RTM agensi kerajaan paling ketinggalan
Saturday, September 07 @ 16:36:51 MYT
KOTA BHARU, 7 Sept (Hrkh) � RTM kini dianggap agensi kerajaan paling
ketinggalan kerana membiarkan badan itu dipergunakan oleh Umno untuk
menghentam pembangkang sewenang-wenangnya.
Menteri Besar Terengganu, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata,
agenda terbaru RTM menyiarkan dokomentari �Kelantan Dalam Gerhana�
seolah-olah menggambarkan media itu jauh ketinggalan.
Katanya, kemenangan yang dicapai PAS di Terengganu adalah secara tidak
langsung kerana tempias pengaruh PAS yang bertapak di Kelantan sejak 1990.
�Oleh itu, kita tidak pedulikan apa sekali pun orang kata, kerana kita sudah
tunaikan apa yang disuruh oleh Allah Taala,� ujarnya pada ceramah di Putik,
malam tadi.
Hadir sama, anggota parlimen Kubang Kerian, Haji Husam Musa dan Adun Anak
Bukit, Ir Amiruddin Hamzah.
Dokumentari �Kelantan Dalam Gundah� kini ditayang melalui RTM 1 termasuk
melalui slot-slot berita perdana dan jam 6 petang, memaparkan pelbagai
berita negetif mengenai Kelantan.
RTM mewawancara penduduk miskin di beberapa kampung bagi mengkritik kerajaan
PAS serta wakil rakyat.
�Kita tidak hiraukan kerja mereka yang menampakkan kebodohan,� ujarnya.
Beliau juga berkata, Umno membuat perhitungan yang silap apabila berpendapat
kekuatan PAS turut bergantung kepada kebendaan.
Menurutnya, keadaan itu terbukti apabila Umno cuba melambat-lambatkan
pemberian geran wajib kepada kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu serta
menarik royalti petroleum.
Bagaimanapun katanya, usaha yang dilakukan tersebut tidak berjaya mengekang
pengaruh PAS.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
