Wawancara secara langsung Webradio Harakah
Tuesday, July 30 @ 06:29:03 MYT


KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Mulai 1 Ogos ini, pada setiap jam 10 hingga
11 pagi Harakah webradio akan mengadakan wawancara secara langsung pada
setiap hari.

Rancangan ini menampilkan tokoh-tokoh BA akan membincangkan pelbagai topik
yang sedang hangat di perbincangkan di kalangan rakyat negara ini.
Melalui rancangan ini, tetamu Harakah akan berbual dengan wartawan Harakah
dalam topik yang telah ditetapkan secara bersahaja.
Para penonton pula boleh mengambil bahagian dengan menalipun terus ke studio
Harakah dan memberi soalan kepada tetamu.
Di samping itu, soalan menerusi Yahoo mesengger dan e-mail juga akan
diterima.
Untuk membolehkan pendengar mengikuti rancangan ini, komputer mereka
hendaklah mempunyai program Winamp.
Sebagai permulaan, pada 1 Ogos ini, Timbalan Presiden PRM, Rustam A Sani
akan menjadi tetamu pertama Harakah. Topik ya! ng akan dibincangkan adalah
peranan media di negara ini.
Di samping itu Rustam yang baru dilantik sebagai Timbalan Presiden PRM juga
akan membincangkan peranannya dalam PRM di samping rancangan pergabungan
antara partinya dan Keadilan.
Di samping Rustam, turut disenaraikan sebagai tetamu Harakah adalah Dr Lo'
Lo' Mohd Ghazali dan Ustaz Ahmad Awang yang akan membicarakan calon wanita
dalam PAS. Mereka berdua akan ke alam maya pada 2 Ogos.
Selepas itu, iaitu pada 5 Ogos, Ketua Penerangan PAS yang juga Pesuruhjaya
PAS Kedah, Ustaz Azizan Razak akan ke alam maya dengan topik pilihan raya
kecil Pendang dan peranan SPR.
Pada 6 Ogos pula, Naib Ketua Pemuda Keadilan, Saifudin Nasution Ismail pula
akan bersama Harakah dengan topik berkembangan yang berlaku dalam Keadilan.
Selepas Saifudin, tetamu Harakah adalah Ahmad Lutfi Othman, Dr Hatta Ramli
dan Ahmad Subky Latif.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - Feel better, live better

Kirim email ke