Dr Mahathir pernah kecam peribadi Tunku Abdul Rahman
Friday, July 12 @ 09:52:03 MYT
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Hrkh) - Stesen penyiar elektronik seperti televisyen diminta menjadikan bahan tulisan bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman sebagai iktibar sebelum melakukan sebarang polemik berhubung kritikan dua ahli parlimen PAS terhadap Perdana Menteri, Dr Mahathir.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, Taufek Yahya berkata demikian sebagai mengulas tindakan sebuah stesyen televisyen yang sengaja memperbesarkan isu kritikan tesebut.
"Dr Mahathir sendiri pernah menyerang peribadi Almarhum Tunku yang ketika itu menjawat jawatan PM Malaysia. Waktu itu Dr Mahathir masih di luar kerajaan," ujarnya.
Katanya, kritikan dan kecaman Dr Mahathir itu amat mengecewakan Almarhum Tunku.
Malah, Almarhum juga menyifatkan tulisan Dr Mahathir yang mengecam dan memfitnah dirinya sebagai usaha untuk !
'menjahanamkan segala perkhidmatan saya seumur hidup untuk bangsa dan negara saya'.
Sehubungan itu, Taufek berkata, tidak wajar bagi stesyen televisyen yang beroperasi dengan menggunakan dana rakyat mempolemikkan kritikan dua ahli parlimen PAS, sedangkan tindakan yang serupa dilakukan Dr Mahathir ketika berada di luar kerajaan.
"Dr Mahathir juga perlu bersikap gentleman untuk menjawab kritikan tersebut sebagaimana yang dilakukan Tunku dan bukannya memperalatkan jentera dan institusi kerajaan bagi menjawab bagi pihak dirinya," tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian dengan memetik tulisan Almarhum Tunku dalam bukunya "Sebelum dan Selepas 13 Mei" yang mengatakan beliau (Almarhum) akan mengambil tindakan ke atas Dr Mahathir secara terbuka dengan menghuraikan segala pendapat beliau dalam buku tersebut, walaupun beliau boleh mengambil tindakan undang-undang serta membawa Dr Mahathir ke mahkamah.
Justeru itu, Taufek juga meminta pihak-pihak yang bercad!
ang membawa isu kritikan terhadap Dr Mahathir ke mahkamah agar menjadikan tulisan Almarhum sebagai garis panduan kerana ia hanya akan mengingatkan rakyat terhadap tindak tanduk Dr Mahathir yang tidak pernah konsisten di masa lalu.
__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/
Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Parti Islam SeMalaysia(PAS) unless otherwise stated
Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]
To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
PAS Homepage : http://www.parti-pas.org
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Te! rms of Service.
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access
