Berita // News: Pemuda
DAP Pula Buat Laporan Polis Gesa Rafidah dan Rahim Thamby Chik Diheret Ke
Mahkamahhold=0>
Wednesday, August 14, 2002 - 01:09 AM GMTPemuda DAP
menyertai sayap-sayap Pemuda parti BA dan pelbagai NGO sivik yang menggesa
Kamar Peguam Negara mendakwa dua orang pemimpin UMNO yang rapat dengan
Mahathir Mohamad diheret ke mahkamah kerana telah terbukti melakukan rasuah.
Pemangku Setiausaha Pemuda DAP, Saudara Loke Siew Fook memimpin satu
delegasi ahli muda parti itu membuat laporan polis di Balai Polis Dang
Wangi. Dalam laporan polis yang dibuat, Saudara Loke menyatakan bahaw! a
keputusan memenjarakan Saudara Ezam mengesahkan bahawa kertas pertuduhan
terhadap Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik mempunyai asas. Saudara Ezam
dipenjarakan selama dua tahun kerana mendedahkan perbuatan rasuah kedua-dua
pemimpin UMNO itu. Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaraya mahupun UMNO
sendiri tidak pernah sekali pun menafikan kandungan kertas pertuduhan itu,
yang memperincikan lima perbuatan rasuah Rafidah Aziz dan empat perbuatan
rasuah Rahim Thamby Chik. Selain perbuatan rasuah, Rahim Thamby Chik yang
juga anak angkat Mahathir sendiri, juga dilaporkan mengumpulkan kekayaan
luar biasa. Jika tidak kerana perbuatannya merogol gadis bawah umur yang
didedahkan, sudah tentu Rahim Thamby Chik, bekas Ketua Pemuda UMNO itu akan
menduduki kerusi tertinggi pimpinan UMNO. Pemuda Keadilan akan memulakan
program Pentas Pemuda minggu depan bagi membawa isu pemenjaraan Saudara Ezam
kepada rakyat.
> ATTACHMENT part 2 applicat! ion/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs
