*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Laman Maruah :- Pengaruh Syiah Di Institut Pengajian Tinggi Malaysia.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dipetik daripada laman MARUAH untuk makluman dan
maklum balas.
http://maruah786.tripod.com/
Apa jua keadaan, pandangan kedua-dua pihak
diperlukan.
Wassalam.
----
Pengenalan kepada "Maruah"
Maruah adalah gabungan beberapa teman yang ingin
memperjuangkan nasib seorang muslimah "convert"yang
telah teraniaya akibat dari pendedahan berani beliau
terhadap aktiviti sesat syiah oleh seorang pensyarah
warga negara Amerika di ISTAC.
Muslimah tersebut ialah Mirja Martha Brachtel @ Maryam,
bekas pelajar tahun akhir Master's di ISTAC.
Berumur 31 tahun, berasal dari Jerman dan telah memeluk
Islam sejak sepuluh tahun lalu. Berumahtangga dengan
seorang warganegara Malaysia dan mempunyai tiga
orang cahaya mata.
Pensyarah yang telah cuba menyesatkan aqidah dan
pegangan hidup beliau ialah Dr. Saiyad Nizamuddin Ahmad.
Alamat: G-3-6, Blok G, Universiti Apartment, Km 17,
Jln. Gombak, Gombak, Selangor. No. tel. 03- 61855763.
Email: [EMAIL PROTECTED] berketurunan India,
berumur 35 tahun. Pensyarah kontrak di ISTAC
sejak lebih satu tahun.
Pendedahan berani beliau ke pihak atasan ISTAC, JAWI,
JPM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN POLIS telah bermula
sejak dari bulan Februari 2002. Bermula dari sini
beliau telah menerima berbagai tekanan dari pihak
pensyarah tersebut dengan kata-kata cacian, bahkan
pensyarah berkenaan pernah sekali menakut-nakutkannya
dengan sebilah pedang Jepun. Gelagat biadab pensyarah
ini telah dilaporkan kepada pihak polis dan ISTAC namun
pihak ISTAC seolah-olah mentafsirkannya sebagai laporan
rekaan semata-mata. Di waktu yang sama pensyarah tersebut
juga telah menghantar surat permintaan kepada beliau
melalui sebuah syarikat guaman bagi meningkatkan lagi
tekanan ke atas beliau agar tidak mendedahkan hal ini ke
pihak umum. Akhirnya beliau diberhentikan dari ISTAC dengan
alasan aktiviti beliau mengganggu ketenteraman ISTAC
bermula serta-merta dari 4hb. Julai 2002.
Maruah amat prihatin dengan keadaan beliau dan akan terus
memperjuangkan nasibnya dengan asas:
a. Beliau dikenali sebagai seorang Muslimah yang baik dan
berakhlak sejak beliau memeluk Islam sepuluh tahun lalu.
b. Beliau tidak pernah terlibat dengan mana-mana kes
jenayah atau kegiatan tidak bermoral samada di Jerman
mahupun di Malaysia.
c. Beliau sangat komited dengan amalan hidup Islam
samada dengan keluarga mahupun dengan teman-teman
di kampus.
d. Beliau tidak mempunyai saudara-mara selain dari suami,
keluarga suami, saudara se Iman, pensyarah dan pelajar
ISTAC di Malaysia.
e. Beliau jujur mengakui kesilapan dan bertaubat nasuha
kerana telah tersesat mengikuti ajaran Syiah.
f. Beliau ikhlas di depan Direktor ISTAC dan semua staff
ISTAC bahawa tindakan beliau bukan untuk merosakkan nama
ISTAC atau punya niat jahat terhadap ISTAC.
g. Beliau tegas dan berani menyatakan pendirian walaupun
berhadapan dengan siapa saja kerana kebenaran.
h. Beliau mendedahkan aktiviti sesat Syiah ini bagi
kepentingan ummat Islam seluruhnya dan ingin menyedarkan
sesiapa saja yang terlibat dengan aktiviti pensyarah
berkenaan.
i. Beliau amat kecewa kerana penghormatan yang diberikan
kepada pensyarah tersebut telah disalahertikan dan
digunakan sebagai bahan fitnah terhadap dirinya.
j. Beliau tidak mahu pensyarah tersebut terus-menerus
mempergunakan dan merosakkan nama baik ISTAC untuk
kepentingan peribadi.
Beliau dengan bantuan suami telah pergi ke semua pihak
yang sebelum ini laporan telah diserahkan bagi menjelaskan
perkembangan tekanan yang beliau alami. Tujuan beliau
hanyalah untuk menyuarakan dan mengangkat maruah dirinya
sebagai seorang Muslimah "convert" yang sedang diinjak
oleh pensyarahnya sendiri dan kumpulan pensyarah berkenaan.
Beliau telah bertemu dengan pihak PERKIM, IKIM, TV3,
Majalah Muslimah, Berita Harian, Harian Metro, Harakah,
Utusan Malaysia, The Star, Bacaria dan semua pihak
yang sedia membantu.
Bagi mengheret pensyarah tersebut ke pihak pengadilan
beliau memerlukan beberapa saksi dari pelajar ISTAC
yang pernah bersama beliau belajar dengan pensyarah
tersebut tentang Syiah atau apa jua unsur ajaran
Syiah yang cuba diterapkan oleh pensyarah tersebut
samada dalam kuliah atau di luar kuliah. Oleh kerana
beliau tidak dapat bertemu lagi dengan pelajar di ISTAC
maka beliau sangat mengharapkan mereka yang turut
bersimpati atau yang sanggup untuk menjadi saksi
agar dapat menghubungi beliau melalui email yang
tercatat di bawah.
Email: [EMAIL PROTECTED]
Semoga simpati kita semua diredhai Allah dan kami
mengucapkan jazakumullah kepada semua pihak.
Editor Maruah
http://maruah786.tripod.com/
---------
http://altersoft.iscool.net/
_______________________________________________________
The FREE service that prevents junk email http://www.mailshell.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: <[EMAIL PROTECTED]>