Selami maksud sebenar Nik Aziz

Zainal Abidin Ahmad KL 5:38pm Mon Aug 26th, 2002 Dewasa ini heboh
mengenai isu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Allah 'samseng'.
Media arus perdana membesar-besarkan perkara ini dengan tujuan untuk
memusnahkan parti PAS, khususnya Tuan Guru Nik Aziz. Setelah mengkaji
ucapan Tuan Guru Nik Aziz berhubung perkara ini, saya yang cetek pengetahuan
agama mendapati apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah Allah bukan samseng
macam bekas Ketua Polis Negara Abdul Rahim Noor atau Universiti Islam
Antarabangsa presiden Sanusi Junid atau Ketua Menteri Besar Pahang Adnan
Yaakub. Tetapi Allah maha berkuasa daripada segala samseng di dalam dunia
ini seperti juga Allah lebih berkuasa daripada segala perdana menteri atau
presiden atau raja di dalam dunia ini. Tiada yang lebih berkuasa di maya
pada ini, selain dari Allah. Semua! orang yang saya berpeluang berbincang
tentang perkara ini (mereka ini, seperti saya, bukanlah ahli PAS) faham
dengan jelas apa yang dimaksudkan oleh Tuan Guru Nik Aziz di dalam
ucapannya. Cuma ulama dan pemimpin Umno yang tidak mampu untuk memahami
ucapan Tuan Guru Nik Aziz itu kerana tiada keikhlasan di jiwa mereka dalam
menangani isu-isu ugama.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke