Memang sudah di jangkakan...
 
Sila perhatikan point-point berikut:
 
1) Polis Diraja Malaysia adalah agensi Kerajaan Pusat dan tidak boleh mengambil bahagian dalam menguatkuasakan undang-undang negeri.
 
2) "Saya dan pegawai serta semua anggota bersedia menghadapi tuduhan menghina mahkamah kerana polis tidak iktiraf undang-undang itu dan dilarang sama sekali memberi kerjasama kepada pegawai penguat kuasa serta Mahkamah Syariah," katanya.
Persoalan: Siapa yang MELARANG memberi kerjasama???
 
 

Polis tidak bantu laksanakan hudud


KUALA TERENGGANU, Rabu: Polis Terengganu hari ini, mengarahkan semua pegawai dan anggotanya tidak memberi bantuan kepada pegawai jabatan agama negeri yang menjalankan penguatkuasaan empat Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2001, berkuat kuasa serta merta.

Empat enakmen itu ialah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir), Enakmen Tatacara Jenayah, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah.

Ketua Polis Negeri, Datuk Othman Talib, berkata arahan itu dikeluarkan selepas enakmen yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ogos tahun lalu, mula dikuatkuasakan 1 Ogos ini.

Beliau berkata, anggota pasukan itu juga diarah tidak memberi kerjasama bagi menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang diluluskan, dua hari lalu.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana ketika DUN meluluskan Enakmen Jenayah Syariah 2001, mereka memansuhkan kerjasama polis yang terkandung dalam Enakman Pentadbiran Hal Ehwal Agama 1986.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia adalah agensi Kerajaan Pusat dan tidak boleh mengambil bahagian dalam menguatkuasakan undang-undang negeri.

"Dengan arahan itu, semua pegawai dan anggota polis tidak boleh membantu penguat kuasa agama negeri menyertai operasi menahan pasangan berkhalwat atau menyediakan kemudahan lokap," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika kerajaan negeri diperintah Barisan Nasional (BN), polis memberi kerjasama kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu kerana wujud persefahaman seperti tertera dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam.

Di bawah persefahaman itu, katanya, polis boleh memberi bantuan kepada pegawai penguat kuasa agama, termasuk menangkap pesalah syariah, membenarkan penggunaan lokap serta kemudahan lain.

"Bagaimanapun, apabila Pas memansuhkan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama dan menggantikan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2001, persefahaman itu tidak lagi dinyatakan," katanya.

Beliau berkata, berikutan keputusan itu, pegawai polis yang tidak mematuhi perintah Mahkamah Syariah atau enggan bekerjasama dalam pelaksanaan undang-undang itu mungkin boleh dituduh menghina mahkamah.

"Saya dan pegawai serta semua anggota bersedia menghadapi tuduhan menghina mahkamah kerana polis tidak iktiraf undang-undang itu dan dilarang sama sekali memberi kerjasama kepada pegawai penguat kuasa serta Mahkamah Syariah," katanya.

Othman berkata, beliau akan memaklumkan arahan (pekeliling) yang dikeluarkan itu kepada Bukit Aman dan sedang menunggu arahan selanjutnya.

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke