Awas api perkauman di Pulau Pinang
Thursday, August 29 @ 10:46:34 MYT
PULAU PINANG, 29 Ogos (Hrkh) - PAS Pulau Pinang beranggapan ada pihak
tertentu sengaja mencetuskan suasana tidak baik dengan harapan mendapat
semula sokongan orang Melayu bagi menghadapi pilihanraya umum ke 11.
Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Hamdan Abdul Rahman dalam kenyataan akhbarnya
di Pejabat Buletin PAS Negeri (Al-Falah) menambah:
"Pihak tertentu sengaja mencetuskan suasana yang tidak harmoni dengan niat
mereka boleh terus memegang tampuk pemerintah. Lagipun, cara ini merupakan
jalan terbaik menghimpun Melayu agar bersatu semula, " terangnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan-kenyataan kekesalan
tentang kemunduran orang Melayu Pulau Pinang yang dibuat pemimpin Umno sejak
kebelakangan ini.
Hadir sama dalam sidang akhbar berkenaan ialah Ketua Peneranga! n PAS Negeri,
Zulkifly Mohd Lazim, Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri, Ustaz Saleh Man,
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Azizi Ayub, Setiausaha Dewan Pemuda,
Anuar Abdul Hamid dan Ketua Penerangan Pemuda Negeri, Hafiz Nordin.
Kenyataan dua muka surat itu menyebut, PAS melihat pihak tertentu
menggunakan isu perkauman untuk mengancam dan mengwujudkan satu ancaman
terhadap masyarakat dan persatuan Cina.
Ia dibuat setelah mereka tidak menunjukkan sikap menyokong Umno malah
parti-parti Cina dalam Barisan Nasional (BN) tidak menunjukkan pendirian
yang jelas samada menyokong atau tidak penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata
pelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan.
Bantahan ini ditujukan khasnya kepada Gerakan yang menerajui Kerajaan Negeri
Pulau Pinang sekarang ini.
Bagi PAS Pulau Pinang, fenomena kemunduran Melayu dalam arus pembangunan
adalah perbuatan parti yang mendakwa tulang belakang Melayu yang diamanahkan
mengu! asai pemerintahan.
Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang malahan di serata negeri
yang dikuasai oleh parti sempit itu.
"Keadaan ini cuba dibangkitkan hasil daripada politik sempit yang penuh
dengan kroni serta korup seperti sanggup menyenarai hitamkan kontraktor,
usahawan bumiputra, pemohon perumahan kos rendah, merampas royalti minyak di
Trengganu, menyekat saluran pembangunan di Kelantan dan sebagainya, " tegas
Hamdan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir dalam
kenyataannya itu.
Sehubungan itu, katanya, PAS merayu semua rakyat mengambil penyelesaian
secara Islam dengan menolak fahaman asobiyah yang sempit dan bercanggah
dengan syariat Islam dan terikut-ikut dengan tiupan angin perkauman.
Katanya, PAS Pulau Pinang tahu ianya adalah agenda pihak tertentu sebagai
taktik untuk berhadapan dengan pilihanraya umum akan datang walaupun
terpaksa mengadai perpaduan kaum di Pulau Pinang.
"Golongan berkenaan! langsung tidak memikirkan ketegangan akan berlaku
sekiranya mereka masih meniup angin perkauman.
"Apa yang mereka inginkan ialah kemenangan walaupun terpaksa mengadai
perpaduan kaum di pulau ini, " jelas Hamdan.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
