliasm.vcf was scanned by Interscan Viruswall on suria.fke.utm.my and no virus found.
------------------------------------------------------------------------
POLITIK ISLAM

Politik yang diamalkan di negara kita hari ini adalah cara politik yang
dibawa dari barat yang diambil dari tamaddun Greek di Rome yang wujud
lama sebelum tamaddun Islam lahir. Melalui sistem politik inilah telah
diambil kesempatan oleh sebahagian pejuang-pejuang Islam di Malaysia
menggunakannya untuk memperjuangkan dan mendaulatkan agama Islam. Oleh
itu tidak hairanlah wujudnya parti-parti politik Islam seperti PAS yang
juga berada di bawah sistem politik ala Rome ini, maaf, saya tidaklah
bermaksud untuk memperkecilkan perjuangan PAS. Perkara ini bukan sahaja
berlaku di Malaysia, malah begitulah juga keadaannya di negara-negara
lain yang mengamalkan sistem politik ini seperti Pakistan, Mesir,
Bangladesh, Algeria dan lain-lain lagi. Di negara-negara ini juga
terdapat parti-parti politik yang mendakwa memperjuangkan Islam seperti
PAS.


Sebenarnya, kita selamanya tidak akan berjaya untuk memperjuangkan agama
Islam ini kalau kita mengambil pendekatan lain selain dari cara yang
ditunjukkan oleh Allah melalui RasulNya Muhammad s.a.w. Kalau kita
hendak berjaya dalam
memperjuangkan Islam atau menegakkan Islam di muka bumi ini maka kita
hendaklah menggunakan cara yang diredai Allah yang telah ditunjukkan
oleh Allah melalui RasulNya itu. Rasulullah itu adalah sebaik contoh
kepada umat manusia.


Cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam menegakkan pemerintahan
Islam adalah kaedah yang diredai Allah. Kaedah yang Allah reda, tentulah
layak mendapat kemenangan. Kalau kita melihat kembali kepada perjuangan
Rasulullah, ia bermula dengan mengajak manusia beriman (kalau dalam
konteks Malaysia, kita kenalah mengajak secara hikmah orang Cina dan
India supaya beriman) dan menghayati nilai dan akhlak yang mulia.
Keutamaan perjuangan Rasulullah ialah membetulkan keimanan manusia dan
membentuk akhlak mereka. Mendapatkan kuasa  pemerintahan bukanlah
merupakan keutamaan dalam Islam. Seperti firman Tuhan yang mafhumnya
berbunyi "Tidak diturunkan Muhammad itu melainkan untuk membentuk akhlak
manusia" . Itulah sebab nabi tidak diturunkan beserta dengan bala
tentera dan kelengkapan perang canggih bagi membantunya mendapatkan
kuasa. Malah nabi dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan lemah lagi
yatim piatu.


Nabi pernah ditawarkan untuk menjadi Raja oleh musyrikin Mekah, kalau
ikut fikiran kita bagus kalau diterima tawaran itu, kalau telah menjadi
Raja sudah tentu dia berkuasa, mudahlah menyebarkan ajaran Islam malah
boleh paksa orang masuk Islam. Tetapi sebaliknya nabi telah tolak
tawaran itu kerana itu bukanlah cara yang Tuhan kehendaki. Nabi tidak
pernah menawan jasad manusia dengan peraturan dan undang-undang.
Sebaliknya nabi telah dapat menawan hati manusia dengan iman dan
akhlaknya yang mulia. Tidak pernah saya dengar dalam sejarahnya orang
masuk Islam kerana tertarik dengan jubah yang dipakai nabi atau tertarik
dengan panjangnya janggut nabi, tetapi apa yang menarik mereka memeluk
Islam kerana tersentuh dengan baik akhlak Rasullullah itu sendiri.
Pernah satu ketika Rasulullah menziarah seorang musyrik yang dikhabarkan
sedang sakit, padahal orang tersebut sebelum itu kerapkali meletakkan
tahi di depan pintu rumah baginda. Tentu siapa saja akan tersentuh
dengan kemuliaan akhlak Rasulullah ini. Kalau hendak tahu agama
seseorang itu baik atau tak baik, betul atau tidak lihatlah pada akhlak
pengikutnya. Akhlak pengikut mencerminkan agamanya.


Apabila hati manusia telah dapat ditawan dengan cara yang Tuhan reda,
dengan sendirinya kuasa akan berada di tangan kita. Tidakkan lari gunung
dikejar, berlalu awan nampaklah dia. Oleh itu janganlah kita taksub
terhadap parti-parti politik yang
terdapat di Malaysia ini kerana perjuangan Islam melalui parti ini
bukanlah perjuangan Islam yang mengikut kaedah yang ditunjukkan oleh
Allah melalui RasulNya Muhammad s.a.w. Sebaliknya kita kena ikut dan
tekankan cara perjuangan Rasulullah, cara yang Tuhan reda. Pendekatan
Rasul itulah yang sepatutnya menjadi keutamaan kita. Di sini bukanlah
maknanya
saya melarang anda sokong PAS atau UMNO, apa yang perlu dijauhkan
apabila menyertai parti politik ialah perasaan taksub kepada parti. Kita
kena ikut keutamaan.


Kalau Nabi Muhammad dilahirkan di zaman yang mempunyai sistem politik
berparti seperti hari ini, saya tak fikir baginda juga akan menubuhkan
satu parti untuk memperjuangkan agama Islam. Keahlian parti seseorang
itu boleh dilucutkan pada bila-bila masa, sedangkan keahlian Islam tidak
siapa yang boleh melucutkannya kecuali dia sendiri yang murtad. Bukanlah
maksud saya di sini hendak menentang sistem politik berparti yang kita
amalkan ini. Tetapi yang saya tak setuju bila kita
menggunakannya untuk memperjuangkan Islam, kerana perjuangan Islam itu
haruslah mengikut cara yang ditunjukkan Allah melalui RasulNya. Akibat
dari menggunakan parti politik sebagai cara memperjuangkan Islam
menyebabkan ahli parti menjadi taksub kepada benda yang tidak sepatutnya
kita taksub, akhirnya umat Islam menjadi keliru dan berpecah belah.
Sistem politik yang ada hari memang tidak dapat mengelakkan kita dari
berbeza pendapat dan fahaman, tetapi sepatutnya tidaklah sampai umat
Islam bergaduh dan berpecah belah kerananya. Sepatutnya kita hanya
taksub kepada cara Rasulullah dalam memperjuangkan Islam kerana itulah
satu-satunya cara perjuangan yang diredai Allah dan dijamin kejayaannya.

Kalau semua dari kita betul-betul bersungguh-sungguh dalam menghayati
cara perjuangan Rasulullah ini maka insyallah di suatu masa nanti semua
ahli parti di dalam MCA, MIC, UMNO, PAS, DAP dan lain-lainnya itu akan
terdiri dari orang-orang yang beriman dan berakhlak mulia. Dengan
sendirinya kuasa Islam itu tertegak juga akhirnya. Masa depan kita
sebenarnya bergantung kepada apa yang kita pilih hari ini.

 Dari;
http://www.geocities.com/aliasof2/islam.htm
begin:vcard 
n:Mohd Yusof;Alias 
tel;fax:07-5566272
x-mozilla-html:TRUE
org:Universiti Teknologi Malaysia;Kejuruteraan Elektrik Kuasa (POWER)
version:2.1
email;internet:[EMAIL PROTECTED]
title:Pensyarah
adr;quoted-printable:;;Fakulti Kejuruteraan Elektrik=0D=0A81310 UTM Skudai=0D=0AJohor Bahru=0D=0AJohor;;;;
fn:Alias Mohd Yusof
end:vcard

Kirim email ke