Berita // News : Bekas
Pemimpin Puteri UMNO Berdolak Dalih Mengenai Kontroversi Adegan Bogel
hold=0>
Wednesday, August 28, 2002 - 10:37 PM GMT



Bekas EXCO
Puteri UMNO yang dibongkarkan menjadi penulis upahan ketuanya, Erma Fatima
semalam menafikan bahawa dia memberi arahan agar pelakon Izi Yahaya berbogel
di dalam filem 'Embun' seperti yang didakwa pelakon tersebut. Dalam satu
laporan yang disiarkan suara rasmi BN Utusan Malaysia semalam, pelakon Izi
Yahaya mengakui bahawa Erma menyuruhnya berbuat demikian ketika melakukan
adegan rogol di dalam filem itu. Menurut Izi, Erma menyakinkannya bahawatindakan berbogel itu perlu dibuat supaya 'filem itu boleh dibawa ke pesta
antarabangsa'. Walau bagaimana pun, dalam temuramah dengan satu lagi suara
rasmi BN iaitu The Star, Erma menafikan membuat kenyataan itu. Katanya
berdolak dalih, bahawa dia hanya menyuruh Izi 'melondehkan' sedikit seluar,
tetapi apabila Izi berbogel sehingga menampakkan punggungnya, dia terus
sahaja memfilemkan adegan itu. Erma pernah menimbulkan kontroversi apabila
terbabit dalam pergelutan kuasa Puteri UMNO, berikutan pendedahan dakwaan
ketuanya (Azalina Othman) terlibat di dalam hubungan seks sejenis dan
rasuah. Laman pro-UMNO yang saling bercakaran kerana dibayar oleh kem yang
berlawanan (seperti Agendadaily, Selangordaily.com dan lain-lain)
kemudiannya mendedahkan bahawa Erma sendiri diupah oleh Azalina untuk
memburuk-burukkan musuh politik Azalina di dalam UMNO. Sementara itu,
jurucakap Sekretariat Pemuda Keadilan kesal kerana mentaliti Erma bahawa
filem M! alaysia hanya mampu dibawa ke perhatian antarabangsa jika ada adegan
lucah, menunjukkan jiwa bekas pemimpin Puteri UMNO itu masih dijajah
walaupun negara telah merdeka selama 45 tahun. "Apakah kita perlu
menggadaikan nilai Islam dan ketimuran kita semata-mata kerana kita mahu
menunjukkan muka di peringkat antarabangsa?" tanya beliau. Sekretariat
Pemuda juga meminta supaya penggiat filem di negara ini menghayati kejayaan
penerbit filem Iran di peringkat antarabangsa, walaupun filem-filem tersebut
langsung tidak mempunyai ciri-ciri lucah seperti filem 'Embun'. Filem
tersebut, yang memakan duit rakyat sebanyak RM3 juta kerana dibiayai oleh
Filem Negara Malaysia - sebuah agensi kerajaan - setakat ini hanya berjaya
memperolehi RM700,000 sahaja.


> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANY! BODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke