Pendakwaraya tarik balik dakwaan terhadap Ezam
Thursday, August 15 @ 14:38:02 MYT
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Hrkh)-Peguam Negara Dato'Abdul Gani Patail telah
menarik balik dakwaan di bawah Akta Hasutan terhadap Ketua Pemuda Parti
KeADILan Nasional, Ezam Mohd Noor di Mahkamah Sesyen pagi tadi.
Menurut Aktivis KeADILan, Raja Petra Kamarudin keputusan itu dibuat oleh
Gani Patail atas alasan Ezam telahpun dikenakan tindakan dibawah Akta Rahsia
Rasmi(OSA) kerana mendedahkan rahsia kerajaan berhubung siasatan BPR
mengenai rasuah pemimpin Umno yang menyabitkan hukuman penjara selama dua
tahun minggu lalu.
Menurut Raja Petra, Ezam sempat berkata kepadanya bahawa dia akan menyaman
akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan fitnah terhadapnya kerana tidak ada
bukti yang benar-benar boleh membawanya kepada pertuduhan tersebut.
! Tambahnya, akbar itu sengaja mengada-adakan berita yang tidak benar.
Justeru itu kata Raja Petra, Ezam mencabar Utusan Malaysia supaya
mengeluarkan bukti berupa rakaman atau sebagainya bagi menjelaskan dakwaan
tersebut.
Dalam pada itu, rata-rata reformis KeADILan kesal dengan keputusan mahkamah
minggu lalu yang menjatuhkan hukuman dua tahun penjara terhadap Ezam
berhubung dakwaan menyebarkan rahsia rasmi kerajaan.
Mereka juga meminta kerajaan turut mendakwa Ketua Wanita Umno Dato'Seri
Rafidah Aziz dan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik yang
dinyatakan dalam dokumen rahsia BPR itu.
Perbicaraan tersebut juga telah dihadiri oleh Presiden Parti KeADILan
Nasional Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa aktivis reformasi
yang menunggu ketibaan Ezam seawal pagi di perkarangan Mahkamah seksyen
Kuala Lumpur.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHE! RE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs
