Assalamualaikum,
Membaca Mingguan Malaysia semalam (22/7/02) membuatkan saya menarik nafas
lega, menghayati baris demi baris tulisan Awang Selamat dan tulisan seorang
lagi pengarang Utusan Malaysia mengenai Pendang dan Anak Bukit itu, buat
seketika menyebabkan saya tertanya-tanya, betulkah ini Utusan Malaysia yg
saya baca? Kerana buat pertama kalinya sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka,
dan juga buat julung- julung kalinya sejak Dr Mahathir menaiki takhta; Awang
Selamat selaku Ketua Editor Utusan Malaysia telah menyalahkan Media Massa
khususnya siaran TV sebagai punca kekalahan BN di Anak Bukit dan undi PAS
yang tidak berkurangan di kawasan Pendang.
Antara lain beliau menyatakan bahawa siaran TV khususnya ulasan politik yg
berat sebelah itu hanya sesuai untuk ditonton oleh penyokong-penyokong BN
tetapi tidak sesuai untuk tatapan umum kerana ianya menimbulkan rasa benci
dan marah di pihak yg satu lagi , menyebabkan mesej yg ingin dis!
ampaikan
oleh BN tidak sampai kepada sasarannya. Disebut juga sesetengah pengulas
politik yg dijemput itu cara ulasannya lebih kepada seorang juru kempen
untuk BN dan bukannya seorang pengulas politik.
Begitu juga dengan satu Rencana panjang di bawah kolum editor di mukasurat
yg sama, di mana pengarangnya membuat kritikan secara terbuka terhadap UMNO
dan Barisan Nasional; saya tidak ingin menulis semula di sini apa yg
ditulisnya itu cuma yg ingin saya sebut di sini ialah sekiranya tulisan
pengarang ini boleh mewakili suara Utusan Malaysia; maka ketahuilah buat
pertama kalinya Utusan Malaysia mengakui bahawa PAS dan UMNO sama kuat dan
sama gagah, bermakna kata buat pertama kalinya sejak Malim Kundang turun di
Bukit Si Gantang (orang utara kata sejak zaman Tok Nadoq) Utusan Malaysia
mengakui bahawa "PAS is a mighty force need to be reckoned with"; dlm bahasa
Malaysianya bermaksud, akhirnya Utusan Malaysia yg menjadi jurucakap rasmi
ker!
ajaan BN mengakui bahawa PAS adalah sebuah parti politik yg kuat, kukuh
dan kental yang perlu diberi penghormatan yang sewajarnya.
Walau pun kalah di Pendang, tetapi pengakuan rasmi dari Utusan Malaysia ini
kita rasa adalah satu kemenangan yang terbesar pernah PAS capai sejak zaman
penubuhannya. VIVA PAS!!
Berbalik kpd pilihanraya kecil Pendang; sedikit analisa untuk tatapan
bersama:
Tidak berkurangnya jumlah undi yg diperolehi oleh PAS kali ini berbanding
dengan p/raya umum 1999 menunjukkan PAS Pendang di bawah almarhum Ustaz
Fadzil Noor telah berjaya menyampaikan tarbiah dakwah islamiah kpd
pengundi-pengundi yg mengundi PAS pada tahun 1999. Untuk pengetahuan, Datuk
Najib Tun Razak, dalam satu kenyataannya dlm Utusan Malaysia selepas p/raya
1999, ketika mengulas kekalahan UMNO di Terengganu, beliau menyatakan bahawa
BN tidak risau dengan kekalahan tersebut, dan yakin mereka akan kembali
menguasai Terengganu kerana rata-rata pengundi!
yg mengundi PAS ketika itu
mengundi atas dasar simpati, protes dan sebagainya dan bukan atas dasar
ideologi. Maksud ideologi di sini ialah mereka yg mengundi PAS atas dasar
tidak mahu bersubahat dengan mereka yg menentang atau pun mencari alasan
untuk tidak melaksanakan sistem perundangan Islam; mereka-mereka yg memahami
tafsiran surah Al-Maidah ayat 42 dan seterusnya, sampai kiamat pun
mereka-mereka ini tidak akan mengundi Barisan Nasional; Datuk Najib Tun
Razak tahu dan semua orang-orang yg memahami kandungan surah Al-Maidah ini
pun tahu.
Jika ada sebarang pengajaran yg boleh diambil oleh mana-mana kawasan PAS di
seluruh negara, kejayaan ustaz Fadzil Noor menyampaikan tarbiah Islam kpd
pengundi-pengundi Pendang dengan terbuktinya undi yg berkekalan drpd mereka
pada p/raya kecil ini haruslah dijadikan tauladan. Program tarbiah untuk
menyedarkan mereka-mereka yg mengundi PAS pada tahun 1999 haruslah
ditingkatkan bagi memastikan soko!
ngan mereka akan terus berkekalan pada
p/raya umum akan datang.
Selain itu, satu persoalan yg timbul ialah mampukah PAS merampas kembali
Pendang dari tangan BN dalam p/raya akan datang?
Saya, for one thing, cukup konfiden dan yakin bahawa Pendang akan kembali ke
tangan PAS pada p/raya umum 2003 nanti. Alasannya diberi sendiri oleh calun
BN, YB Osman Abdul dalam satu kenyataannya dalam akhbar Mingguan Malaysia
semalam (22/7). Beliau menyatakan peningkatan peratus yg keluar mengundi
daripada sekitar 80% pada tahun 1999 kpd 86% baru-baru ini memberi kelebihan
kpd BN.
Jika ditanya kpd orang-orang Pendang, siapakah yg extra 6% itu, selain drpd
pengundi hantu dari luar yg terlepas masuk, majoriti drpd golongan 6% ini
ialah kaum Siam, Cina dan lain2 bangsa bukan Melayu. Mereka ini secara
lumrahnya tidak begitu mengambil berat mengenai p/raya kerana bagi mereka
p/raya di kawasan tersebut adalah isu antara Melayu lwn Melayu; seperti mana
j!
uga keadaannya jika kita sendiri tercampak ke Pulau Pinang, katakan di
kawasan tersebut DAP lwn Gerakan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri. Bagi
kita, DAP ka Gerakan ka, dua-dua sama sahaja, siapa menang pun Penang masih
tetap diKetua-Menterikan oleh Cina; maka di ketika hari mengundi itu jika
ada kawan mengajak pergi fishing ke Pulau Banding atau pun ke Pulau Somsong,
kita tentunya lebih berminat untuk pergi memancing drpd pergi turun
mengundi. Maka begitu juga senarionya di Pendang pada pandangan kaum Cina,
India dan Siam; adalah dirasakan orang-orang Siam di kampong-kampong
pedalaman itu lebih berminat untuk turun ke Sungai mencari Labi drpd turun
beratur dlm panas terik untuk membuang undi - kecuali jika ada ganjaran yg
lumayan dan jika ada orang yg sanggup masuk ke kampong mereka membawa mereka
pergi dan balik dari pusat mengundi.
Inilah yg telah berjaya dilakukan UMNO dengan jayanya pada hari mengundi di
Pendang tempoh hari. Darip!
ada sumber yg rapat dengan kem UMNO yg dikawal
oleh Datuk Mustapa Mohamad tempoh hari, saya dimaklumkan bahawa setiap
pemandu yg ditugaskan mengangkut pengundi diberi habuan RM1000 sehari, dan
setiap pengundi yg diangkut pulak diarahkan diberi RM50 seorang kpd pengundi
berkenaan. Untuk makluman, maklumat drpd SB PAS pada hari mengundi, kita
dimaklumkan bahawa setiap pengundi Siam itu diberi RM25 seorang dan bukannya
RM50 seperti yg diarahkan; bermakna kata pemandu kereta BN itu sudah pun
makan RM25 satu kepala; maka macam tu lah orang2 UMNO dok ada; bukan setakat
tender project saja mereka 'mark-up'; upah RM50 itu pun depa boleh bahagi
dua!!
Sebetulnya, UMNO begitu jenuh menabur duit pada p/raya kecil ini, Datuk
Mustapha Mohamad sendiri diberitakan membawa turun dana khas sebanyak RM1.3
Juta; itu baru beliau, Menteri2 lain masih belum dikira. Sikit punya
banyakkah UMNO melabur baik dari segi wang ringgit, belanja pentadbiran,
jentera!
kerajaan dan sebagainya, kemenangan tipis 281 undi itu tidak
berbaloi sebenarnya!
Persoalannya, mampukah UMNO terus melaburkan jumlah pelaburan yg sama (atau
pun lebih) pada p/raya umum di kawasan Pendang akan datang? Jika tidak, maka
jumlah peratusan yg keluar mengundi akan kembali ke tahap yg biasa, kerana
Siam-Siam di sana tentunya lebih berminat untuk masuk hutan menjerat babi
atau pun menyusur batas ban mencari Labi jika pulangan untuk keluar mengundi
tidak selumayan jumlah yg diterima baru-baru ini. Mereka-mereka yg menjadi
pemandu pada hari mngundi juga tentunya menjadi 'tidak rajin' jika jumlah yg
diberi bukan sebanyak yg diterima kali ini.
Persoalan ini walaupun nampak susah, tapi semua orang tahu jawapannya; pada
p/raya umum akan datang, Datuk Mustapha akan kembali sibuk di Jeli dan
begitu juga dengan menteri2 kabinet yg lain, mereka akan kembali sibuk di
kawasan masing2; maka pada ketika itu Pendang akan kembali kpd suasanap/raya tahun 1999 yg lalu, insyaallah pada ketika itu nanti Pendang akan
kembali ke tangan kita. Tambahan pula, jumlah 800 lebih pengundi yg hilang
yg rata2nya org PAS akan kembali semula ke dalam daftar pemilih, maka pada
ketika itu, kita yakin jumlah majoriti yg akan PAS terima kalau tidak banyak
pun, insyaallah akan mencecah angka yg diperolehi oleh almarhum Presiden
kita.
Apa-apa pun, p/raya kecil Pendang sudah berlalu, rata-rata orang PAS yg saya
temui tidak begitu rasa kecewa kerana mereka semua beranggapan PAS menang
walau pun kalah memandangkan kita berhadapan dengan seluruh jentera
kerajaan, orang-orang UMNO juga tentunya gembira dengan kemenangan mereka
ini, dan sama ada suka atau tidak kita terpaksalah ucapkan tahniah di atas
kemenangan mereka; cuma yg agak kesal dan sedih dengan kemenangan ini
tentunya pegawai-pegawai imigresen di Bukit Kayu Hitam; diberitakan selepas
diumumkan BN menang di Pendang, pintu masuk keluar sem!
padan dibuka hingga ke
pagi bagi membolehkan penyokong-penyokong BN keluar masuk untuk menyambut
kemenangan mereka di 'negeri' sana.
Macam Tu Lah Dok Ada!
Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - Feel better, live better
