Pelabur Saudi keluarkan RM7.6 bilion dari USA
Monday, September 02 @ 12:12:44 MYT


Oleh Salman Al Munziri
KAHERAH, 2 Sept (Hrkh) - Majalah Financial Times yang diterbitkan di London
baru-baru ini mendedahkan tindakan nekad pelabur-pelabur daripada Arab Saudi
mengeluarkan wang mereka bernilai USD 200 bilion (RM 7.6 bilion) di Amerika
Syarikat.

Jumlah berkenaan adalah sangat besar memandangkan jumlah pelaburan jutawan
Arab Saudi di Amerika dianggarkan antara USD400 bilion - USD600 bilion.
Penarikan balik pelaburan dan simpanan berkenaan menyebabkan nilai dolar
semakin goyah akhir-akhir ini.
Para pelabur ini bimbang kerajaan Amerika Syarikat mungkin akan membekukan
sebarang simpanan wang milik umat Islam dan masyarakat Arab di negara itu.
Ia juga adalah sebagai tindak balas mereka terhadap kesungguhan negara itu
untuk menyerang Iraq.
15! Ogos lalu, 600 orang waris mangsa runtuhan bangunan Pusat Dagangan Dunia
(WTC) membuat pendakwaan ke atas Sudan, tiga ahli keluarga diraja Arab
Saudi, tujuh institusi kewangan antarabangsa, lapan pertubuhan kebajikan
Islam dan beberapa pihak lain yang didakwa sebagai memberikan sumbangan
secara rahsia kepada Al-Qaeda.
Tiga ahli keluarga diraja Arab Saudi itu ialah Menteri Pertahanan dan
Penerbangan, Putera Sultan bin Abdul Aziz, bekas Ketua Perisikan, Putera
Turki Al Faisal dan adiknya, Pengerusi Bank Islam Faisal (FIB), Putera
Muhammad Al Faisal.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi yang
diwawancara menerusi stesen TV BBC menegaskan bahawa beliau enggan menarik
balik pelaburannya di Amerika.
Beliau ialah Putera Al Walid bin Talal, orang kesebelas terkaya di dunia
dengan anggaran hartanya bernilai 20 bilion dolar (RM 67 bilion). 15 bilion
dolar darinya disimpan di Amerika Syarikat.
Al Walid juga m! emiliki sebuah hotel mewah di Paris yang dikenali sebagai
Hotel King George Ke Lima. Beliau turut mempunyai saham yang besar dalam
American Online Time Worens dan beberapa buah kumpulan hotel antarabangsa.
Sementara itu di Kaherah, jurucakap rasmi kedutaan Arab Saudi menafikan
khabar angin yang mengatakan bahawa Raja Fahad bin Abdul Aziz telah
meninggal dunia.
Khabar angin yang disebarkan baru-baru ini mengatakan bahawa beliau telah
menghembuskan nafasnya yang terakhir Ahad lalu dan adindanya, Putera
Abdullah bin Abdul Aziz mengambil alih tampuk pemerintahan.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke