Sekolah: BN hendak projek bukannya keperluan pendidikan
Thursday, August 29 @ 11:34:41 MYT


KUALA TERENGGANU, 29 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Tuan
Guru Haji Abdul Hadi Awang mendedahkan satu taktik baru Barisan Nasional
(BN) dalam membina sekolah di negeri ini dengan mengambil tanah rakyat.

Tujuan mereka bukan kerana sekolah itu tetapi kerana mahukan projek
pembinaan sekolah itu, katanya selepas mesyuarat Exco semalam.
Sejak kebelakangan ini, pemimpin BN khasnya di Terengganu sering menimbulkan
masalah kelewatan mendapatkan kelulusan tanah dari kerajaan negeri untuk
membina sekolah.
Mereka menyalahkan kerajaan negeri dalam hal ini.
Kata MB Terengganu itu, kepimpinan BN membina projek kerajaan pusat di
negeri ini dengan mengambil tanah-tanah rakyat sebagai satu cara yang
difikirkan oleh mereka supaya kerajaan negeri ti! dak dapat hasil.
"Sebab kalau ambil tanah kerajaan (negeri), Terengganu akan dapat duit. Kita
bukan masalah duit, tapi masalah tanah rakyat. Oleh kerana itu, kita
terpaksalah membuat penyiasatan dan kajian berhubung tanah-tanah yang
diambil ini (sebelum kelulusan diberikan)," katanya kepada wartawan.
Sebagai contoh, katanya semalam kerajaan negeri menerima empat permohonan
untuk membina sekolah menengah iaitu di Tersat Hulu Terengganu, Sekolah
Menengah Bukit Puteri, Besut, Sekolah Kebangsaan Sri Tujuh, Bukit Kenak,
Sekolah Menengah Matang, Hulu Terengganu.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, kawasan yang dipohon untuk pembinaan
Sekolah Menengah Tersat melibatkan tanah dusun buah-buahan yang telah
dimiliki oleh tuan tanah sejak beberapa tahun dan mengeluarkan buah-buahan
yang banyak.
Ini, katanya sudah tentu tidak memuaskan hati pemilik tanah tersebut
sekiranya dibina juga sekolah berkenaan.
Begitu juga, katanya kawasan yang dipohon ! untuk pembinaan Sekolah Menengah
Bukit Puteri yang melibatkan tanah rakyat dengan dusun durian, getah dan
tanaman tembakau.
Jelasnya lagi, kawasan untuk Sekolah Kebangsaan Sri Tujuh Bukit Kenak
melibatkan sawah pagi manakala Sekolah Menengah Matang terlibat dengan kebun
getah.
"Kita berpendapat ini untuk memenuhi hasrat kontraktor-kontraktor yang
mendapat projek dan mereka tanda tanah ikut suka mereka daripada tanah
kerajaan hingga ke tanah rakyat, tanpa mengira perasaan dan hak rakyat, yang
dikira ialah untuk dapat projek," jelasnya.
Katanya, kerajaan negeri tidak menghalang projek pendidikan kerana suatu
yang perlu, tetapi tidak mahu menjejaskan kepentingan orang ramai.
"Kita membenarkan pengambilan tanah kebun getah dan tuan tanah merelakan
untuk dibina sekolah itu. Yang kita ambil kira ialah tanah-tanah milik yang
menjadi masalah," ujarnya.
Menurutnya, pihak pentadbiran tanah mengetahui di mana ada
kontraktor-kontraktor ter! babit yang sudah mendapat projek tetapi belum
ditentukan tanahnya tetapi mereka (kontraktor) menandakan begitu sahaja
tanah tertentu dengan sewang-wenangnya.
"Kita halang kerana rakyat sendiri tidak senang. Walaupun kita tahu hak
kerajaan pusat yang mempunyai kuasa begitu luas berdasarkan pindaan kanun
tanah negara beberapa tahun lalu, di mana kerajaan pusat boleh mengambil
tanah yang difikirkan untuk kepentingan dan perlu oleh kerajaan pusat,"
katanya.
Namun demikian, jelasnya kerajaan negeri boleh memberi pandangan dalam
perkara yang berkait dengan masalah teknikal.
"Saya ada dapat maklumat kenyataan pemimpin Umno yang mahu projek sekolah
tidak mengambil tanah-tanah kerajaan, bimbang kerajaan negeri akan mempunyai
sumber kewangan," ujarnya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke