Berita // News:
Straits Times: Sultan Terengganu Perkenan Hududhold=0>
Wednesday, August 14, 2002 - 04:48 AM GMTDuli Yang Maha
Mulia Sultan Terengganu Darul Iman telah pun memberi perkenan baginda
terhadap undang-undang hudud Terengganu, menurut laporan Brendan Pereira
dari akhbar Straits Times Singapura. Akhbar milik kerajaan Singapura itu
menegaskan, Sultan Mizan Zainal Abidin telah meminta suatu penerangan khas
diberikan kepada baginda mengenai undang-undang hudud yang disyorkan oleh
kerajaan PAS pimpinan Menteri Besar YAB Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi
Awang. Setelah mendengar penjelas! an tersebut, baginda dilaporkan berkenan
menyatakan persetujuan terhadap rang undang-undang tersebut. Sultan Mizan,
39 tahun, merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan dijangka menaiki
takhta kerajaan Malaysia sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada bulan
Disember 2006. Baginda menggantikan Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi
Billah Shah pada tahun 1998. Menurut laporan akhbar tersebut, perkenan
Sultan Terengganu itu menunjukkan tidak ada halangan munasabah bagi
undang-undang hudud Terengganu kerana baginda juga merupakan ketua agama
Islam menurut undang-undang tubuh kerajaan negeri.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs
