*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Assalammualaikum,

Saya ingin meminta pendapat sdr-sdr,
Alhamdulillah, saya sekarang dah jadi orang awam mulai 01 Okt 2002 nanti 
setelah 21 tahun berkhidmat dengan TLDM, buat masa ni saya bercuti sebelum 
bersara selama sebulan, apa yang saya nak tanya ialah saya akan dapatlah 
sedikit rezeki dari ganjaran dan tabung LTAT, dulu cadang-cadang tu nak 
labur kat LUTH, tapi bila dok tengok kroni-kroni UMNO yang dok pelingkup 
kensel lah nampaknya, sebelum tu ada juga sikit  labur kat KOSIS, baru dapat 
3 ke 4 dividen dah ekonomi merudum, terus senyap, tak sempat nak dapat balik 
modal, cuma yang saya nampak sekarang ni koperasi Bank Rakyat yang bagi 
dividen agak baik, dah dua tahun berturut-turut bayar 15%, yang lain-lain 
tak tahu pulak saya buat masa ni.

Yang Keduanya, mungkin kat tempat sdr-sdr yang kerja kosong disekitar 
Taiping, Bagan Serai atau Parit Buntar  sebagai Store Keeper ka atau pun 
yang sama taraf dengannya, kecuali JAGA sudahlah, bukan lah kerana kerja 
jaga tu tak baik, tapi saya tak suka kerana kerja tu statik, jadi lemah 
tubuh badan, tak boleh nak aktif, dulu cadang tu nak buka warung/gerai kat 
mana-mana medan selera, saya cadang nak jual mee rebus Johor, resepinya saya 
dapat dari abang ipar saya dan dia pun menggalakkan saya memulakannya, tapi 
isteri saya  tak merestuinya, katanya nanti kalau berniaga rumah habis 
berselarak, terbantuk lagi, bekas pegawai TLDM yang mana saya pernah bekerja 
dengan mereka ada offer saya kerja dengan syarikatnya, tapi lokasi semua di 
Manjung atau di Stiawan, saya pulak bercadang nak balik ke Taiping, tak 
taulah, mungkin boleh cuba-cuba minta kilang kat Kemunting, nak dok rumah 
makan pencen saja pun tak cukup budjek, biasa gaji penuh campur elaun-elaun, 
tapi bila pencen gaji tinggal separuh elaun dak tak ada lagi, nampaknya 
terpalah cari kerja, lagi pun umur saya baru 41 tahun, masih ada 14 tahun 
lagi untuk  bekerja sebelum betul-betul punya pencen. Moga-moga ada di 
antara sdr-sdr yang dapat membantu.Sekian Wassalam.


_________________________________________________________________
Join the world�s largest e-mail service with MSN Hotmail. 
http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "tukang tambah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke