Berita // News : Kempen
Kibar Jalur Gemilang Hambar, Lambang Protes Rakyat
hold=0>
Thursday, August 29, 2002 - 12:05 AM GMT



Usaha kerajaan
BN mengalih perhatian rakyat dari pelbagai masalah negara dengan
mencanang-canangkan semangat patriotik tidak bertempat nampaknya tidak
mendapat sambutan, demikian tinjauan pemuda-keadilan.org di negeri-negeri
sekitar Pantai Barat. Seperti juga tahun-tahun sebelumnya, kerajaan BN di
bawah Mahathir Mohamad, yang memanipulasi harta rakyat sepenuhnya untuk
kepentingan partisan mereka, terus menyebarkan propaganda supaya rakyat
merayakan Hari Kemerdekaan secara! tidak bermakna - iaitu hanya mengibarkan
bendera negara semata-mata. Usaha itu seolah-olah diboikot tahun ini,
apabila ia langsung tidak kelihatan di bandar-bandar besar. Sebaliknya di
sekitar Lembah Kelang, sudah naik beberapa kain rentang mengkritik amalan
rasuah Menteri Besar Khir Toyo. Di Pulau Pinang pula, kerajaan BN di negeri
itu baru-baru ini dipetik oleh media suruhan mereka sendiri memarahi
pengusaha hotel kerana tidak menyahut paksaan kerajaan BN supaya bendera
kebangsaan dikibarkan. Mengulas perkara ini, Naib Ketua Pemuda Saudara
Zahid Mat Arip berkata rakyat Malaysia tahu menghayati semangat kemerdekaan
yang diperjuangkan pejuang kemerdekaan dulu. "Oleh kerana inilah, rakyat
tidak bodoh terikut-ikut dengan euphoria kosong BN, bahawa seolah-olah
semangat patriotik itu terletak seratus peratus di atas tindakan mengibar
bendera," kata beliau. Menurut Saudara Zahid, generasi muda menghayati
semangat kemerdekaan yang meletakkan! martabat rakyat dan kebajikan mereka
melebihi segala-galanya, oleh sebab itulah mereka menentang kerajaan BN.
"Kerana kita mahu rakyat bebas dari manipulasi penjajah - sama ada oleh
Benggali Putih dari Eropah atau Benggali Putih dari Kubang Pasu - Pemuda
Keadilan akan terus membawa program pendidikan politik supaya rakyat sedar
merdeka ini maksudnya bebas dan dihormati hak kita sebagai rakyat," sambung
Naib Ketua Pemuda itu lagi.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke