Penggunaan tangkal membawa ke arah syirik-Dr. Amran Kasimin

Penggunaan tangkal membawa ke arah syirik
Soal Jawab Agama Oleh Dr. Amran Kasimin



SOALAN:
Saya seorang guru yang sedang cuti belajar di universiti. Ketika isteri
saya bersalin anak sulung, saya tidak dapat balik melihatnya kerana
ujian. Setelah seminggu bersalin dan kedua-duanya telah balik ke rumah,
saya mendapati di pergelangan tangan anak saya ada tangkal benang
berwarna putih, merah dan hijau.

Saya musykil, ada sesetengah orang kata, tangkal itu haram dipakai,
tetapi ustaz di sekolah tempat saya mengajar dahulu kata harus kalau
tangkal itu diperbuat daripada ayat al-Quran. Mana satukah yang benar? -

AZMI YAHYA, Ipoh.

JAWAPAN:
Terdapat perselisihan pendapat ulama mengenai hukum menggunakan tangkal.
Bagi menjelaskannya, tangkal, azimat atau wafak itu boleh dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu: Pertama, tangkal yang ditulis ayat-aya! t
al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, daripada doa-doa; kedua,
tangkal yang diperbuat selain daripada jenis pertama, seperti daripada
logam iaitu keris, paku, jarum atau duit syiling, cincin, tembaga, timah
atau tahi besi dan daripada binatang seperti kulit binatang, misai atau
kuku harimau, sisik tenggiling, tulang kokang, batu akik atau benang,
tasbih, kayu dan sebagainya.

Tangkal yang diperbuat daripada bahan pertama, tidak kira di mana
digunakan, sama ada digantung di leher, diikat di pergelangan tangan, di
pinggang, diletak di bawah bantal, di bawah alas tempat tidur, digantung
di dinding, atau di atas rangka pintu tidak harus digunakan berdasarkan
kepada hadis umum yang bermaksud: Sesungguhnya jampi-jampi dan
tangkal-tangkal juga tiwalah itu syirik - hadis riwayat Imam Ahmad dan
Abu Daud.

Juga berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Aqabah bin Amir yang
bermaksud: Barang siapa menggantung tangkal maka sesung! guhnya dia telah
syirik - hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Habban dan
al-Hakim.

Menurut Asy-Syeikh Abdul Rahman bin Hassan seperti yang tersebut dalam
Fathu `l-Majid, larangan tersebut berdasarkan kepada:

1. Umum hadis-hadis di atas melarang penggunaan tangkal, tanpa
pengecualian atau merujuk kepada kes-kes tertentu.

2. Untuk mencegah kekeliruan, di mana orang awam berkemungkinan tidak
dapat membezakan antara tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat
al-Quran atau doa-doa dengan tangkal yang ditulis bukan daripada
ayat-ayat tersebut.

3. Untuk mengelakkan berlakunya penghinaan terhadap ayat-ayat suci,
iaitu sekiranya ia dibawa ke tempat-tempat kotor, seperti tandas,
dipakai ketika istinjak, ketika dalam keadaan junub dan sebagainya.

Pendapat ini disokong oleh Abdullah bin Mas'ud juga murid-muridnya,
Ahmad Hambal dan juga kebanyakan para sahabat, dan disokong oleh  ulama
yang terkemudian dari! padanya seperti Ibn Abbas, Uqbah bin Amir dan Ibn
Akim.

Pendapat kedua ialah pendapat yang mengharuskan penggunaan tangkal yang
diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah dan
sifat-sifat-Nya. Ini adalah pendapat Abdullah bin Umr bin al-As, juga
sesetengah ulama salaf.

Menurut fatwa jawatankuasa fatwa kerajaan Arab Saudi yang dibukukan,
iaitu dalam Al-Fatawa Az-Zahabiyah, 1996, ms. 252, pendapat pertama,
iaitu pendapat yang melarang penggunaan tangkal adalah lebih kuat
hujahnya, lebih mantap untuk memelihara akidah, tauhid dan pegangan
hidup orang Islam.

Menurut Ibrahim an-Nakhaiy, para ulama salaf tidak menyukai (karahah)
penggunaan tangkal. Yang dimaksudkan dengan karahah di sini ialah haram.
Ini adalah pendapat Imam Ahmad, juga pendapat sekumpulan sahabat yang
disokong oleh ulama yang terkemudian.

Adapun tangkal yang diperbuat selain daripada ayat-ayat al-Quran dan
nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya ! juga doa-doa, maka hukumnya adalah
syirik, berdasarkan kepada umum hadis-hadis di atas.

Keterangan hadis berikut memperkuat larangan menggunakan tangkal.

Pada suatu ketika Abdullah bin Mas'ud mendapati isterinya memakai kalung
yang ada padanya tangkal. Beliau telah melucutkan tangkal itu dan
memotongnya sambil berkata:

``Seluruh keluarga Abdullah tidak boleh melakukan amalan syirik kepada
Allah dengan sesuatu yang tidak pernah diturunkan oleh Allah
keterangannya.'' Kemudian beliau berkata, menyatakan yang beliau pernah
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi-jampi,
tangkal-tangkal dan tiwalah itu syirik.

Para sahabat telah bertanya: Ya Rasulullah, jampi-jampi dan tangkal
telah kami tahu, apakah yang dinamakan ``tiwalah'' itu? Baginda
menjawab: Tiwalah itu ialah pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita
agar dengannya suami-suami menyayangi isteri-isteri mereka.

Larangan menggunakan tangkal ini ! sama seperti fatwa yang dikeluarkan
oleh As-Syeikh Abdul Halim Mahmud (Ahmad an-Nuhas, 1994:515).

Larangan menggunakan tangkal ini meliputi tangkal yang diperbuat
daripada logam, yang dipakai di pergelangan tangan seperti yang
dijelaskan oleh hadis berikut:

Daripada Imran bin Husain sesungguhnya Nabi telah melihat seorang lelaki
memakai gelang tembaga di lengannya. Baginda bertanya: Apa ini? Lelaki
itu menjawab: Ini adalah benda yang lemah. Mendengarkan  katanya itu
baginda bersabda: Lucutkan ia. Sesungguhnya ia tidak menambah, kecuali
kelemahan. Kalau kamu mati sedangkan ia tetap kamu pakai, selama-lamanya
kamu tidak akan selamat - hadis riwayat Imam Ahmad.

Lelaki yang memakai tangkal tembaga ini mengalami sakit di lengan.
Tangkal yang dipakai telah dijampi terlebih dahulu. Baginda s.a.w.
menyuruh agar menanggalkannya, jangan dipakai lagi dan menyatakan bahawa
tangkal itu akan hanya menyebabkan dia lebih lemah, kera! na hati dan
harapannya selama itu bergantung kepada tangkal yang tidak memberi
manfaat atau mudarat.

Menurut Ahmad an-Nuhasiy at-Tumi dalam kitabnya Syifau `r-Rahman ll
`s-sihr wa `l-hasad wa Amradi'l-Jan, ms. 101, perbuatan menggantungkan
al-Quran pada anak-anak kecil juga pada orang dewasa, ataupun di kereta
untuk melindungi diri daripada kecelakaan, atau daripada gangguan
jin-jin adalah termasuk dalam amalan bid'ah. Begitu juga perbuatan
menggantung ayat-ayat al-Quran, seperti surah Alam Nasrah di
kedai-kedai, agar terhindar daripada pencuri berdasarkan kepada
hadis-hadis di atas.

Dalam satu soalan yang dikemukakan mengenai hukum menggantungkan tangkal
pada pesakit yang ditulis padanya doa-doa dengan ayat-ayat al-Quran
dengan perkataan Arab yang tidak difahami maknanya, yang disertai dengan
lakaran bintang-bintang, juga nama-nama nabi, as-Syeikh Abdul Aziz bin
Bar memberi fatwa bahawa tangkal tersebut tidak harus digant! ungkan pada
manusia, diletakkan dalam pakaian, di atas hamparan tempat tidur, atau
di mana-mana tempat dalam rumah, untuk menolak bala atau kecelakaan,
atau untuk mendapatkan kebahagiaan. Perbuatan tersebut adalah syirik.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hibban dan
al-Hakim, daripada Zainab, iaitu isteri Abdullah bin Mas'ud, ia berkata
bahawa suaminya telah melihat sehelai benang dililit di lehernya. Dia
bertanya: Apa ini? ``Sehelai benang yang telah dibacakan jampi,'' jawab
isterinya.

Abdullah bin Mas'ud telah melucutkan benang tadi lalu memotongnya,
kemudian dia berkata: Semua keluarga Abdullah bebas daripada syirik.
Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya jampi dan tangkal juga tiwalah itu syirik.

Zainab bertanya, ``kenapa kau berkata sedemikian rupa, padahal mataku
mengeluarkan air mata apabila terpandang seorang Yahudi dan apabila aku
memakainya, air mata itu ! tidak keluar lagi. Abdullah menjawab:
Sesungguhnya itu adalah amalan syaitan. Apabila kamu taat kepadanya, ia
akan mencucuk mata dengan jarinya. Cukuplah engkau membaca, seperti yang
dibaca oleh Rasulullah s.a.w. doa yang berikut:

Hilangkan sakit ini, wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah aku, Engkau
adalah penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan
yang tidak meninggalkan sakit - hadis riwayat Ibn Majah, Abu Daud dan
al-Hakim.

Pendapat keempat, penggunaan tangkal, tidak kira sama ada tangkal yang
diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama Allah, sifat-sifat-Nya dan
doa-doa, yang ditulis pada kertas, kain atau pakaian (dibuat baju),
logam, daripada binatang, tumbuh-tumbuhan, batu akik, termasuk benang
dan sebagainya dilarang menggunakannya apabila ia disertai dengan amalan
sihir, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis:

Barang siapa membuat satu simpulan, kemudian meniupnya, maka
sesungguhnya dia! telah melakukan amalan sihir, barang siapa melakukan
amalan sihir maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik - hadis
riwayat an-Nasaiy.

Yang dimaksudkan dengan sihir di sini ialah perbuatan menyediakan
tangkal yang terdiri daripada sesuatu yang boleh dibuat pengikat,
seperti benang, kain dan sebagainya, atau benang yang diletakkan padanya
tangkal, ataupun kain yang diambil daripada kain kapan, kemudian
dibacakan dengan rangkaian jampi mantera untuk memanggil jin-jin, sama
ada jin-jin yang dibela, dibuat sahabat atau dibuat saudara yang akan
``bersama'' dengan tangkal yang dibuat tadi, membolehkan pemakai tangkal
memperoleh natijah luar biasa, yang dianggap sebagai ``hikmah'' untuk
pendinding diri, disukai ramai, penggerun dan sebagainya,  kemudian
bahan tadi ditiup yang diistilahkan sebagai ``an-nafath''. Orang yang
berkenaan telah melakukan sihir.

Kalimah ``an-nafath'' asalnya bererti mengeluarkan sesuatu daripadamulut seperti kahak atau air ludah (al-Munjid, 1966: 823), tetapi yang
dimaksudkan di sini ialah meniup daripada mulut tanpa mengeluarkan air
ludah.

Amalan ini banyak dilakukan oleh tukang-tukang sihir perempuan di zaman
jahiliah seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Falaq, 4).

Jelasnya, tangkal tidak kira daripada bahan apa ia disediakan, sekiranya
disertai dengan pemujaan jin-jin, maka amalan itu tetap dilarang. Orang
yang berbuat demikian telah melakukan sihir, yang boleh menyebabkan
syirik iaitu salah satu dosa besar yang dilarang dalam Islam.

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni
dosa selain daripada dosa syirik terhadap mereka yang dikehendaki
oleh-Nya - (an-Nisa': 48).

Pembaca yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:

Dr. Amran Kasimin



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke