*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> -----Original Message-----
> From: Ahmad Azmi b Zaki
> Sent: Wednesday, July 10, 2002 8:26 a.m.
> To: Abdul Aziz Syaifuddin; Abdul Mohamed; Abdul Sattar Abdul Kadir;
> Abdullah Saini; Aimiros Mat Arif; Azizah Zakaria; Azmi Zakaria; Azril
> Ahmad; Bahriah Baharin; Emi Faziyatun; Jumi Zahrina; Mahmud Eddie; Masitah
> Sa'Yon; Mohamad Rosly Mohamed Ariffin; Mohd Sany Hussin; Muhamad Zul'izzi
> Md Yasin; Nadzathul Nadia Jadli; Norazlina Hassan; Shila Kabena Mohd
> Kassim; Syamsul Kadiman; Ghazali (E-mail); Hezri (E-mail); Mail (E-mail);
> Ramli (E-mail); Reizman (E-mail)
> Subject: FW: FW: Apabila Ulama dicabar
>
>
>
> -----Original Message-----
> From: Ramli Sulaiman [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Sunday, July 07, 2002 10:04 AM
> To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
> [EMAIL PROTECTED]
> Subject: Fwd: FW: Apabila Ulama dicabar
>
>
>
>
> >From: "mior ikhsan" <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: Fwd: FW: Apabila Ulama dicabar
> >Date: Sat, 15 Jun 2002 22:16:26 +0800
> >
> >
> >
> >
> >>From: "Wanita Melayu" <[EMAIL PROTECTED]>
> >>Subject: Fwd: FW: Apabila Ulama dicabar
> >>Date: Fri, 14 Jun 2002 03:37:46 +0000
> >>
> >>a'kum semua,
> >>
> >>bacalah... sesungguhnya, saya amat menyukai akan kisah ini.
> >>Allahhu Akhbar...
> >>
> >>/wanitamelayu.
> >>
> >>
> >>
> >>>Subject: FW: Apabila Ulama dicabar
> >>>Date: Fri, 14 Jun 2002 10:42:10 +0800
> >>>
> >>>
> >>>
> >>>-----Original Message-----
> >>>From: Norisan [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> >>>Sent: Thursday, 13 June 2002 1:01 PM
> >>>To: Noriza Che Wil; supianhadi abdul rahman; Siti Rosehaida; Safniwati;
> >>>Ikey Ichiro; zawati abdullah; Wanizan; Salina Bahiyah Mohd Nadzri
> >>>Subject: Fw: Apabila Ulama dicabar
> >>>
> >>>
> >>>
> >>> Apabila Ulama Dicabar
> >>>
> >>> Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang
> pendakyah
> >>>Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan
> >>>umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan
> membahaskan
> >>>soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan. Dicabarnya para ulama
> >>>Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut,
> >>>hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak
> >>>ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup
> >>>berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa
> >>>Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi
> >>>ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri
> >>>meninjau
> >>>ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan
> >>>dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi
> >>>Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga
> ketokohannya.
> >>>
> >>> Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam
> >>>Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat
> di
> >>>Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan
> itu
> >>>lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng
> >>>menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana
> >>>beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.
> >>>
> >>> "Subhanallah.... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata
> >>>illa
> >>>billahi aliyyil azim....!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat
> >>>mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung.
> >>>Dia
> >>>beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah
> >>>bermacam
> >>>tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu.
> >>>Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam.
> >>>Ini
> >>>kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu
> >>>rasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata
> >>>yanng turut hadir dalam majlis iru.
> >>>
> >>> Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid
> >>>Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya
> yang
> >>>sebenar ialah Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja.
> Bila
> >>>ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat
> >>>kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam
> >>>pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan
> >>>kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.
> >>>
> >>> "...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi
> >>>indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat
> buahnya.
> >>>Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung.
> >>>Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu.
> >>>Hingga
> >>>ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya
> >>>sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon
> >>>rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang
> >>>tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."
> >>>
> >>> Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang
> >>>telah
> >>>dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak
> >>>boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai
> air
> >>>sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat
> >>>sebegitu
> >>>genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah
> >>>ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya
> >>>juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti
> akan
> >>>menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun
> >>>cuba mentafsirnya:
> >>>
> >>> " Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun
> >>>yang
> >>>luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang
> >>>berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala
> >>>sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir
> yang
> >>>tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala
> >>>harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas
> >>>Abu Hanifah.
> >>>
> >>> Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya
> >>>berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila
> >>>tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berngkatlah
> >>>ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana
> >>>majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan
> Khalifah.
> >>>Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar
> >>>dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas
> pentas.
> >>>
> >>> " Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang
> >>>mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah
> >>>memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri
> >>>sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.
> >>>
> >>> " Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut
> >>>cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan
> berjubah
> >>>labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
> >>>
> >>> " Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya
> >>>Allah
> >>>tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah
> >>>yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang
> >>>berilmu dan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah
> >>>SWT yang bermaksud:
> >>>
> >>>" Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu
> >>>beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 )
> >>>.
> >>> Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan
> >>>lidah
> >>>pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan
> antara
> >>>Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran
> >>>materialisdan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.
> >>>
> >>> "Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan
> >>>majlis dialognya.
> >>>
> >>> "Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.
> >>>
> >>> "Kalau Allah maujud (wujud), di manakah
> >>>tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.
> >>>
> >>> "Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!"
> >>>jelas
> >>>Abu Hanifah.
> >>>
> >>> "Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak
> >>>bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya
> >>>kepada hadirin.
> >>>
> >>> "Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau
> lihat
> >>>pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu
> Hanifah
> >>>mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini
> >>>berpidato dengan penuh minat.
> >>>
> >>> "Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap
> >>>makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.
> >>>
> >>> "Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa
> >>>atau
> >>>rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak
> >>>kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula
> berbisik-bisik
> >>>sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu
> lalu
> >>>ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini
> ada
> >>>terkandung lemak...?"
> >>>
> >>> Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"
> >>>
> >>> Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah
> >>>lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?"
> Sekali
> >>>lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah
> yang
> >>>petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan
> >>>tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak
> >>>upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat
> Allah
> >>>SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh
> alam
> >>>ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang
> >>>tunduk
> >>>dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!"
> >>>Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam
> >>>lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan
> agak
> >>>reda, Dahri membentangkan soalan.
> >>> "Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah.
> Dan
> >>>apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada
> Abu
> >>>Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
> >>> "Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud
> sebelum
> >>>Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya.
> Allah
> >>>SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir",
> >>>tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
> >>>
> >>>"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan
> >>>Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang
> >>>selepas
> >>>Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
> >>>
> >>>Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri
> >>>kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang
> kau
> >>>nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke
> >>>langit.
> >>>Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau
> >>>itu, ada lagikah jari yang selepasnya..." Dahri membelek-belek
> jarinya.
> >>>Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu
> >>>Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak
> >>>mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang
> >>>tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian
> >>>selepas-Nya."
> >>>
> >>>Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus
> asa
> >>>untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak
> >>>ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda
> >>>tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam
> >>>suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri
> >>>bergelodak bagai air tengah menggelegak.
> >>>
> >>>"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri
> >>>mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.
> >>>
> >>>"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?"
> >>>Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
> >>>
> >>>"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat
> yang
> >>>tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda
> >>>ideologi
> >>>Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan
> turun
> >>>meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
> >>>
> >>>"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini
> ialah
> >>>menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar,
> >>>diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang
> >>>hak
> >>>sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar
> >>>Masjid Jamek ini... !"
> >>>
> >>>Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri.
> >>>Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka
> >>>memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan
> >>>maruah
> >>>Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke
> hari
> >>>ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai
> seorang
> >>>Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat.
> >>>Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena
> >>>nama ulama ini.
> >>
> >
>
>
>
>
> _________________________________________________________________
> Send and receive Hotmail on your mobile device: http://mobile.msn.com
>
> ---
> Incoming mail is certified Virus Free.
> Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
> Version: 6.0.371 / Virus Database: 206 - Release Date: 6/13/02
>
>
> ---
> Outgoing mail is certified Virus Free.
> Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
> Version: 6.0.371 / Virus Database: 206 - Release Date: 6/13/02
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Syamsul b Kadiman <[EMAIL PROTECTED]>