*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Masa dok tolong depa pasang bendera Malaysia untuk
menyambut kedatangan hari Merdeka hari tu, entah macam
mana bendera tu meleret jatuh ke tanah, hampir-hampir
saya terpijak. Kata seorang abang tu:

"Hati-hati woo, hang pijak jalur gemilang nanti boleh
kena tangkap ISA woo!"

Seorang sahabat tu pulak jawab:

"Tak apa aih, pijak bendera Malaysia tarak nak kena
aih, kalau hang lawan Bahasa Inggeris baru boleh kena
ISA!!"

Laa - Pening kepala aku, sambut MERDEKA apa macam nie
- pijak jalur gemilang tak apa tapi jangan 'pijak'
bahasa inggeris!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
"PENJAJAH DAH BALIK - TAPI BAHASA DEPA JADI BAHASA
PENGANTAR"

Merdeka Kepala Hotak Hangpa!

Cakap pasal isu Bahasa Inggeris nie; ada member aku
sorang tu dia merungut sebab baru saja bini dia balik
mai dari Langkawi selepas habis kursus Matematik Semak
Semula, tut tut tut lepas nie mungkin nak kena pi
Kursus Matematik dalam bahasa Inggeris pulak. Pening
kepala aih, kerajaan dah habis juta-juta buat buku
Teks Matematik Semak Semula tu, habis ribu2 bawak
cikgu2 pi kursus di Langkawi dan mana-mana tu, tiba2
nak pi buang macam tu saja, nak buat buku teks baru
pulak dalam bahasa Inggeris. Berserabut sungguh aih
jadinya!

Isu Bahasa Inggeris nie jadi caca merba sungguh;
kerana isu ini tak pasal-pasal ada orang/perkumpulan
yg diugut akan diISAkan kalau dok bising-bising
sangat, kerana isu Bahasa Inggeris nie jugak komponen2
BN dok bergaduh sesama sendiri, kerana isu ini jugak,
ada cikgu-cikgu yg dah merajuk sebab oleh kerana depa
tak ajaq bahasa inggeris cuma ajaq subject2 biasa
macam sejarah, geografi dsg, maka depa tak akan dapat
elaun khas yg diberikan kpd cikgu2 yg mengajar
matematik dan sains dalam BI. Habis bercelaru sungguh!

Bukan kata NGO, parti politik atau cikgu-cikgu sekolah
saja yang bercelaru; anak-anak saya yg kat rumah yg
tak tau apa-apa tu pun, pakat jadi kelam kabut habis
bercelaru!

Dua tiga malam lepas, anak saya yg Darjah 5 tu tanya:

"Abah, tahun depan Ida nak kena belajar Matematik dan
Sains dalam Bahasa Inggeris ka Abah.....?"

Belum habis soalan dia nak tanya, spontan saya jawab:

"Alah, Ida tak payah risau aih, Ida mintak doa bagi
tahun depan Dr Mahathir mati; bila dia mati tak dak
dah la Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris
nie!!!!"

Lagi bercelaru la anak saya....


SELAMAT HARI MERDEKA!

-Temingat Di Belantara-


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
http://finance.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke