*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Filem Pornografi alaf 2002. Setelah 45 tahun merdeka
perfileman kita semakin maju dan matang.....syabas
malaysia......Malaysia Boleh!

Erma arah saya lakonkan adegan bogel - Izi

Oleh:ROSLI MANAH
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Pelakon yang memegang watak
jahat dalam filem Embunf, Izi Yahya mengaku berbogel
semasa melakonkan adegan rogol dalam filem kontroversi
yang memaparkan perjuangan menentang penjajahan
tentera Jepun arahan Erma Fatima.

Menurut Izi, beliau sanggup melakonkan adegan bogel
itu kerana menganggap tindakannya sesuai dengan
keperluan watak Leftenan Akaishi yang jahat dalam
filem tersebut.

Izi memberitahu, beliau melakonkan adegan bogel itu
dengan rela setelah diarahkan oleh Erma Fatima untuk
menyertai festival filem di luar negara.

Filem Embun diterbitkan oleh Filem Negara Malaysia
(FNM) dan Finas dengan menelan belanja RM3 juta.

``Saya melakukan kerana ada alasannya dan bukan
saja-saja,'' kata Izi ketika dihubungi hari ini.

Menurut Izi, aksi beliau yang menampakkan punggung itu
akan menguatkan lagi watak jahatnya dalam adegan
merogol Embun lakonan Umie Aida.

Izi memberitahu, beliau sedar adegan itu tidak dapat
ditayangkan di negara ini tetapi setuju melakukannya
kerana diberitahu ia boleh ditayangkan di luar negara.

Menurut Izi, adegan tersebut dibuat dalam bilik
tertutup dan yang terlibat dalam adegan itu hanya
beliau, Umie Aida dan jurukamera saja.

Izi tidak menganggap berbogel dalam filem Embun
sebagai menjatuhkan maruahnya kerana ia digambarkan
dalam bentuk `long shot' dari arah sisi.

``Saya bukan berbogel di hadapan orang,'' kata Izi
lagi.

Menurutnya, semasa melakonkan adegan itu beliau
membayangkan watak Akaishi dan bukan lagi Izi Yahya.

Sementara itu, majalah URTV keluaran 1 September
menyiarkan wawancara penuh dengan Izi mengenai adegan
itu.

``Semasa mula penggambaran dilakukan, Akaishi memakai
seluar, kemudian Erma kata, di dalam kamera masih
ternampak seluar lalu suruh saya buka seluar panjang.

``Saya buka dan tinggal seluar dalam sahaja tetapi
semasa adegan merogol masih ternampak seluar dalam,
kemudian Erma minta saya buka seluar dalam pula,''
kata Izi dalam URTV.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
http://finance.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mencelah sikit <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke