Suhakam di bawah Musa lebih telus dari Abu Talib: GMI
Friday, August 23 @ 14:52:20 MYT
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR,23 Ogos (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyatakan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di bawah Tan Sri Abu Talib
Othman tidak sebaik dan setelus Suhakam dibawah pimpinan Tan Sri Musa Hitam.
Kenyataan ini dibuat oleh Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Syed
Husin Ali semasa perjumpaan tertutup wakil GMI dengan Suhakam bagi
membincangkan beberapa perkara berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA).
GMI merasakan dalam hal melindungi daripada kezaliman ISA, hasil dan
pencapaian penyiasatan 'inquiry' dan siasatan lain amatlah tidak
memberansangkan malahan dalam penyiasatanpun masih ada lagi suara sumbang
dari kerajaan yang mendominasi kuasa Suhakam.
GMI menyifatkan penyiasatan tersebut han! yalah semata-mata untuk memenuhi
tuntutan memo yang dihantar kepada Suhakam berhubung isu tersebut dan
bukannya untuk menyiasat perkara sebenar.
Dalam siasatan yang lalu terhadap enam tahanan ISA, Ezam Mohd Noor, Lokman
Noor Adam, Saari Sungip, Hishamuddin Rais, Tian Chua dan Ustaz Badrul Amin
Bahrom, GMI merasakan penyiasatan tersebut hanya terhad kepada tahanan bukan
kepada isu penahanan yang dibuat oleh kerajaan memerintah.
Dalam perjumpaan tersebut, Syed Husin bimbang dengan keadaan yang berlaku,
berikutan kerajaan Barisan Nasional kini telah sewenang-wenangnya
menggunakan ISA untuk meneruskan pemerintahan mereka.
Katanya, kini kerajaan cuba pula mengugut rakyat dengan ISA berhubung isu
bantahan rakyat terhadap pelaksanaan Matematik dan Sains dalam bahasa
Inggeris.
Terdahulu sebelum ini kerajaan BN telah menggunakan kuasa mereka dibawah ISA
dalam kes-kes yang tidak masuk akal seperti isu pasport yang dikatakan bahan
bukti kete! rlibatan tahanan ISA dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja GMI Zaid Kamaruddin
mencadangkan, GMI berpendapat bahawa Suhakam perlu mengambil langkah untuk
menjadi institusi yang menepati prinsip dan semangat 'the paris principles'.
Katanya, Suhakam perlu meletakkan kriteria perkhidmatan seperti mendapat
kuasa autonomi dari kerajaan, pluralisme termasuk dalam keanggotaan, mandat
yang luas berdasarkan piawaian universal hak asasi manusia, kuasa yang
mencukupi untuk menjalankan siasatan, sumber yang mencukupi serta kebebasan
yang dijamin oleh undang-undang dan perlembagaan.
Sementara itu, Setiausaha Kerja Suara Rakyat Malaysia (Suaram) S.Arutchelvan
meminta Suhakam mengambil langkah proaktif dan lebih tegas apabila berlaku
perlanggaran hak asasi manusia.
Suhakam juga perlu bertanggungjawab dan berperanan membela hak asasi manusia
dengan menggunakan apa jua kuasa undang-undang serta kekuatan m! oral yang ada
padanya.
Hadir sama dalam perjumpaan tertutup tersebut ialah Ahli Jawatan Kuasa PAS
Pusat, Dr Hatta Ramli, Presiden Parti KeADILan Nasional Datin Seri Wan
Azizah Wan Ismail, Aktivis Reformasi dan Jawatan Kuasa Kerja GMI.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
