Sokong syor jadikan 31 Ogos hari persekolahan ( Utusan 27 Ogos 2002 � Forum )

BAPA MERDEKA, Kuala Lumpur,
Saya bersetuju dengan syor Bapa Merdeka untuk menjadikan 31 Ogos setiap tahun sebagai hari persekolahan dan juga hari kerja sepertimana hari-hari biasa. Dan saya juga ingin mengesyorkan agar hari Sabtu dan Ahad dijadikan hari-hari persekolahan dan hari kerja seperti selalu serta segala jenis hari cuti umum atau cuti perayaan dimansuhkan serta merta.

Ini kerana Malaysia menuju kearah penubuhan sebuah negara maju pada 2020 mengikut wawasan Perdana Menteri dan mengikut analisa kemajuan yang dijalankan Malaysia adalah 30 tahun mundur di belakang Jepun, satu kuasa besar negara timur, manakala 40 tahun mundur dibelakang negara-negara maju barat termasuk Amerika. Lagipun tahun 2020 sudah tidak jauh dari sekarang, hanya 18 tahun lagi untuk sampai ke sana.

Untuk mencapai taraf yang sama maju dengan negara-negara maju yang tersebut, maka adalah sesuai untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang bebas merdeka menukarkan sistem dan corak hidup serta budaya masyarakat kearah lebih proaktif dalam menjayakan wawasan Perdana Menteri kita termasuk dalam bidang pendidikan, kerjaya, industri, perniagaan dan sebagainya.

Selama ini kita hanya bersenang-lenang dengan anugerah cuti dan menikmati khazanah negara secara alpa. Kinilah masa yang paling sesuai untuk mengerahkan segala tenaga dan usaha yang terpendam bagi merealisasikan wawasan Perdana Menteri kita. Janganlah ada lagi sifat malas, tunggu dan lihat atau bergantung penuh pada dahan kerajaan untuk menggerakkan negara kearah negara maju.

Untuk itu, segala macam bidang yang mengganggu perjalanan dan pergerakkan kita hendaklah diletak tepi seperti politik, adat, agama, kepercayaan dan lain-lain. Yang penting adalah kemajuan. Itulah motif kita sekarang.

Biarlah satu hari nanti kita akan mencapai taraf maju seperti negara-negara maju, mempunyai sebuah kehidupan yang lengkap dengan sistem canggih dari celik mata hingga ke �pejam mata�. Agaknya barulah kita hidup bahagia dengan seluruh norma-norma kehidupan baru dalam negara maju yang mana manusia hidup dalam alam kebinatangan seperti yang sedia ada di negara-negara maju sekarang ini.

Mohon syor saya dirujuk.

Sekian~



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke