(on suria .fke.utm.my)

aliasm.vcf was scanned by Interscan Viruswall on suria.fke.utm.my and no virus found.
------------------------------------------------------------------------
POLITIK ISLAM

Politik yang diamalkan di negara kita hari ini adalah cara politik yang dibawa dari 
barat yang diambil dari tamaddun Greek di Rome yang wujud lama sebelum tamaddun Islam 
lahir. Melalui sistem politik inilah telah diambil kesempatan oleh sebahagian 
pejuang-pejuang Islam di Malaysia menggunakannya untuk memperjuangkan dan mendaulatkan 
agama Islam. Oleh itu tidak hairanlah wujudnya parti-parti
politik Islam seperti PAS yang juga berada di bawah sistem politik ala Rome ini, maaf, 
saya tidaklah bermaksud untuk memperkecilkan perjuangan PAS. Perkara ini bukan sahaja 
berlaku di Malaysia, malah begitulah juga keadaannya di negara-negara lain yang 
mengamalkan sistem politik ini seperti Pakistan, Mesir, Bangladesh, Algeria dan 
lain-lain lagi. Di negara-negara ini juga terdapat parti-parti
politik yang mendakwa memperjuangkan Islam seperti PAS.


Sebenarnya, kita selamanya tidak akan berjaya untuk memperjuangkan agama Islam ini 
kalau kita mengambil pendekatan lain selain dari cara yang ditunjukkan oleh Allah 
melalui RasulNya Muhammad s.a.w. Kalau kita hendak berjaya dalam
memperjuangkan Islam atau menegakkan Islam di muka bumi ini maka kita hendaklah 
menggunakan cara yang diredai Allah yang telah ditunjukkan oleh Allah melalui RasulNya 
itu. Rasulullah itu adalah sebaik contoh kepada umat manusia.


Cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam menegakkan pemerintahan Islam adalah 
kaedah yang diredai Allah. Kaedah yang Allah reda, tentulah layak mendapat kemenangan. 
Kalau kita melihat kembali kepada perjuangan Rasulullah, ia bermula dengan mengajak 
manusia beriman (kalau dalam konteks Malaysia, kita kenalah mengajak secara hikmah 
orang Cina dan India supaya beriman) dan menghayati nilai dan
akhlak yang mulia. Keutamaan perjuangan Rasulullah ialah membetulkan keimanan manusia 
dan membentuk akhlak mereka. Mendapatkan kuasa  pemerintahan bukanlah merupakan 
keutamaan dalam Islam. Seperti firman Tuhan yang mafhumnya berbunyi "Tidak diturunkan 
Muhammad itu melainkan untuk membentuk akhlak manusia" . Itulah sebab nabi tidak 
diturunkan beserta dengan bala tentera dan kelengkapan perang
canggih bagi membantunya mendapatkan
kuasa. Malah nabi dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan lemah lagi yatim piatu.


Nabi pernah ditawarkan untuk menjadi Raja oleh musyrikin Mekah, kalau ikut fikiran 
kita bagus kalau diterima tawaran itu, kalau telah menjadi Raja sudah tentu dia 
berkuasa, mudahlah menyebarkan ajaran Islam malah boleh paksa orang masuk Islam. 
Tetapi sebaliknya nabi telah tolak tawaran itu kerana itu bukanlah cara yang Tuhan 
kehendaki. Nabi tidak pernah menawan jasad manusia dengan peraturan
dan undang-undang. Sebaliknya nabi telah dapat menawan hati manusia dengan iman dan
akhlaknya yang mulia. Tidak pernah saya dengar dalam sejarahnya orang masuk Islam 
kerana tertarik dengan jubah yang dipakai nabi atau tertarik dengan panjangnya janggut 
nabi, tetapi apa yang menarik mereka memeluk Islam kerana tersentuh dengan baik akhlak 
Rasullullah itu sendiri. Pernah satu ketika Rasulullah menziarah seorang musyrik yang 
dikhabarkan sedang sakit, padahal orang tersebut
sebelum itu kerapkali meletakkan tahi di depan pintu rumah baginda. Tentu siapa saja 
akan tersentuh dengan kemuliaan akhlak Rasulullah ini. Kalau hendak tahu agama 
seseorang itu baik atau tak baik, betul atau tidak lihatlah pada akhlak pengikutnya. 
Akhlak pengikut mencerminkan agamanya.


Apabila hati manusia telah dapat ditawan dengan cara yang Tuhan reda, dengan 
sendirinya kuasa akan berada di tangan kita. Tidakkan lari gunung dikejar, berlalu 
awan nampaklah dia. Oleh itu janganlah kita taksub terhadap parti-parti politik yang
terdapat di Malaysia ini kerana perjuangan Islam melalui parti ini bukanlah perjuangan 
Islam yang mengikut kaedah yang ditunjukkan oleh Allah melalui RasulNya Muhammad 
s.a.w. Sebaliknya kita kena ikut dan tekankan cara perjuangan Rasulullah, cara yang 
Tuhan reda. Pendekatan Rasul itulah yang sepatutnya menjadi keutamaan kita. Di sini 
bukanlah maknanya
saya melarang anda sokong PAS atau UMNO, apa yang perlu dijauhkan apabila menyertai 
parti politik ialah perasaan taksub kepada parti. Kita kena ikut keutamaan.


Kalau Nabi Muhammad dilahirkan di zaman yang mempunyai sistem politik berparti seperti 
hari ini, saya tak fikir baginda juga akan menubuhkan satu parti untuk memperjuangkan 
agama Islam. Keahlian parti seseorang itu boleh dilucutkan pada bila-bila masa, 
sedangkan keahlian Islam tidak siapa yang boleh melucutkannya kecuali dia sendiri yang 
murtad. Bukanlah maksud saya di sini hendak menentang
sistem politik berparti yang kita amalkan ini. Tetapi yang saya tak setuju bila kita
menggunakannya untuk memperjuangkan Islam, kerana perjuangan Islam itu haruslah 
mengikut cara yang ditunjukkan Allah melalui RasulNya. Akibat dari menggunakan parti 
politik sebagai cara memperjuangkan Islam menyebabkan ahli parti menjadi taksub kepada 
benda yang tidak sepatutnya kita taksub, akhirnya umat Islam menjadi keliru dan 
berpecah belah. Sistem politik yang ada hari memang tidak dapat
mengelakkan kita dari berbeza pendapat dan fahaman, tetapi sepatutnya tidaklah sampai 
umat Islam bergaduh dan berpecah belah kerananya. Sepatutnya kita hanya taksub kepada 
cara Rasulullah dalam memperjuangkan Islam kerana itulah satu-satunya cara perjuangan 
yang diredai Allah dan dijamin kejayaannya.

Kalau semua dari kita betul-betul bersungguh-sungguh dalam menghayati cara perjuangan 
Rasulullah ini maka insyallah di suatu masa nanti semua ahli parti di dalam MCA, MIC, 
UMNO, PAS, DAP dan lain-lainnya itu akan terdiri dari orang-orang yang beriman dan 
berakhlak mulia. Dengan sendirinya kuasa Islam itu tertegak juga akhirnya. Masa depan 
kita sebenarnya bergantung kepada apa yang kita pilih
hari ini.

 Dari;
http://www.geocities.com/aliasof2/islam.htm
begin:vcard 
n:Mohd Yusof;Alias 
tel;fax:07-5566272
x-mozilla-html:TRUE
org:Universiti Teknologi Malaysia;Kejuruteraan Elektrik Kuasa (POWER)
version:2.1
email;internet:[EMAIL PROTECTED]
title:Pensyarah
adr;quoted-printable:;;Fakulti Kejuruteraan Elektrik=0D=0A81310 UTM Skudai=0D=0AJohor Bahru=0D=0AJohor;;;;
fn:Alias Mohd Yusof
end:vcard

Kirim email ke