*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

> Assalamualaikum,


Suka saya nyatakan bahawa isu akidah salaf ini telah pun dijawab dan 
semua hujjah2 puak2 yang menyokong TAKWIL ini
telah terbukti SALAH dan LEMAH.

Berhentilah menegakkan benang basah wahai pakar rujuk

>
>
> As-Salamualaikum !
>
> Berikut adalah apa yg dikatakan oleh Imam An Nawawi, dan saya telah
> meminta sahabatku seorang ahli ilmu menerangkan kalam Imam An Nawawi yg
> diterjemah ke English itu. Semoga bermanfaat.
>
> Imam Nawawi (d. 676) said in al-Majmu' Sharh al-muhadhdhab: "It is said:
> We believe that the Merciful is established over the Throne, and we do 
> not know the reality of the meaning of this nor what is meant by it 
> (la na`lamu haqiqata mi`na dhalika wa al-murada bihi), while we do 
> believe that "There is nothing like Him whatsoever" and that He is 
> exalted far above the most elevated of created things. That is the way 
> of the Salaf or at least their vast majority, and it is the safest 
> because one is not required to probe into such matters." (Nawawi, 
> al-Majmu` 1:25.)
>
> Kalau anta free, ana minta anta perjelaskan apa yg dimaksudkan oleh 
> Imam Nawawi dlm terjemahan English di atas. Khasnya...He is exalted 
> far above the most elevated of created things.
>
> Maksudnya : Ta'ala llah - tertinggi Dia melebihi ketinggian makhluq 
> pada ertikata ketinggian darjat bukan ketinggian fizikal.
>
> That is the way of the Salaf or at least their vast majority....
>
>
> Maksudnya : Inilah jalan yang dipilih oleh Salaf apabila tiada 
> keperluan untuk dita'wilkan sesuatu itu. Imam Nawawi ada menambah lagi 
> dalam al-Majmu'
> : " walaubagaimanapun apabila ada keperluan untuk menta'wil untuk 
> menolak hujjah para pembid'ah atau lainnya, maka para Salaf akan 
> menggunakan ta'wil. Inilah fahaman yang sahih yang telah kami (Imam 
> Nawawi) dapati dari para ulama'."
>
> Dalam Sharh Sahih Muslim pula, Imam Nawawi kerapkali menunjukkan 
> bahawa para Salaf memberi ta'wil pada sifat Tuhan apabila terdapat 
> keperluan pada masa dan ketika itu.
>
> (la na`lamu haqiqata mi`na dhalika wa al-murada bihi)
>
>
> Reply : Kata-kata inipun sudah menunjukkan ta'wil iaitu ta'wil ijmali.
>
> Kalau diperhatikan qaedah bahasa Arab : "Al-aslu fil kalam al-haqiqah"
> ertinya : Asal makna sesuatu perkataan hendaklah di ambil makna 
> haqiqatnya.
>
> Haqiqat di sini maksudnya ialah makna zahir sesuatu perkataan itu yang
> difahami atau yang diistilahkan dari segi penggunaan bahasa dalam 
> sesuatu bahasa itu.
>
> Jadi kalau kita ambil contoh, "tangan Allah atas tangan mereka". 
> Sekiranya kita ambil makna haqiqat (zahir) maka makna tangan ini ialah 
> " suatu anggota yang bersambung dengan bahu etc." (sila rujuk kamus 
> Arab). Dan ini mustahil kerana Allah tidak bersifat serupa dengan 
> makhluq. Maka wajib dipalingkan dari makna zahir kepada makna lain.
>
> Maka kalam Imam Nawawi (dan para salaf lain) itu sendiri telah 
> memalingkan makna "tangan" dari makna asal kepada makna lain, cuma 
> mereka tidak menyatakan makna lain itu apa, cuma mereka berkata : 
> "kami tidak mengetahui haqiqat kalimah "tangan" itu dan apa yang 
> dikehendaki maksudnya oleh Allah".
>
> Ini namanya "ta'wil ijmali" iaitu memalingkan makna sesuatu perkataan 
> dari makna zahir kepada makna lain secara ringakas. Jadi dalam masalah 
> ini salaf memalingkan makna "tangan (atau seumpamanya)" kepada "tak 
> tahu makna" ya'ni
> mereka bertawaqquf dari meletakkan makna dan menyerahkan kepada Allah. 
> Yang pentingnya mereka tidak mengambil makna zahir kalimah itu.
>
> Berbeza dengan Wahabi mereka mengatakan "Tuhan mempunyai tangan tetapi 
> yang selayak bagiNya". Ini sudah tasybih kerana mengitsbatkn tangan 
> ada bagi Tuhan tetapi hanya Tuhan sahaja mengetahui camana rupanya 
> tangan itu. Yakni mereka mengambil makna zahir kemudian dipalingkan 
> bagi yang selayaknya bagi Tuhan. Jadi jalan ini memberi waham bhawa 
> wujud tangan bagi Tuhan.
>
> Kalau kita teliti pihak Salaf, mereka langsung menolak pengetahuan 
> tentang makna kalimah "tangan" itu. Jadi ringkasnya pada salaf apa 
> yang Allah maksudkan dengan "yadun' itu, mereka jawab : Tak tahu.
>
> Berbeza dengan Wahabi, mereka jawab : Makna yadun itu tangan, Tuhan
> mempunyai tangan, tapi yang selayak bagi Tuhan.
>
> Kan beza di antara Salaf dengan Wahabi. Jadi kalau Wahabi dakwa depa 
> serupa Salaf, amat jauhlah panggang dari api.
>
> Manakala khalaf pula meta'wilkan secara tafsili (detail). Yakni 
> menanggung makna "tangan" itu kepada makna yang sesuai padaNya dalam 
> Bahasa Arab. Jadi tangan ditanggungkan makna qudrat dan ini memanglah 
> bersesuaian dengan sifat Allah yang Maha Kuasa.
>
> Dalam bahasa Arab ada 6 atau 16 makna bagi "yadun". Satu makna zahir 
> dan yang lainnya makna majazi (metaphorical).
>
> Dan Jumhur ulama' menerima secara ta'wilan yang sihat termasuklah Imam 
> Abu Hasan al-Asy'ari pendiri mazhab Asya'irah.
>
>
>
>
>
> _________________________________________________________________
> MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: 
> http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ABDUL <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke