*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
As-Salamualaikum !
Berikut adalah apa yg dikatakan oleh Imam An Nawawi, dan saya telah
meminta sahabatku seorang ahli ilmu menerangkan kalam Imam An Nawawi yg
diterjemah ke English itu. Semoga bermanfaat.
Imam Nawawi (d. 676) said in al-Majmu� Sharh al-muhadhdhab: "It is said:
We believe that the Merciful is established over the Throne, and we do not
know the reality of the meaning of this nor what is meant by it (la na`lamu
haqiqata mi`na dhalika wa al-murada bihi), while we do believe that "There
is nothing like Him whatsoever" and that He is exalted far above the most
elevated of created things. That is the way of the Salaf or at least their
vast majority, and it is the safest because one is not required to probe
into such matters.� (Nawawi, al-Majmu` 1:25.)
Kalau anta free, ana minta anta perjelaskan apa yg dimaksudkan oleh Imam
Nawawi dlm terjemahan English di atas. Khasnya...He is exalted far above the
most elevated of created things.
Maksudnya : Ta'ala llah - tertinggi Dia melebihi ketinggian makhluq pada
ertikata ketinggian darjat bukan ketinggian fizikal.
That is the way of the Salaf or at least their vast majority....
Maksudnya : Inilah jalan yang dipilih oleh Salaf apabila tiada keperluan
untuk dita'wilkan sesuatu itu. Imam Nawawi ada menambah lagi dalam al-Majmu'
: " walaubagaimanapun apabila ada keperluan untuk menta'wil untuk menolak
hujjah para pembid'ah atau lainnya, maka para Salaf akan menggunakan ta'wil.
Inilah fahaman yang sahih yang telah kami (Imam Nawawi) dapati dari para
ulama'."
Dalam Sharh Sahih Muslim pula, Imam Nawawi kerapkali menunjukkan bahawa para
Salaf memberi ta'wil pada sifat Tuhan apabila terdapat keperluan pada masa
dan ketika itu.
(la na`lamu haqiqata mi`na dhalika wa al-murada bihi)
Reply : Kata-kata inipun sudah menunjukkan ta'wil iaitu ta'wil ijmali.
Kalau diperhatikan qaedah bahasa Arab : "Al-aslu fil kalam al-haqiqah"
ertinya : Asal makna sesuatu perkataan hendaklah di ambil makna haqiqatnya.
Haqiqat di sini maksudnya ialah makna zahir sesuatu perkataan itu yang
difahami atau yang diistilahkan dari segi penggunaan bahasa dalam sesuatu
bahasa itu.
Jadi kalau kita ambil contoh, "tangan Allah atas tangan mereka". Sekiranya
kita ambil makna haqiqat (zahir) maka makna tangan ini ialah " suatu anggota
yang bersambung dengan bahu etc." (sila rujuk kamus Arab). Dan ini mustahil
kerana Allah tidak bersifat serupa dengan makhluq. Maka wajib dipalingkan
dari makna zahir kepada makna lain.
Maka kalam Imam Nawawi (dan para salaf lain) itu sendiri telah memalingkan
makna "tangan" dari makna asal kepada makna lain, cuma mereka tidak
menyatakan makna lain itu apa, cuma mereka berkata : "kami tidak mengetahui
haqiqat kalimah "tangan" itu dan apa yang dikehendaki maksudnya oleh Allah".
Ini namanya "ta'wil ijmali" iaitu memalingkan makna sesuatu perkataan dari
makna zahir kepada makna lain secara ringakas. Jadi dalam masalah ini salaf
memalingkan makna "tangan (atau seumpamanya)" kepada "tak tahu makna" ya'ni
mereka bertawaqquf dari meletakkan makna dan menyerahkan kepada Allah. Yang
pentingnya mereka tidak mengambil makna zahir kalimah itu.
Berbeza dengan Wahabi mereka mengatakan "Tuhan mempunyai tangan tetapi yang
selayak bagiNya". Ini sudah tasybih kerana mengitsbatkn tangan ada bagi
Tuhan tetapi hanya Tuhan sahaja mengetahui camana rupanya tangan itu. Yakni
mereka mengambil makna zahir kemudian dipalingkan bagi yang selayaknya bagi
Tuhan. Jadi jalan ini memberi waham bhawa wujud tangan bagi Tuhan.
Kalau kita teliti pihak Salaf, mereka langsung menolak pengetahuan tentang
makna kalimah "tangan" itu. Jadi ringkasnya pada salaf apa yang Allah
maksudkan dengan "yadun' itu, mereka jawab : Tak tahu.
Berbeza dengan Wahabi, mereka jawab : Makna yadun itu tangan, Tuhan
mempunyai tangan, tapi yang selayak bagi Tuhan.
Kan beza di antara Salaf dengan Wahabi. Jadi kalau Wahabi dakwa depa serupa
Salaf, amat jauhlah panggang dari api.
Manakala khalaf pula meta'wilkan secara tafsili (detail). Yakni menanggung
makna "tangan" itu kepada makna yang sesuai padaNya dalam Bahasa Arab. Jadi
tangan ditanggungkan makna qudrat dan ini memanglah bersesuaian dengan sifat
Allah yang Maha Kuasa.
Dalam bahasa Arab ada 6 atau 16 makna bagi "yadun". Satu makna zahir dan
yang lainnya makna majazi (metaphorical).
Dan Jumhur ulama' menerima secara ta'wilan yang sihat termasuklah Imam Abu
Hasan al-Asy'ari pendiri mazhab Asya'irah.
_________________________________________________________________
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos:
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>