*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saja nak cari publisiti nih....nak kasi laris dia punya filem......
>Filem Pornografi alaf 2002. Setelah 45 tahun merdeka
>perfileman kita semakin maju dan matang.....syabas
>malaysia......Malaysia Boleh!
>
>Erma arah saya lakonkan adegan bogel - Izi
>
>Oleh:ROSLI MANAH
>KUALA LUMPUR 26 Ogos - Pelakon yang memegang watak
>jahat dalam filem Embunf, Izi Yahya mengaku berbogel
>semasa melakonkan adegan rogol dalam filem kontroversi
>yang memaparkan perjuangan menentang penjajahan
>tentera Jepun arahan Erma Fatima.
>
>Menurut Izi, beliau sanggup melakonkan adegan bogel
>itu kerana menganggap tindakannya sesuai dengan
>keperluan watak Leftenan Akaishi yang jahat dalam
>filem tersebut.
>
>Izi memberitahu, beliau melakonkan adegan bogel itu
>dengan rela setelah diarahkan oleh Erma Fatima untuk
>menyertai festival filem di luar negara.
>
>Filem Embun diterbitkan oleh Filem Negara Malaysia
>(FNM) dan Finas dengan menelan belanja RM3 juta.
>
>``Saya melakukan kerana ada alasannya dan bukan
>saja-saja,'' kata Izi ketika dihubungi hari ini.
>
>Menurut Izi, aksi beliau yang menampakkan punggung itu
>akan menguatkan lagi watak jahatnya dalam adegan
>merogol Embun lakonan Umie Aida.
>
>Izi memberitahu, beliau sedar adegan itu tidak dapat
>ditayangkan di negara ini tetapi setuju melakukannya
>kerana diberitahu ia boleh ditayangkan di luar negara.
>
>Menurut Izi, adegan tersebut dibuat dalam bilik
>tertutup dan yang terlibat dalam adegan itu hanya
>beliau, Umie Aida dan jurukamera saja.
>
>Izi tidak menganggap berbogel dalam filem Embun
>sebagai menjatuhkan maruahnya kerana ia digambarkan
>dalam bentuk `long shot' dari arah sisi.
>
>``Saya bukan berbogel di hadapan orang,'' kata Izi
>lagi.
>
>Menurutnya, semasa melakonkan adegan itu beliau
>membayangkan watak Akaishi dan bukan lagi Izi Yahya.
>
>Sementara itu, majalah URTV keluaran 1 September
>menyiarkan wawancara penuh dengan Izi mengenai adegan
>itu.
>
>``Semasa mula penggambaran dilakukan, Akaishi memakai
>seluar, kemudian Erma kata, di dalam kamera masih
>ternampak seluar lalu suruh saya buka seluar panjang.
>
>``Saya buka dan tinggal seluar dalam sahaja tetapi
>semasa adegan merogol masih ternampak seluar dalam,
>kemudian Erma minta saya buka seluar dalam pula,''
>kata Izi dalam URTV.
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
>http://finance.yahoo.com
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: mencelah sikit <[EMAIL PROTECTED]>
_________________________________________________________________
Join the world�s largest e-mail service with MSN Hotmail.
http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "aziz hassan" <[EMAIL PROTECTED]>