Assalamualaikum,
 
    Pada 2/07/2002 majlis ilmu telah diadakan di Masjid Kg Kurnia Johor Bharu pada jam 9.30 malam oleh Kiyai Hj Suhaili. Berikut adalah sedutan dari ceramah beliau.
 
    Janganlah kamu mengikut jejak syaitan kerana syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.
 
    Manusia di dunia ini dikawal oleh para malaikat. Paling sedikit adalah dua malaikat dibahu kanan dan kiri kita iaitu malaikat Rakib dan Atiq. Malaikat telah ditugaskan oleh Allah untuk mengawal manusia di muka bumi ini. Malaikat juga turut hadir di majlis ilmu. Tujuan malaikat hadir di majlis ilmu bukan hanya untuk mendengar ilmu yang disampaikan tetapi juga membuat catitan untuk manusia yang hadir sama.
 
    Orang yang rugi adalah orang yang tidak hadir di majlis ilmu. Agama islam itu sempurna. Segala masalah ada jalan penyelesaian dan di majlis ilmu masalah tersebut dapat diuraikan. Orang yang hadir di majlis ilmu apabila berangkat pulang akan diampunkan Allah akan dosanya. Syaitan amat benci kepada orang yang hadir di majlis ilmu kerana segala susah payah syaitan dalam menyesatkan manusia akan menjadi sia-sia.
 
    Orang yang tidak sembahyang akan menyebabkan 70 jirannya mendapat bencana. Dari itu majlis ilmu adalah untuk kita sama-sama ingat mengingati satu sama lain. Orang yang rugi adalah orang yang tidak dapat melaksanakan ibadah apabila telah mati. Maka selagi kita masih hidup, hadirlah di majlis ilmu.
 
    Orang yang sembahyang jemaah lalu mengikut imam sehingga selesai doa baru ia bersurai, maka orang tersebut bukan setakat mendapat 27 pahala untuk berjamaah malah seperti beribadat sepanjang malam. Maka luangkan masa sehingga imam selesai membaca doa setiap kali berjamaah.
 
    Orang yang mendapat ilmu tapi tidak menyebarkan ilmu tersebut maka ia dilaknat oleh Allah dan sekelian mahluknya. Ini kerana semua mahluk akan menerima bala bukan sahaja orang yang tidak baik malah kepada orang yang baik, kepada haiwan dan sekelian alam.
 
    Apa yang baik itu dari Allah dan apa yang silap itu dari saya sendiri. Jika ada yang tersilap dalam penulisan ringkasan ceramah di atas saya mohon keampunan dari Allah.

Kirim email ke