dah agak dah pon...... chief justice tu pun makan gaji dari kerajaan mamak tu..nak mampos kalau bebaskan anwar..cubalah bebaskan anwar...habis la periok nasik dia...
ala...semua ni dalam poket mamak  tu..semua dah siap plan dari awal-awal lagi.....
sikit hari mat dzaiddin ni dapet la Bonus dari mamak tu...percayalah..
 
p.s.
..undang-undang dunia buatan sendiri (by mamak & kroni2 naya) boleh la..berdepan dengan undang-undang Allah tau lah engkau dunia tinggi rendah...
 
Mampos UMNO!!!!!!!!
----- Original Message -----
From: Perak Man
Sent: Wednesday, July 10, 2002 12:05 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Malaysiakini:Mahkamah tolak rayuan Anwar
 

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahkamah tolak rayuan Anwar
Jul 10, 07 10:15am

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam
rayuannya untuk mengenepikan tuduhan menyalahguna kuasa dan hukuman
penjara enam tahun.

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuannya dengan
alasan tidak berlaku sebarang "kesilapan undang-undang' dan oleh itu,
tidak berlaku ketidakadilan dalam keputusan awal mahkamah dalam kes
tersebut.

Tiga orang hakim, yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Mohamed
Dzaiddin Abdullah, mendengar kes rayuan itu. Dua hakim lagi ialah Ketua
Hakim Sabah dan Sarawak Steve Shim dan Hakim Mahkamah Persekutuan
Haidar Mohd Noor.

Anwar didapati bersalah atas tuduhan menyalahguna kuasa dan dijatuhkan
hukuman enam tahun penjara pada 1999.

Ketika mengulas keputusan itu, Anwar menyifatkannya sebagai "satu
pengkhianatan yang dahsyat" terhadap keyakinan umum kepada bidang
kehakiman.

Kira-kira jam 10 pagi, Dzaiddin muncul dan mengumumkan keputusan penal
hakim rayuan itu, tanpa membaca keputusan bertulis setebal 56 muka.

"Adalah mencukupi bagi saya untuk menyatakan di sini bahawa berdasarkan
asas-asas (penghakiman) daripada mahkamah, tidak berlaku sebarang
kesilapan undang-undang (dalam keputusan awal)," katanya.

Oleh itu, katanya, mahkamah menolak rayuan Anwar.

Sementara itu, Anwar, dalam ulasannya kepada mahkamah, mengutuk bidang
kehakiman yang didakwanya bersifat 'palsu' dengan cuba
memperlihatkannya seolah-olah wujud "ketelusan".

Anwar juga mendakwa, semuanya dibuat berdasarkan kepada arahan dari
'atas'.

Ketika menjawab dakwaan itu, Dzaiddin berkata beliau akan memberi
perhatian terhadap apa yang disebut oleh Anwar.

Sementara itu, polis menahan seorang lelaki yang tidak dikenali kerana
mengedar risalah kepada orang ramai.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Sign up for SBC Yahoo! Dial - First Month Free
http://sbc.yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Perak Man <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke