*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Untuk pengetahuan sahabat sekelian, sebenarnya PAS sekarang sudah TIDAK 
RELEVANT lagi.  Kenapa saya kata bagitu:

(SATU)
PAS awal-awal lagi telah GAGAL dalam UJIAN ALLAH. PAS berkeinginan nak 
wujudkan negara Islam Madinah Kedua. Tahu dan faham kah anda, bahawa semasa 
Rasulullah menubuhkan negara Islam Madinah dahulu, berlaku Perang Khandak. 
Ia bermaksud perang parit atau sekatan. Adakah Rasulullah nak saman, nak 
kutuk dan nak memburuk-burukan puak yang menentang dan yang buat sekatan.  
Jawapannya tidak, sebaliknya Rasulullah berusaha bagaimana mengatasinya.

Jadi, sebenarnya Allah beri kepada PAS dua negeri Kelantan dan Trengganu 
sebagai ujian tersebut.  Nak uji bagaimana dan samada PAS mampu mengatasi 
ujian dengan berhikmah. Jawapannya gagal. Kalau di beri negeri yang kecil 
pun gagal, bagaimana nak beri sebuah negara yang besar. Bila beri negara, 
ujian lagi amat besar.  Tak kan nak marah, nak saman, nak kutuk Amerika 
pula, sedangkan sudah menjadi lumrah musuh bagitu.

(DUA)
Tahu dan fahami lah bahawa Pilihanraya Umum sudah berakhir.  Tapi PAS maseh 
dengan angan-angan Mat Jenin, konon nak tegakkan negara Islam melalui 
pilihanraya.  Contoh dah ada, tapi PAS (bersama Ustaz dan Tok Guru), maseh 
buat tak faham juga. Algeria - gagal. Turki - gagal. Semua nak salahkan 
pemerintah, sedangkan diri sendiri salah, tidak berkualiti, tak nampak pun. 
Kalau diri ahli, diri barisan kepimpinan PAS tidak berkualiti, macamana 
Allah nak tolong. Dua negeri yang Allah beri itu sekadar nak uji saja.
Pelbagai tanda dah Allah beri, dah Allah tunjuk, tapi orang-orang PAS maseh 
tak nampak lagi. Lain kali, cuba-cuba lah study, kaji, baca dan teliti. 
Jangan sampai macam Katak di Bawah Tempurung je.  Dunia anda saja tahu, 
dunia luar tak tahu. Sekarang ni dunia global.  Kenalah jadi Ustaz, Tok Guru 
dan pengikut yang global juga. Lain kali, betulkan kandungan Harakah tu, 
lebih 80% membicarakan hal rumahtangga orang lain, cari salah orang lain.  
Patutnya 90% bicarakan hal rumahtangga sendiri.

(TIGA)
Tahu dan fahamkah anda, wahai ahli PAS sekelian.  Dalam PAS kini dah ada DUA 
PILOT (KETUA). Apa akan jadi kalau rumah tangga ada dua ketua.  Apa akan 
jadi kalau syarikat ada dua pengerusi.  Apa akan jadi kalau kapal atau jet 
fighter ada dua pilot. Apa akan jadi kalau negara ada dua PM. Anda fikirlah 
sendiri.

PELIK TAPI BENAR !

Sekian.



>From: "Ujang 123" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Pelik tapi Benar (2)
>Date: Mon, 16 Sep 2002 06:08:27 +0000
>
>>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum.
>
>Kita dapat lihat selepas pilihanraya yang lepas dimana PAS telah dapat 
>menawan Terengganu dengan pukulan yang terlalu teruk bagi BN menerima nya.
>Selepas pada itu maka Royalti minyak telah diberhentikan oleh Kerajaan 
>Pusat kepada kerajaan Negeri Terengganu.
>Sebaliknya ia telah digantikan dengan wang ehsan dimana dikendalikan 
>sendiri oleh kerajaan Pusat.
>
>Senario Pelik tapi Benar (2) ialah
>
>dimana MB Terengganu TG Haji Abd Hadi Awang mengaku bahawa dengan ketiadaan 
>(Penangguhan) wang Royalti yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri 
>merupakan satu Hikmah dan Rahmat kerana rakyat lebih menerima peningkatan 
>rohani yang lebih penting dari wang ringgit.
>
>p/s Benarlah jika wang dan ringgit melimpah ruah akan tetapi miskin pula 
>dari segi kerohanian maka kehidupan kita akan sia.
>Kaya sebenarnya ialah kaya hati.....bukan kerana banyak harta benda.
>
>**UJANG**
>



_________________________________________________________________
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Aila Natra" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke