Hamid akhirnya mengaku juga
Oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
PAS tidak pernah membincangkan isu berkaitan agama secara keterlaluan
sehingga mengelirukan masyarakat. Entah bagaimana Tan Sri Dr Abdul Hamid
boleh berilham dengan dakwaan seperti yang dilaporkan dalam akhbar Berita
Harian pada 21 Ogos 2002.
Ini biasa. Kita perlu jujur di sini? Siapa yang membuat eksploitasi dengan
mengambil klip video mengenai kuliah saya dalam TV dan diulang-ulang tayang,
jika tidak TV Malaysia. Daripada sesuatu yang biasa ia disengajakan untuk
menjadi seolah-seolah satu kekeliruan.
Siapa yang mulakan? Mustahil di luar pengetahuan Tan Sri Dr Abdul Hamid!
Klip video ini berniat serong sejak awal. Ia cuma mahu menimbulkan fitnah.
Ia dimulakan oleh Umno.
Perkara ilmu yang begitu biasa telah digemparkan. 'Bola tanggung' yang
dilambung kemudian siap untuk 'disma! sh' dalam skrip yang telah siap
disediakan. Ia menjadi bagai api malam yang liar membakar.
Apabila saya teliti gesaan Abdul Hamid supaya saya bertaubat, tahulah saya
yang ini sebenarnya yang melampau dan keterlaluan. Abdul Hamid jelas
keterlaluan dan bukan saya.
Beliau meminta saya bertaubat kerana kira-kiranya saya telah melakukan satu
dosa besar, kalaupun tidak murtad untuk menyamakan sifat Allah dengan
makhluk. (Lihat Berita Harian 2 Ogos 2002).
Apabila saya serius dan menjelaskan dasar ilmu yang membolehkan saya
mengatakan demikian lalu saya memberi kata dua kepada Abdul Hamid sama ada
mengaku bersalah secara terbuka atau bersedia menghadapi tindakan
undang-undang (Lihat Berita Harian Selasa 20 Ogos 2002) beliau mulai kendur.
Beliau mula mengaku bahawa memang "... ada sifat manusia yang sama dengan
Allah" (Lihat Berita Harian 21 Ogos 2002).
Ini apa? Siapa yang patut bertaubat? Walaupun Abdul Hamid menggunakan
perkataan 'tetapi! ', saya pun menggunakan perkataan "tetapi". Soalnya kenapa
beliau tergopoh-gopoh dan terlalu cepat sangat menuduh saya terpesong akidah
dan menyuruh saya bertaubat?
Ertinya di sini, Abdul Hamid telah mengaku bersalah. Beliau telah memfitnah
kebenaran ilmu yang sekaligus menimbulkan fitnah pula terhadap saya. Maka
terbongkarlah sebuah kepalsuan.
Lojiknya, klip itu sudah tidak ada asas lagi untuk disiarkan. Jika ia tetap
keluar maka ia keterlaluan walau pun sudah terbukti tiada isu.
Dikeluarkan juga bermakna cuba mengelirukan perkara asal yang tidak
mengelirukan. Di sini, siapa yang keterlaluan, PAS atau Umno? Selaras dengan
exploitasi media ini, rakyat sesungguhnya tidak faham bagaimana boleh Umno
menyalahgunakan TV dan radio dengan begitu berterang-terangan.
Kenapa dalam soal memfitnah pembangkang, Umno begitu ghairah?. Saya
sepatutnya diberi ruang yang mencukupi untuk menjawab dalam TV.
Kini, Abdul Hamid ternyata mengaku salah. Jang! anlah rakyat boleh sampai
menyimpulkan yang Umno hanya bersilat seorang.
Melompat, menepis, menerkam, menghunus dan menikam lawan dalam kedaan yang
terikat. Berilah peluang yang sama untuk kami menjawab di TV. Jangan main
klip-klip.
Patutlah orang ramai sudah naik berbulu dan meluat melihat gelagat pemimpin
Umno. Gaji semua pegawai Kementerian Penerangan dibayar oleh wang rakyat,
tiba-tiba mereka dipaksa untuk membuat kerja-kerja Umno untuk mengkhianati
pembangkang.
Jika betul-betul "gentleman", gunakan saluran parti; laman web Umno, akhbar
Umno dan jentera Umno.
Ini salahgunakan pegawai kerajaan untuk membuat kerja-kerja Umno setelah
Umno sendiri sudah tidak berdaya. Umno sudah mewakili pendapat minoriti.
Percayalah.
Berbalik kita kepada perkara sifat Allah, apa sahaja sifat Allah S.W.T. ada
terpancar kepada makhluk. Umpama matahari dan bulan.
Bulan pun bercahaya seperti matahari, tetapi cahaya dari bulan cuma percikan
dari! sinar matahari. Cermin yang berkilau di tengah hari adalah pantulan
dari cahaya matahari.
Ini ilmu. Ini analogi mudah untuk memahami nisbah sifat Allah S.W.T. yang
serba kamalat dan bertaraf asli (lizaa tih) secara berbanding dengan makhluk
yang bertaraf lighai rih.
PAS berhujah bahawa dunia ini; bumi, langit dan alam sekitar adalah ciptaan
Allah. Kita hanya menumpang. Bukan ciptaan Amerika, Rusia atau hak pusaka
Malaysia.
Kita hanya menumpang sahaja. Lojiknya manusia perlu patuh kepada disiplin
yang dikenakan oleh pencipta yang menjadi pemiliknya. Adakah ini keterlaluan
atau itulah lojiknya? (Hak Allah segala-gala apa yang ada di langit dan di
bumi : Sebahagian dari maksud Ayat Kursi).
Anda menumpang kapalterbang sebuah syarikat. Anda menumpang bilik hotel,
anda menumpang makan di sebuah restoran, anda menumpang belajar di sebuah
institusi.
Adakah anda boleh melanggar peraturan atau disiplin yang dikenakan? Itulah
sahaja yang! PAS kempen dan dakwahkan kepada masyarakat. Kempen itulah juga
yang digunakan oleh para Rasul dan Anbia zaman berzaman sampai kiamat.
Keadaan dakwah seperti itu tidak terdapat dalam Umno. Patutlah 70% orang
Melayu di mana-mana terutama golongan terpelajar kini telah menerima BA
dalam pilihan raya 1999.
Peratus ini dijangka terus bertambah melebihi 80% dalam pilihan raya yang
akan datang, InsyaAllah. Ini kerana mereka dapat menerima hujah-hujah
kebenaran dari PAS dan BA tanpa kekeliruan.
Abdul Hamid selaku penasihat kepada Yang Amat Berhormat PM perlu berfikiran
secara realistik. Islam adalah realiti dan fitrah.
Sebarang penjelasan yang berdolak dalik akan memakan diri sendiri. Umpamanya
dalam kes 'samseng' ini, sekali kata Tuhan tidak boleh menyamai sifat
makhluk, dan sekali pula kata "ada sifat manusia yang sama dengan sifat
Allah".
Masalah kami dituduh ketinggalan dalam perlumbaan adalah tidak berasas.
Pertama, di negeri Kelant! an dan Terenganu, pembangunan tetap berjalan
lancar.
Pembangunan Kelantan diurus oleh kerajaan Pusat, negeri dan swasta. Abdul
Hamid ni nampaknya tidak tahu pun apa yang Kerajaan Pusat buat di Kelantan.
Dalam bidang pendidikan misalnya, Kelantan sendiri telah membelanjakan
kira-kira RM30 juta setahun untuk menyiapkan pelbagai projek bagi penyediaan
tapak pembangunan insan (Tauhid, Feqah dan Akhlak), di samping membuka
kelas-kelas baru.
Kini, semakin bertambah bidang-bidang sains tulin di sekolah-sekolah agama
di bawah kendalian kerajaan Negeri.
Kita juga telah berjaya mengirim lepasan pelajar kita ke pusat-pusat
pengajian tinggi di dalam dan di luar negeri dalam angka pencapaian seperti
berikut:
Terdapat sejumlah 92 buah sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik)
dengan jumlah pelajar seramai 40,066 orang. Dari tahun 1995 - 2000 jumlah
pelajar yang berjaya memasuki universiti dalam dan luar negeri adalah
seramai 1,797 orang.!
Dari segi Maahad Tahfiz pula, Yik telah berjaya melahirkan 80 tahfiz dalam
tempoh dua tahun 1999 - 2001.
Dari segi pencapaian akademik, rekod menunjukkan di tahun 2000, peratus yang
mendapat tahap cemerlang A mengikut jenis peperiksaan adalah seperti
berikut:
STPM - 89.31% STU - 67.14% SPM - 95.54% SMU - 66.47% PMR - 42.94%
Ini usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri. Usaha kerajaan Persekutuan
yang sering disebutkan berbilion-bilion ringgit turut perlu difahami oleh
Abdul Hamid sebagai satu lagi punca yang sedang membangunkan negeri
Kelantan.
Ini termasuk projek-projek jalan, elektrik, air dan taman-taman rekreasi.
Jangan-jangan Abdul Hamid tidak faham apa yang sedang berlaku. Ini belum
lagi dicampur dengan input pelaburan pihak swasta yang membangunkan negeri
ini.
Kelantan yakin tidak lama lagi ahli politik, korporat dan profesional akan
terdiri daripada huffaz Al-Quran yang beriman kukuh dengan enam Rukun Iman.
Di keti! ka itu nanti, akan berkuranglah kes-kes rasuah, salahguna kuasa,
zina, mabuk, menolak hukum Allah, menahan rakyat tanpa bicara dan
mengkhianati wang orang ramai untuk projek-projek membazir.
Apa pun juga, saya masih ucapkan tahniah kepada Tan Sri Dr Abdul Hamid
kerana bersedia mengaku salah. Sikap terbuka dan sedia mengakui kesilapan
adalah terpuji.
Bagaimanapun, ia terlalu lewat sesudah membiarkan media seluruh negara
mengkhianati dan mencabul kehormatan saya sebegitu lama. Mungkinlah ini yang
dikatakan orang, bentuk nasib malang kebenaran di dunia akhir zaman.
<>
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
