Saya sedia letak jawatan - Md Sabu
Thursday, August 15 @ 15:03:52 MYT
KUALA KEDAH, 15 Ogos (Hrkh) - Ahli Parlimen Kuala Kedah, Haji Mohamad Sabu
menegaskan beliau sedia meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen
sekiranya ada bukti seramai 2000 pengundi dari Kubang Pasu dibawa untuk
mengundi di Anak Bukit dalam pilihanraya kecil 18 Julai lalu.
Pada 12 Ogos lalu, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad menyatakan beliau
ada bukti menyatakan seramai 2000 pengundi dari Kubang Pasu, kawasannya
sendiri pergi mengundi di Anak Bukit pada 18 Julai lalu.
Katanya Perdana Menteri lagi, ini adalah salah satu punca kekalahan BN di
Anak Bukit.
Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, "saya cukup kesal dengan kenyataan
ini, dan sekiranya ia benar, saya malu untuk mewakili Parlimen ini kerana
berlaku penipuan."
Jelasnya, Perdana Menteri mungkin merujuk 2! 000 pengundi ini datang dan
memberi undi kepada PAS.
"PAS tidak pernah buat kerja seperti ini, kalau BN kita tak tahu, sebab di
Likas, Sabah dah terbukti di mahkamah wujudnya pengundi hantu dalam pilihan
raya umum yang lalu hingga memaksa pilihanraya kecil diadakan di Likas,"
tegasnya.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, Perdana Menteri mesti membuktikan
kata-katanya itu dan beliau berterima kasih sekiranya kenyataan Perdana
Menteri itu adalah benar.
"Kita mahu kebenaran, bukan cakap kosong, kalau tidak ada bukti Perdana
Menteri juga boleh didakwa atas perbuatan menghina rakyat, kerana pemimpin
pembangkang sekarang ini difokuskan mengeluarkan ucapan menghina Perdana
Menteri.
"Rakyat lebih berjasa, Perdana Menteri hanya menjalankan tugas, kalau rakyat
tolak Perdana Menteri, beliau mesti jatuh, ini bermakna kuasa rakyat lebih
besar berbanding dengan kuasa seorang Perdana Menteri, apatah lagi pemimpin
yang tidak mengendahkan s! uara rakyat," sambung beliau lagi.
Mohamad Sabu yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berucap demikian dalam
majlis ramah mesra bersama pemuda PAS di Kampung Alor Serdang, Kota Sarang
Semut, Dun Pengakalan Kundor, di sini.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs
