Umno Kelantan hina Dr Mahathir
Saturday, September 07 @ 13:21:10 MYT
KOTA BHARU, 7 Sept (Hrkh) �Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz
Nik Mat menyifatkan Umno Kelantan menghina Presiden Umno, Dato� Seri Dr
Mahathir Mohamad apabila menolak cadangan beliau agar Umno dan orang Melayu
membuang �tongkat jika ingin maju.�.
�Dr Mahathir telah menggesa supaya tongkat orang Melayu dibuang untuk
melihat mereka berdikari. Dalam hal ini Umno Kelantan tidak habis-habis mahu
bersandar dan ditongkat.
�Kali ini Umno Kelantan mahu bersandar dengan tongkat Maik atau mengheret
campurtangan Sultan Kelantan.Saya mahu melihat ilmu orang Umno itu sendiri
dalam isu ini,� kata Nik Aziz.
Beliau mengulas cadangan Umno Kelantan agar Mufti Kelantan mengeluarkan
fatwa berhubung dengan isu Tuhan samseng dan mengaitkan istana Kelantan
dengannya.
�Hentikanlah sikap bersandar, bertongkat dan cuba berselindung di belakang
pihak lain. Keluar daripada lubang persembunyian dan tunjukkan pegangan dan
pendirian di atas isu yang berkaitan,� kata Tuan Guru Nik Aziz.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
