Berita // News:
Kerugian dan Bail-Out MAS Mengatasi Skandal Enron, BN Tak Mahu
Bertanggungjawabhold=0>
Friday, August 30, 2002 - 12:52 AM GMTJurucakap
Sekretariat Pemuda di sini mengingatkan kerajaan BN supaya tidak memandang
mudah kerugian besar yang ditanggung MAS serta belanja menyelamatkan kroni
BN, kerana jumlah wang rakyat yang terbabit mengatasi skandal kewangan Enron
di Amerika Syarikat. Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan kroni
UMNO, Tajuddin Ramli mengambil bonus RM23.4 juta bagi dirinya sendiri dari
satu lagi syarikat yang terpaksa diselamatkan perbadanan yang mana ra! kyat
mempunyai kepentingan utama, iaitu Telekom. Laporan terbaru menyebut pelan
penstrukturan semula MAS bakal menelan belanja lebih RM10 billion. Ini tidak
termasuk berbillion-billion ringgit yang dibelanjakan membeli semula MAS
dari Tajuddin, menjadikan jumlah wang rakyat yang terlibat menghampiri RM20
billion. Ini dikira jauh lebih banyak dari jumlah penyelewengan yang
terlibat di dalam skandal Enron, yang hampir memusnahkan kepercayaan pelabur
terhadap ekonomi Amerika Syarikat. Enron dilaporkan menyelewengkan lebih
US$4 billion sebelum syarikat tenaga itu jatuh muflis. Menurut jurucakap
Sekretariat Pemuda lagi, bukan sahaja kerajaan tidak mengambil tindakan
keras terhadap mereka yang bertanggungjawab, isu itu didiamkan sahaja
seolah-olah jumlah RM20 billion itu kecil. "Tidak cukup dengan itu,
sekarang kita dengar kroni UMNO mengambil lebih 20 juta ringgit bonus.
Apakah ini untuk membiayai belanja pilihanraya UMNO akan datang?" sindi! r
jurucakap Sekretariat Pemuda lagi.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
