Berita // News: Kroni
Daim Ambil Bonus RM23 Juta, Saham Jatuhhold=0>
Friday, August 30, 2002 - 12:43 AM GMTKroni dan
proksi utama UMNO, Tajuddin Ramli dilaporkan menganugerahkan bonus berjumlah
RM23.4 juta sebelum meletakkan jawatan. Berita penganugerahan bonus yang
meledak apabila pengarah baru mengambil alih tempatnya itu menyebabkan saham
TRI (syarikat induk yang mengendalikan Celcom) jatuh apabila BSKL ditutup
semalam. Selain bonus kepadanya sendiri, Tajuddin juga memberi bonus
sebanyak RM15.3 juta kepada adiknya, Bistamam Ramli dan seorang lagi bekas
pengarah Lim Kheng Yew. Ketiga-tiga! mereka terpaksa melepaskan jawatan
apabila Telekom membeli kepentingan Tajuddin di dalam TRI. Tajuddin, yang
mempunyai hutang peribadi lebih RM1 billion terpaksa menjual kepentingannya
di dalam MAS dan TRI untuk membayar hutang-hutang tersebut. Urusniaga
pembelian MAS oleh kerajaan menimbulkan kontroversi besar apabila Tajuddin
mendapat untung berlipat kali ganda, walaupun MAS rugi berbillion-billion
ringgit. Lebih dari itu, Tajuddin juga sedang disiasat dalam satu kes pecah
amanah bersabit perniagaan kargo MAS. Sebelum ini, Tajuddin menjadi anak
emas Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin, kononnya contoh 'Melayu berjaya'
dalam bidang korporat. Kekayaan mereka disyaki ada kena mengena dengan
pemimpin UMNO sendiri, iaitu mereka hanya menjadi proksi kepada pemimpin
UMNO yang mengaut kekayaan negara untuk kepentingan diri.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-micros! oft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
