Oleh Khairul Azlam Mohmad
KUALA TERENGGANU, 5 Sept (Hrkh) - Pemangku Presiden PAS, Dato' Seri Tuan
Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa wujudnya pengundi import iaitu
pemilih yang dibawa dari kawasan lain dimulakan oleh Barisan Nasional (BN).

Katanya, daripada kajian yang dilakukan oleh PAS selama ini mendapati
pengundi import adalah daripada amalan yang dimulakan oleh Barisan Nasional
dengan mengimport pengundi-pengundi luar sejak beberapa tahun yang lalu.
Ini, tambahnya, berdasarkan kepada culaan yang dibuat oleh bahagian pilihan
raya PAS banyak pengundi yang tidak dikenali di sesuatu kawasan.
"Memang berlaku bahawa kadang-kadang terdapat nombor kad pengenalan yang
bertindih, yang menunjukkan bahawa di sana ada pihak yang menyediakan kad
pengenalan itu untuk membolehkan mereka mengundi di kawasan-kawasan
tertentu.
"Ini memang pernah dikesan ! dan memanglah dalam hal ini, kita sebagai
pembangkang tak mampu nak mengendalikan perkara ini, kita sebagai sebuah
parti pembangkang tidak mempunyai alat-alat yang canggih," ujarnya yang juga
Menteri Besar Terengganu kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat
Exco, di sini, hari ini.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini
berhubung kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendedahkan
Terengganu, Kelantan, Kedah dan Pahang paling banyak terdapat pengundi
import.
Beliau berkata, biasanya BN menumpukan kepada kawasan-kawasan yang mereka
jangka mengalami kekalahan dalam pilihan raya dengan membawa masuk pengundi
import.
Apa yang mendukacitakan, katanya tindakan yang dilakukan oleh BN itu ialah
dengan menggunakan jentera-jentera kerajaan bagi menjamin kemenangan mereka
dalam pilihan raya sehingga menghalang proses demokrasi yang tepat dalam
negara ini.
Tegasnya, PAS mempunyai bukti bahawa pen! gundi import dilakukan oleh BN
termasuk bagi kawasan Parlimen Marang yang tidak banyak t pengundi dari
India, Bangladesh dan Burma tetapi dalam beberapa kali pilihan raya didapati
pengundi-pengundi dari kalangan bukan Melayu yang dipercayai pengundi
import.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menolak sama sekali
tuduhan pemimpin Umno bahawa PAS membawa pengundi import.
"Sebab dalam pilihan raya tahun 1986, 1990, kita mempunyai bukti terdapat
pekerja beberapa buah kilang di Pekan, Pahang telah dibawa ke Marang oleh BN
dan beberapa pengundi dari Johor dan Selangor dari masyarakat India dan
bukan Islam, yang dikenalpasti bukan penduduk tempatan.
"Ini menandakan kebodohan mereka dalam membawa masuk pengundi ini. Sudahlah
mereka melakukan kerja yang tidak betul, bahkan tidak bijak," ujarnya.
Katanya, perkara itu diserahkan kepada Jabatan Pilihan Raya PAS untuk
membuat penyelidikan dari semasa ke semasa, tetapi pada masa-! masa yang lalu
mereka tumpukan kepada kawasan-kawasan yang dimenangi oleh PAS dalam pilihan
raya sebelum ini.
"Kita mahu kemenangan seberapa cara yang bersih, tetapi kita mahu kerajaan
Barisan Nasional menunjukkan cara yang lebih bersih," katanya.
Beliau berkata, kemenangan PAS dalam pilihan raya adalah berdasarkan kepada
pemilihan yang dilakukan di kawasan itu sahaja dengan kesedaran mereka
sendiri.
Sehubungan itu, katanya PAS mahu supaya SPR mestilah bersikap terbuka dan
telus, di samping mengadakan perbincangan dengan parti-parti politik secara
jujur dan telus yang menepati sistem demokrasi yang sebenarnya.
Tambahnya, pandangan semua parti dalam perkara itu hendaklah diambil kira
oleh SPR.
"Kita pernah buat laporan. Kita akan kaji dari masa ke semasa. Setiap tahun
di musim pilihan raya kita mendapat pelbagai maklumat baru dan tipu helah
baru yang dibuat oleh BN," ujarnya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-ob! ject name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke