*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ketika TV Malaysia memulakan isu Nik Aziz kata Allah samseng,
saya mendengar berita itu dengan senyum. Memang menjadi perangai
Nik Aziz, semenjak mengajar tafsir Al-Qur'an 25 tahun dulu
suka menghurai tentang sifat-sifat Tuhan begitu menakjubkan
sekali, Bagi orang-orang tidak pernah hadiri kulliah-kulliah
tafsir beliau memang merasa hairan kenapa dia berkata begitu.

Nik Aziz adalah seorang yang unik apabila mengajar tafsir. Dia
mahu pendengarnya benar-benar menghayati dan menyalami Al-Qur'an,
supaya hidup kita benar-benar menjiwai ajaran-ajarannya. Sebagai
contoh, ketika Nik Aziz menghuraikan ayat...

Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan penagungan yang
semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari 
qiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya...
[Az-Zumar 39:67]

Saya masih ingat begaimana Nik Aziz memberi penekanan terhadap
ayat ini. Ramai manusia, apabila disebut tentang Tuhan, tidak
merasa GERUN, tapi tahukah kenapa Allah mahu menggambarkan
bahawa Dia menggunakan tangan untuk menggenggam bumi dan
menggulung langit? Ayat ini menyebut Allah mempunyai tangan.
Nik Aziz memperingatkan kita supaya mengakui apa yang sebut
oleh Allah itu benar ...ya, Allah ada tangan, tapi tangan Allah 
tidak boleh dibandingkan dengan manusia yang ada jari. Tangan 
Allah itu melambangkan kekuasaaanNya.

Tambahan pula, dengan sebutan "tangan" Allah supaya kita manusia
merasa GERUN terhadap Allah. Jadi, Allah mahu menyatakan bahawa
dia kuat dan hebat, maka hendaklah manusia apabila disebut nama
Allah, mereka patut tunduk dan takut kepada Allah. Nik Aziz
pernah menghuraikan...jika manusia yang angkuh dan merasai diri
mereka hebat, sila cuba genggam tanah bumi ini dengan tangan
mereka sendiri, berapa banyakkan tanah yang boleh mereka genggam??
Oleh itu, seolah-olah Tuhan menyatakan kepada kita ...hai manusia,
sikap sombong dan megah kamu tak ke mana-mana. Dengan perbuatan
samseng dan angkuh kamu, Allah tetap akan menggenggam kamu.

Ini juga memberi keyakinan kepada orang-orang yang ditindas dan
dianiaya bahawa mereka tetap akan dibela oleh Allah dan orang-
orang yang jahat tetap akan dihukum.

Nik Aziz juga, apabila menghuraikan tentang sifat-sifat Allah,
dia menyebut bahawa antara sifat-sifat Allah seperti Ar-Rahmaan
(Maha Pemurah), Ar-Raheem(Maha Penyayang), Al-Kareem(Maha Mulia)
hendak kita meniru. Allah suka beberapa sifat-sifatNya ditiru
oleh manusia. Tetapi ada sifat-sifat tertentu TIDAK BOLEH ditiru
oleh manusia. Antaranya, sifat Al-Mutakabbir (Yang Megah) dan 
Al-Jabbar (Yang Berkuasa Mutlak -untuk bertindak). Hanya Allah
sahaja yang memilik sifat-sifat Al-Mutakabbir dan Al-Jabbar.
Oleh itu Allah akan menghukum mana-mana manusia yang bersifat
"mutakabbir" dan "jabbar".

Terdapat dua ayat dalam Al-Qur'an yang menyentuh tentang sifat-
sifat "mutakabbir" dan "jabbar".

1) ...ka_zaalika yaTba'u _llahu 'alaa kulli qalbi mutakabbirin
jabbarin 

..demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan
sewenang-wenang.[Al-Mukmin 40:35]

2)...al-azeez al-jabbaar al-mutakabbir ..

...Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala 
Keagungan...[Al-Hasr 59:23]

Perhatikan sebutan yang sama digunakan terhadap manusia dan
Allah, kecuali terdapat "al-" alif lam ta'rif pada sifat-
sifat Allah. Mengikut makna bahasa arabnya adalah sama. Jika
dianalisa makna dua perkataan itu, memang makna kedua-kedua
keadaan adalah sama. Jika kita maksudkan "jabbar" adalah samseng,
maka maknanya begitu juga pada Allah.

Akan tetapi, kita melihat kepada kenapa Allah menyatakan Dia
ada "tangan" dalam ayat [Az-Zumar 39:67]. Ia BUKAN bererti Allah
mempunyai tangan macam manusia. Ia adalah lambang kekuasaan
mutlak pada Allah. Dia mampu membuat segala sesuatu, sama dengan
tangan manusia mampu membuat perbuatan-perbuatan yang terhad.

Apabila disebut manusia sebagai "jabbar", ia bermakna manusia
yang sangat angkuh dan jahat. Manusia "jabbar" ialah yang berbuat
khianat dan menganiaya manusia lain kerana dia memiliki kuasa
politik dan penyokong yang kuat lagi ganas. Kita patut ingat
Allah juga bersifat "Al-Jabbar", ini untuk manusia ia GERUN
dan INSAF supaya jangan berbuat sesuatu sewenang-wenangnya tanpa 
belas-kesihan dan tanpa anda undang-undang yang boleh menghalang
mereka. Mereka menyalahgunakan kuasa untuk menindas dan menyiksa
manusia lain. Inilah mereka yang Allah sifatkan sebagai "jabbar"
(samseng) dan "mutakabbir" (angkuh). 

Oleh kerana Allah juga bersifat "Al-Jabbar", maka perangai dan
sifat samseng mereka pasti akan dibalas oleh Allah yang lebih
hebat lagi - iaitu Allah yang bersifat "Al-Jabbar". Hendaklah
manusia yang samseng merasa gerun terhadap Allah yang dikenali
juga sebagai Al-Jabbar.

Sebab itulah, antara hikmah-hikmah kita mengenali sifat-sifat
Allah, termasuk Al-Jabbar dan Al-Mutakabbir supaya kita insaf
dan gerun kepada Allah. Dengan sifat Al-JabbarNya, pasti Dia
akan menghukum mereka yang "jabbar" (samseng). Begitu juga
di akhirat kelak, Allah yang bersifat Al-Jabbar akan MEMAKSA
semua manusia yang jahat masuk ke dalam neraka. Tiada siapa
boleh mempertikai kenapa Allah berbuat begitu. Mereka yang jahat
dan kafir akan dibakar dalam api neraka yang amat panas, dan
neraka itu kekal selama-lamanya. Tiada makhluk yang berani 
menyoal perbuatan Allah itu tidak adil. Tiada kuasa yang boleh
menghalang Allah, jika Dia memutuskan orang-orang berdosa itu
dilemparkan ke dalam neraka. Ini kerana Allah bersifat Al-Jabbar.
Hanya Allah sahaja yang layak bersifat dengan sifat "Al-Jabbar".
Manusia yang berperangai "jabbar" (samseng) akan ditentang oleh
Allah yang bersifat Al-Jabbar. Berhati-hatilah, manusia "jabbar"!!!!

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger Chan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke