Berita // News :
"Danaharta Patut Beli Kedah" - Saifuddin
hold=0>
Friday, August 30, 2002 - 01:01 AM GMT



Timbalan Ketua
Pemuda Keadilan, YB Saifuddin Nasution Ismail secara berseloroh semalam
memberitahu penduduk Lunas bahawa oleh kerana keadaan hutang kerajaan Kedah
di bawah BN sangat parah, kalau ia sebuah syarikat, sudah tentu hartanya
terpaksa diserahkan kepada Danaharta untuk menjelaskan hutang-hutang
tersebut. Beliau berkata demikian di dalam satu ceramah yang diadakan di
Lunas. Mengulas perkara itu lagi, beliau memberi contoh bagaimana pelbagai
projek yang merugikan dan menekan rakyat d! ijalankan oleh kerajaan BN Kedah.
Kata beliau, tindakan kerajaan BN Kedah mahu menswastakan jabatan air sudah
tentu akan menyusahkan rakyat yang terpaksa membayar tarif yang lebih
tinggi. Beliau juga mendedahkan bagaimana kerajaan BN Kedah telah memberi
konsesi balak yang membabitkan kawasan-kawasan tadahan air hujan kepada
sebuah syarikat dari Sarawak yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam
industri pembalakan. "Kawasan tadahan air disuruh tebang, jabatan air
hendak diswastakan, bagaimana rakyat mahu mendapat bekalan air yang bersih
dan sustainable di masa hadapan?" soal beliau. YB Saifuddin juga
mendedahkan bagaimana persempadana semula telah mengalihkan kawasan-kawasan
peti undi yang menyokong Keadilan ke kawasan lain, sementara peti undi yang
dimenangi BN pula dibawa masuk ke Lunas. Walau bagaimana pun, beliau
meminta ahli dan aktivis Keadilan bersabar dan terus berkhidmat untuk
rakyat. Katanya, beliau percaya rakyat mempunya! i kefahaman yang tinggi
mengenai tipu daya politik BN.


> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke