Tidak puas hati boleh bawa ke mahkamah: Mustafa Ali
Monday, September 02 @ 14:49:59 MYT


Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Hrkh) - Pengerusi Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat,
Dato' Mustafa Ali berkata, sekiranya Umno Kedah tidak berpuas hati dengan
keputusan pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Anak Bukit,
mereka boleh kemukakan kes tersebut ke mahkamah.

Menurutnya, adalah tidak wajar Umno meminta Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Dato' Rais Yatim meneliti undang-undang mengenai kemenangan PAS
pada pilihan raya yang diadakan 18 Julai lalu.
Malah, katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengesahkan kemenangan
PAS di Dun Anak Bukit.
"Umno boleh kemukakan bantahan tersebut kepada SPR sebagaimana diperuntukan
oleh Akta Pilihan Raya dan orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan
boleh membawa kes tersebut kepada mahk! amah," katanya ketika diminta mengulas
gesaan Umno Kedah kepada Rais supaya meneliti undang-undang sama ada
kemenangan PAS di Anak Bukit sah ataupun tidak.
Berhubung kes itu, katanya, mereka boleh menamakan siapa saja terlibat
termasuk SPR yang diberi tanggungjawab mengendalikan pilihan raya tersebut.
Bagaimanapun katanya, kerajaan tidak boleh campur tangan mengenai keputusan
sesuatu pilihan raya.
"Ini adalah tangungjawab SPR, dan kalau tak puas hati mereka boleh membawa
perkara ini ke mahkamah," katanya.
Sementara itu, Umno Kedah meminta Rais, membuat penelitian undang-undang
bagi memastikan sama ada kemenangan PAS di Dun Anak Bukit sah ataupun tidak.
Selain itu, Mustafa juga menyifatkan tindakan Umno mendakwa PAS mengarah
penyokongnya melakukan kerja pemindahan senarai pemilih bagi membolehkan
parti itu menawan Kedah adalah karut.
"Kerja-kerja memeriksa dan mengesahkan senarai nama pengundi adalah tugas
SPR, bukannya pembangkang! dan bagi PAS isu pengundi hantu yang dibangkitkan
oleh Umno ini dilihat untuk menutup malu di atas kekalahan di Dun Anak
Bukit," katanya sambil menafikan dakwaan tersebut.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke