Assalamualaikum Wrt Wbt.

Terima kasih kepada saudara-saudara sekelian memberi respon kepada pertanyaan tersebut. Dan saya sendiri telah meneliti beberapa rujukan dan saya akui ianya hadith Sahih Muslim.

Setelah saya amati sebuah kitab "Kifayatul Akhiar" halaman 186, terdapat penghuraian mengenai tersebut dan saya merasakan terjemahan mafhum hadith yang dibawah masih mempunyai kekeliruan. Di dalam penghuraian di dalam kitab tersebut tidak ada menyebut zaman. Pada pendapat saya, penggunaan zaman tidak tepat dan membolehkan orang yang membaca terkeliru. Penggunaan zaman bererti pemerintahan pada zaman ketika khalifah. Dan saya merasakan dan sepatutnya dimafhumkan seperti begini;  

"Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan hukuman sebat bagi peminum arak sebanyak 40x sebat, manakala Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40x sebat juga, dan Saidina Umar menyebat  80x sebat. Kesemuanya adalah sunnah Rasulullah s.a.w.. Tetapi yang dibuat oleh Saidina Umar tadi lebih aku sukai." (HR Muslim)

Rujukan:  Kifatul Akhiar (B. Arab), halaman 186, Cetakkan Indonesia.

Itu sahaja, pendapat saya, yang baik daripada Allah, dan yang lemah itu daripada kelemahan saya sendiri.

Wassalam.
 
 

< Dalam qanun jinayah Syar`iyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80x sebat dan tidak kurang dari 40x sebat,  hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib
r.a. yang bermaksud : 

"Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan hukuman sebat bagi peminum arak sebanyak 40x sebat, manakala Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40x sebat juga, dan pada zaman pemerintah khalifah Umar peminum arak disebat sebanyak 80x sebat. Kesemuanya adalah sunnah Rasulullah s.a.w.. Tetapi yang dibuat oleh Saidina Umar tadi lebih aku sukai." (HR Muslim) >


 

Kirim email ke