*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Subject: Selamat Hari Kemerdekaan?
>
>
>
>
> Assalamu ‘alaikum dan Salam Sejahtera,
> Selamat menyambut Ulang tahun Hari Kemerdekaan. Hayatilah rintihan di
bawah
> dengan keshahduan, semuga kita dapat mempelajari sesuatu.
> Saya terima dari seorang kawan, lalu saya edarkan kepada rakan sekelian,
> semuga persahabatan terus berkekalan.
> Usah kita tanya siapa itu kawan yang memulakan, usah kita tanya dari
sumber
> mana ianya dimulakan, usah kita tanya di bawah kawalan apa ianya
dinukilkan.
> Yang pentingnya, apakah hasrat yang cuba disampaikan, apakah mesej yang
nak
> dikhabarkan, apakah peringatan yang nak dihamburkan.
> Sayu terasa menyesak dada, hiba amat jiwa tersiksa, pilu sungguh mengenang
> nasibnya bangsa
> …. Yunus
>
> Epik Duka Sekepal Tanah
> Mengikut baris-baris tawarikh
> Tanah ini asalnya maha luas – maha gagah – maha kaya
> Dari kaki langit ke kaki langit
> Berdakap darat ke darat berpeluk laut ke laut
> Berjalan pergi tujuh keturunan
> Berpatah pulang tujuh keturunan
> Jika digali batu di gunung yang dapat adalah permata
> Jika ditanam pohon di lembah yang tumbuh adalah emas
> Jika diceduk air di sungai yang teguk adalah madu
> Di dalamnya hidup rukun pustaka
> Bangsawan asal dari kayangan
> Pahlawan gagah dan pedagang kaya
> Juga rakyat darah biasa
> Berhubung tulis dalam Jawi, tutur dalam Melayu
> Maka dipanggil sekelian alam akan ini Tanah Melayu
> sekarang ini
> cuma tinggal sekepal saja
> itupun terbahagi / terbelah / tercerai di mana-mana
> jika dipandang ke depan yang ada gedung batu penuh gila
> jika ditoleh ke belakang yang ada jentera enjin penuh sewel
> gunung permata telah diperkosa dan dipaksa menjadi pelacur kilang
> lembah emas telah diteroka, dibinasa dan dibangunkan kota celaka
> sungai madu dicemar dan menjadi longkang berkumpul segala tahi selepas
berak
> di dalamnya lumrah kisah sengsara dan mati tidak lagi menjadi ngeri
> orang-orang alim yang baik difitnah dan disumbat ke penjara
> orang-orang bijak yang adil dihina dan dibuang entah ke mana
> rakyat ditipu, ditindas, disepak, dihalau dan dijadikan fakir hina
> maka tidak ada apa-apa lagi
> kecuali mereka -para tengkorak-tengkorak buruk yang pernah mencabar
> kesamsengan Tuhan
> belum habis-habis sibuknya bersidang bagaimana cara
> tanah sekepal ini akan dibahagi-bahagikan sesama mereka
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Ahmad Tajuddin" <[EMAIL PROTECTED]>